Rabu, 2 Mac 2011

Tidak basi?


Pernahkah anda melihat susu yang telah basi?
Ia kelihatan seperti berketul-ketul, bukan?
Memang secara logiknya, susu yang dibiarkan terdedah selama beberapa jam akan menjadi basi.
Namun apa yang peliknya, susu unta pula tidak akan menjadi basi, walaupun dibiarkan terdedah dalam tempoh yang lama. Ini disebabkan laktoferrin, sejenis bahan di dalam susu unta yang bersifat antibakteria dan antivirus. Ia juga mempunyai ciri-ciri yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kronik. Menurut Bernard Faye, ahli penyelidik Perancis, susu unta mempunyai sifat antikanser, antidiabetis, dan juga antijangkitan. Malah di Rusia, Kazakhstan dan India, sejumlah satu liter susu unta diberikan setiap hari kepada pesakit-pesakit di hospital, yang menghidapi diabetis, penyakit Crohn dan juga tibi.

0 comments: