Rabu, 4 Januari 2012

Sherie Merlis-Ash nikah




Anak-anak bujang Sherrie restui dan sokong ibu kahwin lagi.

Sherrie dan Ash mahu saling melengkapi.

Tahun baru 2012 dimulakan dengan langkah baru buat bapa dan ibu tunggal popular Ash (Gabba Gabba) dan pelakon Sherie Merlis. Mereka memasuki alam berumahtangga buat kali kedua setelah gagal dalam pelayaran pertama. Masing-masing saling mahu mengisi kekosongan yang mereka lalui sebelum ini. Kalau Ash hanya sempat menduda sekitar empat tahun, Sherrie lebih panjang masanya, 17 tahun. Semasa anak-anak sudah meningkat remaja, Sherrie baru terbuka menerima orang baru dalam hatinya.
"Insya-Allah kami akan saling menjaga dan mengisi kekosongan masing-masing, menjadi teman dan sahabat," kata Ash, 29. Dia juga mahu mengambil kebaikan daripada perkahwinan lalu sebagai contoh dan apa-apa yang negatif sebagai sempadannya. Apatah dia kini menjalani alam rumah tangga pada usia yang semakin matang.
Sherrie pula bukan tak pernah bercinta dan putus cinta sebelum ini, tapi rasa serik pada kegagalan perkahwinan pertama membuautkan dia payah membuka hati sehingga sampai ke jengang pelamin. Dengan Ash yang dikenali beberapa bulan membawanya ke jenjang pelamin.
"Inilah takdir-Nya. Berkenalan tidak berapa lama pun...tapi hati saya boleh terbuka menerima Ash dan kembali memasuki pintu perkahwinan. Ia sesuatu yang saya sendiri tidak fikirkan sewaktu awal perkenalan kami. Semoga pernikahan ini menjadikan kami manusia yang lebih baik, saling berkongsi dan hidup aman selama-lamanya," kata Sherrie, 42.
Tulisan: Rosli Manah, Foto: Noor Asrekhuzairey Salim

0 comments: