Khamis, 26 Januari 2012
Serina Chef Wan selamat melahirkan bayi kedua
KUALA LUMPUR, 25 JANUARI 2012: Mencari masa yang sesuai untuk berbicara sendiri dengan tuan tubuh iaitu Serina Redzuawan, portal murai.com.my berjaya menemubual aktres dan juga pengacara bersuara serak itu.
Ketika dihubungi, Serina baru saja keluar dari Hospital Prince Court dan bersedia untuk pulang menjalani tempoh berpantang di rumah.
Bertanyakan tentang puteri yang baru sahaja dilahirkannya pada 23 Januari lalu, dengan berat 3.30kg, pemilik nama Isabella Saffiya O'Luanaigh itu nyata berada dalam keadaan sihat.
Malah, Serina berkata, dia sangat bersyukur kerana kedatangan bayi keduanya itu berjalan dengan lancar tanpa sebarang komplikasi.
"Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar. Dalam masa tiga hari saya berada di sini terasa sekejap saja, apatah lagi Isabella dilahirkan secara normal.Semua pihak nampaknya gembira dan bersyukur atas kelahiran ini," katanya.
Datuk kepada Isabella iaitu Datuk Chef Wan Ismail yang kini berada di luar negara kerana sedang bercuti khabarnya gembira walaupun sedikit ralat kerana tidak dapat bersama dengan anak perempuan tunggalnya itu menyambut kelahiran warga baru dalam keluarga mereka.
"Untung saya mempunyai suami yang memahami dan sentiasa berada di sisi di saat saya memerlukannya. Setiap masa dia ada bersama saya. Daripada sebelum saya melahirkan sehinggalah selesai saya keluar daripada bilik bersalin.
"Apabila selesai saja semua, dia memeluk dan mengucup dahi saya.Lantas mengucapkan terima kasih kerana melahirkan anak untuknya.
"Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya perasaan saya kerana mempunyai suami yang menyayangi dan menghargai susah payah seorang isteri mengandung dan melahirkan anak untuknya.
"Kalau macam ini, saya tak kisah nak sepuluh anakpun tiada masalah," bicara Serina sambil berseloroh mengenangkan suaminya Gavin yang begitu menyayanginya.
Tambahnya lagi, dalam masa berpantang ini dia akan cuba sehabisnya untuk menjaga badan kerana tidak sabar untuk membuat penampilan semula.
"Dalam masa 44 hari ini, saya akan bersiap-siap untuk menjalani proses berpantang. Mungkin ramai yang tidak tahu saya juga telah dilantik sebagai duta set bersalin Tanamera.
"Dengan danya set bersalin ini, nampaknya akan lebih memudahkan proses berpantang kerana ianya memberikan rawatan sepenuhnya sebelum dan selepas bersalin," katanya.
Menurut Serina lagi, set bersalin Tanamera berkenaan sesuai untuk semua bakal ibu kerana ia menggunakan teknologi dan pendekatan yang lebih praktikal dalam masa yang sama masih mengekalkan amalan tradisional orang lama seperti herba dan produk semulajadi.
"Walaupun saya bersuamikan mat saleh, namun saya memilih untuk menjalani rawatan selepas bersalin secara tradisional. Contohnya memanggil tukang urut, mendapatkan makanan yang berkhasiat dan saya beruntung kerana ibu adalah individu yang akan membantu saya menjalani proses ini.
"Gavin juga tidak pernah menghalang saya daripada mendapatkan rawatan secara tradisional.
"Tentang aktiviti seni pula saya akan kembali aktif berlakon drama. Kalau boleh, selepas ini saya mahu mencuba watak baru pula.
"Mungkin peminat asyik melihat saya dalam drama berunsurkan kepolisan, jadi saya mahu cuba sesuatu yang baru. Disamping itu saya juga ada menubuhkan syarikat produksi saya sendiri di bawah nama YKS Film Maker yang akan menerbit beberapa buah drama untuk stesyen televisyen tempatan," katanya panjang lebar.
Sepanjang temubual berkenaan, Serina kedengarannya begitu gembira dengan kelahiran bayi barunya itu dan mahukan yang terbaik untuk Isabella Saffiya seperti mana abangnya Tristan Tareef yang kini sudah pun berusia setahun lima bulan.
Kepada sesiapa yang mahu mendapatkan rawatan set bersalin Tanamera, seperti mana Serina, bolehlah menghantarkan SMS ke talian 012-9320233. -berita online
Rabu, 25 Januari 2012
Keunikan Hotel Casablanca
MOROCCAN House - Hotel Casablanca mengekalkan ciri-ciri seni bina silam pada dindingnya. |
Terdapat beberapa hotel lima bintang di bandar raya ini, tetapi yang menarik perhatian penulis ialah sebuah hotel yang agak eksklusif kerana mengekalkan ciri-ciri seni bina tradisionalnya.
Melangkah di pintu masuk Moroccan House - Hotel Casablanca ketika berkunjung ke Maghribi baru-baru ini, penulis berasa terpegun melihat hiasan dalaman dan struktur seni binanya yang begitu cantik.
Keseluruhanan hiasan dalaman termasuk perabot, lampu, tingkap, dinding, permaidani, pintu malahan katil sekali pun, semuanya mempunyai identiti dan ciri-ciri struktur seni bina tulen tempatan.
Konsep pembinaan hotel ini seperti dalam taman atau dalam bahasa Arabnya iaitu 'riad' dipercayai gabungan hasil seni bina silam pada abad ke-11.
Tidak hairanlah juga, jika anda memasuki bilik di hotel ini akan terasa seolah-olah berada dalam bilik pengantin yang dihiasi indah bagaikan berada dalam dunia fantasi.
Katil besi yang dihiasi dengan tirai kain langsir corak beropol-ropol dengan sulaman bunga begitu mempersonakan dan sudah pasti anda tidur nyenyak dibuai mimpi indah.
Inilah keunikannya dan tidak hairan ia menjadi pilihan pelancong yang mahukan satu kelainan dan menikmati keindahan semulajadi ketika berada di negara jajahan Perancis ini.
Seorang petugas di kaunter yang hanya mahu dikenali sebagai Khalil, 27, memberitahu, hotel itu mula beroperasi pada Februari 2011. Hotel setinggi 10 tingkat ini mampu menampung kira-kira 110 tetamu pada satu-satu masa.
Hotel bertaraf tiga bintang ini menyediakan 40 bilik standard untuk seorang, dua orang, tiga orang dan empat orang serta lima bilik jenis suit.
"Moroccan House menjadi pilihan pelancong kerana mereka suka melihat seni hiasannya dan makanan yang disediakan. Lagi pun kadar bayaran sewa biliknya tidaklah begitu mahal.
"Walaupun ia baru dibuka, sambutan yang diterima begitu menggalakkan, terutama pada hujung minggu dan kebanyakannya ialah pelancong dari luar negara," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Kadar sewaan bagi bilik standard untuk seorang ialah 545 dirham (RM197) semalam, dua orang, 664 dirham (RM240), tiga orang, 839 dirham (RM303) dan empat orang, 958 dirham (RM346).
Bilik suit untuk seorang pula dikenakan bayaran 857 dirham (RM310), dua orang, 1,064 dirham (RM384), tiga orang, 1,264 dirham (RM457) dan empat orang, 1,578 dirham (RM570).
Apa yang menjadi istimewanya hotel ini, para pelanggan boleh membuat pilihan warna bilik yang mereka minati iaitu biru, kuning, hijau dan merah jambu.
Pelanggan hotel ini juga disajikan dengan lebih 30 jenis pelbagai makanan tradisional untuk sarapan di tingkat satu dalam suasana yang begitu nyaman. Moroccan House - Hotel ini juga ada cawangannya di Marrakech dan Chefchaouen.
Mungkinkah sebuah hotel yang mempunyai ciri-ciri seni bina tradisional Melayu juga perlu dibina di Malaysia sebagai satu tarikan kepada para pelancong luar negara? - Oleh ZULKIFLI ABDULLAH
Isnin, 16 Januari 2012
Farah Lee Pilihan Keluarga Ally Iskandar
Pengacara popular, Ally Iskandar, 36, bakal menamatkan zaman bujang bersama gadis pilihan keluarganya, Farah Lee, 23, pada 20 Januari ini.
MH difahamkan, majlis pernikahan ini akan diadakan di rumah Farah yang terletak di Kampung Atas Tol, Terengganu. Majlis yang dirancang serba sederhana ini hanya akan dihadiri oleh sanak-saudara da teman rapat sahaja.
Bercerita detik perkenalan mereka kepada akhbar Sinar Harian, Ally berkata semuanya diatur oleh keluarga dan turut menyatakan tempoh perkenalan singkat tidak menjadi masalah untuk mendirikan rumahtangga.
“Saya tidak pernah bercinta dengan Farah, namun dia berjaya menawan hati saya kerana sikapnya yang berbeza dengan gadis lain yang pernah saya temui. Ketika berjumpa, saya ditemani ibu dan adik manakala dia pula ditemani rakan. Pertama kali berjumpa, hati saya telah terbuka untuk menerimanya,” katanya yang turut terpikat dengan penghijrahan bakal isterinya yang bertudung sejak menyambung pelajaran di Korea.
info:-
Editorial MH
Tarikh: January 14, 2012
Tarikh: January 14, 2012
Rabu, 4 Januari 2012
Sherie Merlis-Ash nikah
Anak-anak bujang Sherrie restui dan sokong ibu kahwin lagi. |
Sherrie dan Ash mahu saling melengkapi. |
Tahun baru 2012 dimulakan dengan langkah baru buat bapa dan ibu tunggal popular Ash (Gabba Gabba) dan pelakon Sherie Merlis. Mereka memasuki alam berumahtangga buat kali kedua setelah gagal dalam pelayaran pertama. Masing-masing saling mahu mengisi kekosongan yang mereka lalui sebelum ini. Kalau Ash hanya sempat menduda sekitar empat tahun, Sherrie lebih panjang masanya, 17 tahun. Semasa anak-anak sudah meningkat remaja, Sherrie baru terbuka menerima orang baru dalam hatinya.
"Insya-Allah kami akan saling menjaga dan mengisi kekosongan masing-masing, menjadi teman dan sahabat," kata Ash, 29. Dia juga mahu mengambil kebaikan daripada perkahwinan lalu sebagai contoh dan apa-apa yang negatif sebagai sempadannya. Apatah dia kini menjalani alam rumah tangga pada usia yang semakin matang.
Sherrie pula bukan tak pernah bercinta dan putus cinta sebelum ini, tapi rasa serik pada kegagalan perkahwinan pertama membuautkan dia payah membuka hati sehingga sampai ke jengang pelamin. Dengan Ash yang dikenali beberapa bulan membawanya ke jenjang pelamin.
"Inilah takdir-Nya. Berkenalan tidak berapa lama pun...tapi hati saya boleh terbuka menerima Ash dan kembali memasuki pintu perkahwinan. Ia sesuatu yang saya sendiri tidak fikirkan sewaktu awal perkenalan kami. Semoga pernikahan ini menjadikan kami manusia yang lebih baik, saling berkongsi dan hidup aman selama-lamanya," kata Sherrie, 42.
Tulisan: Rosli Manah, Foto: Noor Asrekhuzairey Salim
Langgan:
Catatan (Atom)