Rabu, 4 Mei 2011

Siasatan kes kemalangan babitkan Kubica ditutup


ROME 4 Mei – Siasatan berhubung kemalangan ngeri melibatkan pemandu Formula Satu, Robert Kubica telah ditutup, kata pendakwa raya Savona semalam.
Nahas itu berlaku apabila pemandu Renault berkenaan merempuh tembok ketika menyertai rali Ronde di Andora, utara Itali pada 6 Februari lalu.
Dia mengalami luka kecil di tangan dan menjalani empat pembedahan pada tangan, lengan, kaki dan bahu.
Pemandu Poland itu berada di hospital Santa Corona di Pietra Ligure selama 76 hari selepas keluar pada 24 April.
Bagaimanapun, berdasarkan siasatan tiada sebarang kesilapan sama ada di pihak pasukan rali ataupun Kubica sendiri. - AFP

0 comments: