Rabu, 30 Mac 2011

Antara Azan & Solat


soalan daripada: INTAN, Bandar Utama, Selangor

       Saya tinggal berdekatan surau dan setiap kali azan berkumandang akan kedengaran sampai ke rumah. Saya selalu bersembahyang di awal waktu, sebaik-baik sahaja kedengaran azan dari televisyen. Tetapi kadangkala ketika sedang bersembahyang (di rumah), bilal di surau baharu melaungkan azan. Saya keliru, adakah saya perlu berhenti sembahyang kerana ketika itu azan (dari surau) sedang berkumandang untuk menghormati azan? Atau saya hanya perlu teruskan sembahyang saya sehingga habis? Bagaimanapun saya pasti ketika saya bersembahyang , memang telah masuk waktu.

 jawapan daripada: Dr. Fariza Md Sham, Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia.
DR.FARIZA MD SHAM
       Sebaik-baik sembahyang adalah melakukannya di awal waktu. Sikap saudari yang sangat mengambil berat tentang sembahyang dan melakukannya di awal waktu adalah satu sikap yang baik dan terpuji. Memang benar, kadangkala sedang kita bersembahyang, baru sayup-sayup terdengar azan dari masjid atau surau, sedangkan waktu telah pun masuk. Sekiranya keadaan ini berlaku dan telah yakin bahawa waktu telah masuk, kita tidak perlu berhenti, saudari boleh meneruskan sembahyang sehingga selesai. Ini kerana kadangkala bilal mungkin terlewat sedikit melaungkan azan. Tetapi untuk keadaan yang lebih selesa dan saudari tidak terganggu dalam sembahyang dengan azan yang baru dilaungkan, adalah lebih baik saudari mulakan sembahyang setelah azan di surau itu selesai.

 makluman:
-telah ditaip sebiji-sebiji huruf entri diatas oleh blogger http://namapenuh.blogspot.com
-sumber yang dirujuk: majalah NUR FEB 2006 m/s110 (kelolaan Salina Ibrahim- salina.ibrahim@karangkraf.com.my)

7 comments:

Kak Sam berkata... Reply To This Comment

Assalamualaikum..
good info. keep it up.

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

wa'alaikumussalam...thank/s you so much this entry for our Islam religion =)

KatekateKite berkata... Reply To This Comment

ha ah la. betol tu...

rumah kite dekat ngan surau, ayah kite bilal.

kdang kadang tu, die terlewat gak pi azan, sebab nyer ade hal2 tertentu.
----------------------------------
Hu hu huuuuu T_T . . . . ---> Memang buat gua marah lah lu!

dwatyKNY berkata... Reply To This Comment

sama la kita.... tp saya teruskan jer solat.... dah follow kamu...

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

:)



syer dpt pahala

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

@KatekateKite


rumah kite lak dekat dengan masjid taw. owh.

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

@dwaty


i pun dah folo awk balik. =)