Khamis, 31 Mac 2011

USAH jemu berdoa


daisi biru
Allah berfirman: yang maksudnya:
“Dan apabila hamba-hambamu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran”. Al-Baqarah: 186.

Berdasarkan banyak hadis sahih, doa adalah satu ibadah.

…dan ramai diantara para ulama menyatakan bahawa Allah mensyaratkan dua perkara iaitu:

               Ketaatan yang penuh dan menyeluruh kepada Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang tidak memenuhi segala perintah Allah dan Rasul-Nya itu, maka selamanya Allah tidak mengabulkan doanya, kerana dia telah merosakkan jalan penerimaan Allah.

               Hendaklah dia menjadi seorang mukmin dan beramal  salih. Meskipun dalam masa yang cukup lama, sesungguhnya seorang hamba itu selalu berada di dalam nikmat doa.
daisi putih

p/s   Setiap insan punya dugaan yang berbeza. Yakinlah bahawa Allah sentiasa ada di sisi untuk membantu anda menghadapi pelbagai rintangan yang tiba. Pasti Allah akan menunjukkan jalan keluar namun dengan syarat, kita mesti memintanya dengan cara berdoa setiap kali selepas solat.

2 comments:

KatekateKite berkata... Reply To This Comment

kiter pernah dengar ustaz ni kate, "orang yang tek berdoa selepas solat adalah orang yang kedekut"

----------------------------------
Wahhh . . . . ---> Ubat Mujarab nih! =D
Owhhh . . . . ---> Die dah datang dah woi! =D

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

awk betul tu org yg camtu adalah org yg sombong.