Khamis, 31 Mac 2011

USAH jemu berdoa


daisi biru
Allah berfirman: yang maksudnya:
“Dan apabila hamba-hambamu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. Al-Baqarah: 186.

Berdasarkan banyak hadis sahih, doa adalah satu ibadah.

…dan ramai diantara para ulama menyatakan bahawa Allah mensyaratkan dua perkara iaitu:

               Ketaatan yang penuh dan menyeluruh kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang tidak memenuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya itu, maka selamanya Allah tidak mengabulkan doanya, kerana dia telah merosakkan jalan penerimaan Allah.

               Hendaklah dia menjadi seorang mukmin dan beramal  salih. Meskipun dalam masa yang cukup lama, sesungguhnya seorang hamba itu selalu berada di dalam nikmat doa.
daisi putih

p/s   Setiap insan punya dugaan yang berbeza. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada di sisi untuk membantu anda menghadapi pelbagai rintangan yang tiba. Pasti Allah akan menunjukkan jalan keluar namun dengan syarat, kita mesti memintanya dengan cara berdoa setiap kali selepas solat.

adeaqkesah: ~ 5 Blog Yang Paling Kerap Dilawati 2011 ~


adeaqkesah: ~ 5 Blog Yang Paling Kerap Dilawati 2011 ~: "ini adalah projek DenaiHati.com dan saya telah dijemput untuk memeriahkan lagi projek tersebut oleh en.solo molo mari semua.. ak akan ..."

Udang Galah Gelora Cinta


m/s 117

penyelaras SITI AISHAH SHAH BANI & SITI NORBIHA ZULKAFLI
gambar MOHD. SHARIFUL HAFIZAL
resepi KUZIE CATERING, Penthouse, Suite 4, Catteleya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Shah Alam, Selangor (http://www.kuziecatering.com.my/)
terima kasih RAJA ROSLY @ PAK ENGKU & CHEF SULAIMAN (019-3550000/03-55116700)

(Hidangan untuk 4 hingga 5 orang)
Udang Galah Gelora Cinta
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang galah (dicuci bersih dan tuskan)
Cili kering mengikut cita rasa (dikisar)
5 ulas bawang putih dikisar (dikisar)
2 labu bawang besar (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 cawan air asam jawa
2 cawan minyak masak
3 tangkai cili hijau (dihiris memanjang untuk hiasan)
Sebiji tomato (dipotong empat untuk hiasan)
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1. Udang digaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak, kemudian goreng udang tadi sehingga masak. Angkat udang dan ketepikan.
3. Setelah itu, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dikisar sehingga naik baunya.
4. Masukkan pula cili kering dan belacan yang telah dikisar, dengan api yang sederhana, kacau sehingga semua bahan garing.
5. Apabila naik minyak, masukkan udang yang sudah digoreng tadi bersama garam, gula, dan serbuk perasa. Gaul rata, sebelum diangkat dan masukkan tomato dan hirisan cili hijau.
6. Sedia untuk dihidang.


~selamat mencuba ye rakan-rakan blogger~

..:)

Rabu, 30 Mac 2011

Antara Azan & Solat


soalan daripada: INTAN, Bandar Utama, Selangor

       Saya tinggal berdekatan surau dan setiap kali azan berkumandang akan kedengaran sampai ke rumah. Saya selalu bersembahyang di awal waktu, sebaik-baik sahaja kedengaran azan dari televisyen. Tetapi kadangkala ketika sedang bersembahyang (di rumah), bilal di surau baharu melaungkan azan. Saya keliru, adakah saya perlu berhenti sembahyang kerana ketika itu azan (dari surau) sedang berkumandang untuk menghormati azan? Atau saya hanya perlu teruskan sembahyang saya sehingga habis? Bagaimanapun saya pasti ketika saya bersembahyang , memang telah masuk waktu.

 jawapan daripada: Dr. Fariza Md Sham, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
DR.FARIZA MD SHAM
       Sebaik-baik sembahyang adalah melakukannya di awal waktu. Sikap saudari yang sangat mengambil berat tentang sembahyang dan melakukannya di awal waktu adalah satu sikap yang baik dan terpuji. Memang benar, kadangkala sedang kita bersembahyang, baru sayup-sayup terdengar azan dari masjid atau surau, sedangkan waktu telah pun masuk. Sekiranya keadaan ini berlaku dan telah yakin bahawa waktu telah masuk, kita tidak perlu berhenti, saudari boleh meneruskan sembahyang sehingga selesai. Ini kerana kadangkala bilal mungkin terlewat sedikit melaungkan azan. Tetapi untuk keadaan yang lebih selesa dan saudari tidak terganggu dalam sembahyang dengan azan yang baru dilaungkan, adalah lebih baik saudari mulakan sembahyang setelah azan di surau itu selesai.

 makluman:
-telah ditaip sebiji-sebiji huruf entri diatas oleh blogger http://namapenuh.blogspot.com
-sumber yang dirujuk: majalah NUR FEB 2006 m/s110 (kelolaan Salina Ibrahim- salina.ibrahim@karangkraf.com.my)

Selasa, 29 Mac 2011

Nakata wants to help Japan from the outside



Hidetoshi Nakata
 SINGAPORE: Hidetoshi Nakata is credited for having opened the world’s eyes to Japanese football and now, he hopes his star power can do the same for Japan’s disaster victims.

The former Blue Samurai midfielder is in Singapore to raise funds and awareness for his country, which is struggling to deal with the aftermath of the natural disasters.

When the disasters hit, Hidetoshi Nakata was in Hong Kong attending a charity gala.
He said: "I got the text message from my friend from Hong Kong that said — big earthquake happened in Japan...for Japanese people, earthquake is like an everyday thing.

"Then by the time I went back to the hotel, started watching TV, I couldn’t believe (it)...immediately I tried to call my family, friends, people I work with but the phone didn’t work. But luckily emails worked, so after that I got to know my friends and family they are okay."

While Nakata was moved to help, it was hard to return as flights back home were cancelled. So he decided to work from the outside.

"I thought — I have many friends outside of Japan...this is the time to use all my connections and friends for Japan," he said.
Among the activities he has lined up in Singapore is a gala dinner and a charity match co—organised by the Football Association of Singapore. The former Japanese international will be taking the pitch with an Albirex Niigata Singapore selection side, against an S—League all stars team.

Nakata has been training hard to prepare for the match on Saturday. Having been out of action for a while, he has been working on his fitness. However, Nakata promises that even though he is not at his peak, he will go all out to entertain at Singapore’s Jalan Besar Stadium.

He said: "The thing about football is it’s not all about you. It’s a team sport... this time i have to ask all the players around, run for me. I coordinate but play better altogether (as a team).

Nakata knows that is also the kind of support Japan will need to recover and rebuild.
"People there will suffer for a long time so we will be there to support them for a long time. And the charity is not just a one time thing."
To do that, the former Japanese international is planning a series of charity events that will involve Asia and Europe.
—CNA/ac

Isnin, 28 Mac 2011

Aneh tetapi benar: oh, begitu


Manusia & haiwan mmpu muntah utk mengeluarkan sst y x dpt diterima o bdn, or tekak, ttpi x dgn tikus.
Haiwan ini x dpt mmuntahkn segala apa y dimknnya.
Itulah sbbnya perosak ini dpt dibnh dgn mbrikn racun tikus.

terkilan


baru first comment...dah buang entri.....dahsyat

aku punya hati & perasaan, sbb tu comment yg aku lontarkan aku cube jauhi tuk nyakitkan hati orang..kerna aku fikir kelak diri ku diperlaku begitu juga.

tak taula  mgkin dia rase hebat sgt..so tak mo menerima teguran ikhlas or teguran sebagai rakan blog.....TAU DIRI INI BARU JE DLM DUNIA BLOGGING...
klu slh tolong tunjukkan

Sabtu, 26 Mac 2011

Sabah juara Akademi Al-Quran 5



juara AQ5 2011
        Syabas dan tahniah kepada Mohd Syahriansyah Apin, 25  dari Negeri Sabah buat julung kali, di atas kemenangannya dalam Akademik Al-Quran musim ke-5. Inilah yang menjadi kebanggaan rakyat Negeri Sabah khasnya.

       Hendaknya kerajaan negeri tidak mengabaikan permata yang baharu bersinar ini..Syukran jazilan.


>>>tv9, 26 Mac 2011..

Khamis, 10 Mac 2011

Jumaat, 4 Mac 2011

Apple iPad 2 lebih nipis, bergaya!


                   Semalam jam 12.30 mlm bertarikh 3/3/11 kat tv1 berita mengenai Apple...bukan buah epal tau...hihi, yang ni aku ceritalah sib baik aku buat kerja opis sambil dengar berita kat tv1 tuh (padahal jarang2 je aku tengok berita tengah2 mlm ni...dik tugas yg belum seatle lagi nih tepaksalah berjaga).

                    Berbalik kenapa aku dengar je? kenapa aku dengar je berita kat tv tu taulah kita kan duk wat keja so mata tak leh la tumpu kat kaca tv dengaw je..hikhik. Sekali, ade lak berita mengenai iPad ni yg dijadualkan berada dipasaran 11 Mac...lalala beruntung aku nampak demonya...wah!!! canggih tu apa yg aku kagum di sini designnya yg nipis. So, haah.. sekarang sempat jugalah aku selek dan belek news kat on9 ni, lalu cari photo mengenainya..
iPad 2

Steve Jobs

manggih

sebelah tangan je bermakna...?

nipis

koleksi warna

melintang menegak

Steve Jobs berlatarbelakangkan iPad

memberikan penerangan

syoknya tengok

smart

boleh dilipat (biru) penyendal

pelbagai ragam

elegant

ni dia hah pegawai xzekutif


~OKIH~


Rabu, 2 Mac 2011

iklan sesat


KINI telah sepurnama aku mempunyai blog yang beralamat URL "namapenuh",
bertarikh (2/2/11) hatiku mula berkobar-kobar untuk memiliki blog memandangkan adikku telah pun memilikinya 6 hari sebelum tu.Tanpa membuang masa aku geledah semua buku2 mengenai blog di perpustakaan yang mana di situ jugalah periuk nasiku. Akhirnya... aku jumpalah buku yang aku maksudkan, tapi(3X) ia belum dapat memahamkan aku lagi, tau2 jelah orang baru mengenal huruf A..hikhik.

SO aku teruskan lagi pengeledahan aku.. hah yg ni kat internet lak, aku taip je ape yg mengenai blog kat google tu sebijik-sebijik aku teliti, dapat jugak aku hir-akhirnya fuhhh!! legaaa. Dlm banyak-banyak highlight yg dipaparkan aku berkenanlah kat satu HL tu aku dble klik huh TERIMA KASIH yg tak terhingga kat suandicow...aku pelan2 jaln maka terbinalah my blog sy ni..:)


GAMBAR HIASAN
SEJAK sepurnama, hari ni baru aku perasan yg blog aku nih ada lak yg tersesat letak iklan, kerana di awal penubuhan blog ni mmg aku tak mau luk ade iklan2 nih... tapi himmh suka aty dia(owg ggl kot) je nak letak2 iklan kat fb sy ni...opps bkn fb la blog...kuikuikui..


p/s iklan yg dimaksudkan terletak d 'label: akhbar Malaysia' tajuk "lelaki Iran dihukum...."

Tidak basi?


Pernahkah anda melihat susu yang telah basi?
Ia kelihatan seperti berketul-ketul, bukan?
Memang secara logiknya, susu yang dibiarkan terdedah selama beberapa jam akan menjadi basi.
Namun apa yang peliknya, susu unta pula tidak akan menjadi basi, walaupun dibiarkan terdedah dalam tempoh yang lama. Ini disebabkan laktoferrin, sejenis bahan di dalam susu unta yang bersifat antibakteria dan antivirus. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik. Menurut Bernard Faye, ahli penyelidik Perancis, susu unta mempunyai sifat antikanser, antidiabetis, dan juga antijangkitan. Malah di Rusia, Kazakhstan dan India, sejumlah satu liter susu unta diberikan setiap hari kepada pesakit-pesakit di hospital, yang menghidapi diabetis, penyakit Crohn dan juga tibi.

Selasa, 1 Mac 2011

Menuju 9 sihat


 

1. Jangan terlebih makan;
Ada di antara kita meskipun sudah terlalu kenyang tetapi masih terus menyumbat mulutnya. Berhentilah makan semasa masih lagi terasa lapar. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lebihkan karbohidrat kompleks (seperti sayur-sayuran, ot, barli, dan bijiran lain) dalam pemakanan anda. Hal ini akan dapat mengurangkan risiko anda menjadi obes dan mendapat penyakit seperti kencing manis.





2. Makan 4-5 hidangan buah-buahan atau sayur-sayuran setiap hari;
Hal ini akan dapat menambah pengambilan kalsium serta membantu menguatkan tulang anda.



3. Jangan sekali-kali merokok;
Bukan setakat itu sehaja, malah elakkan diri mendampingi serta menghampiri mereka yang merokok. Sudah terbukti bahawa mereka yang merokok terdedah kepada pelbagai penyakit. Mereka yang terhidu asap rokok pun turut sama terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya sesak nafas.






4. Jaga kesihatan mental;
Pastikan anda tidak menghadapi sebarang tekanan, atau stress. Bagi yang muslim tunaikanlah sembahyang kerana ia wajib dikerjakan membantu menghilangkan tekanan. Menarik dan menghembus nafas dalam-dalam. Hadapi tekanan dengan berfikir secara positif.





5. Lebih berbudi bahasa;
Kehidupan yang sihat bukan sahaja meliputi soal-soal mental dan fizikal, malah termasuk juga kesejahteraan sosial. Lebih bersopan-santun di mana sahaja anda berada, misalnya membantu orang kurang berupaya dan orang tua, sentiasa senyum pada tempatnya, dan tahu berterima kasih, akan membuatkan anda seorang yang lebih bahagia.






6. Masa kualiti dengan ahli keluarga;
   Bertemulah selalu dengan ahli keluarga, selain mengeratkan ikatan kekeluargaan, ia membawa kerukunan damai berkeluarga.






 7. Baca, bacalah!
Pergilah ke mana-mana perpustakaan dan pinjam buku dan bacalah di perpustakaan. Membaca dapat merangsang pemikiran, dan ia merupakan sebahagian daripada kehidupan sihat.





8. Berjumpalah dengan doktor;
Sekiranya tidak sihat berjumpalah dengan doktor dan jangan ambil ubat sembarangan sebelum diperiksa oleh doktor.



 9. Jangan sekali-kali lupa bersenam;
Pastinya anda semua tahu betapa senaman itu mustahak untuk kita semua, demi jantung dan pembentukan tulang yang sihat.