Khamis, 31 Mac 2011

Udang Galah Gelora Cinta


m/s 117

penyelaras SITI AISHAH SHAH BANI & SITI NORBIHA ZULKAFLI
gambar MOHD. SHARIFUL HAFIZAL
resepi KUZIE CATERING, Penthouse, Suite 4, Catteleya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Shah Alam, Selangor (http://www.kuziecatering.com.my/)
terima kasih RAJA ROSLY @ PAK ENGKU & CHEF SULAIMAN (019-3550000/03-55116700)

(Hidangan untuk 4 hingga 5 orang)
Udang Galah Gelora Cinta
BAHAN-BAHAN:
10 ekor udang galah (dicuci bersih dan tuskan)
Cili kering mengikut cita rasa (dikisar)
5 ulas bawang putih dikisar (dikisar)
2 labu bawang besar (dikisar)
Sedikit belacan (dikisar)
1 cawan air asam jawa
2 cawan minyak masak
3 tangkai cili hijau (dihiris memanjang untuk hiasan)
Sebiji tomato (dipotong empat untuk hiasan)
Sedikit serbuk kunyit
Garam, gula dan serbuk perasa secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1. Udang digaul bersama serbuk kunyit dan sedikit garam. Ketepikan seketika.
2. Panaskan minyak, kemudian goreng udang tadi sehingga masak. Angkat udang dan ketepikan.
3. Setelah itu, tumiskan bawang putih dan bawang besar yang dikisar sehingga naik baunya.
4. Masukkan pula cili kering dan belacan yang telah dikisar, dengan api yang sederhana, kacau sehingga semua bahan garing.
5. Apabila naik minyak, masukkan udang yang sudah digoreng tadi bersama garam, gula, dan serbuk perasa. Gaul rata, sebelum diangkat dan masukkan tomato dan hirisan cili hijau.
6. Sedia untuk dihidang.


~selamat mencuba ye rakan-rakan blogger~

..:)

3 comments:

sekamar rindu berkata... Reply To This Comment

kali pertama dengar resipi ni..

:)

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

@qucachahir

:) oke!

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

@sekamar rindu


nama resepi ni khas digubah oleh chef die..sempena majlis kahwin bagi makan beradab.