Ahad, 7 Ogos 2011

KARA tunggu September



Kumpulan KARA baru-baru ini merancang untuk menghasilkan album mereka menjelang pertengahan September ini.
Sekiranya hasrat itu tertunai, ia merupakan album yang pertama selepas 10 bulan KARA menghiasi dunia hiburan Kpop apalagi selepas mereka berjaya meraih populariti menerusi single berjudul Jumping.
Namun, apa yang menarik, selain ia merupakan buah tangan pertama mereka, ia juga akan menyaksikan kemunculan semula KARA selepas isu kontroversi perpecahan kumpulan tersebut.
Sebelum ini, kesemua anggota KARA terpaksa membawa haluan masing-masing dalam dunia seni dan sepanjang kontroversi itu hadir, mereka tidak pernah dilihat bergabung dan membuat persembahan bersama.
Menurut syarikat rakaman KARA, DSP Media, kumpulan itu bukan sahaja akan mengadakan promosi album di Korea, tetapi ia juga akan melibatkan negara Jepun.

0 comments: