Rabu, 2 Februari 2011

Lelaki Iran dihukum mati


SHAH ALAM: Seorang lelaki warga Iran dihukum gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar hampir setengah kilogram (kg) syabu yang dijahit pada jaket dan bagasinya ketika kali pertama memasuki negara ini menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Abdul Rahim Uda membuat keputusan itu terhadap Alihosseinzadeh Bashir, 35, selepas berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah.
Abdul Rahim dalam penghakimannya berkata, mahkamah menolak keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa dia tidak mempunyai pengetahuan terhadap dadah yang ditemui dalam jaket dan begnya.

Beliau berkata, alasan tertuduh bahawa dadah itu diterima daripada pihak ketiga yang memberitahu barangan itu adalah berlian adalah hanya penafian semata-mata.

Katanya, ini kerana dadah itu disembunyikan dalam tiga ruangan khas dalam bagasi dan jaket dipakai tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Alihosseinzadeh didakwa mengedar 0.54 kg syabu di Kaunter Pemeriksaan Kastam di Cawangan Pemeriksaan Penumpang 1, Balai Ketibaan KLIA, jam 2.45 petang, pada 26 Disember 2009.

0 comments: