Selasa, 1 Mac 2011

Menuju 9 sihat


 

1. Jangan terlebih makan;
Ada di antara kita meskipun sudah terlalu kenyang tetapi masih terus menyumbat mulutnya. Berhentilah makan semasa masih lagi terasa lapar. Kurangkan pengambilan karbohidrat, lebihkan karbohidrat kompleks (seperti sayur-sayuran, ot, barli, dan bijiran lain) dalam pemakanan anda. Hal ini akan dapat mengurangkan risiko anda menjadi obes dan mendapat penyakit seperti kencing manis.





2. Makan 4-5 hidangan buah-buahan atau sayur-sayuran setiap hari;
Hal ini akan dapat menambah pengambilan kalsium serta membantu menguatkan tulang anda.



3. Jangan sekali-kali merokok;
Bukan setakat itu sehaja, malah elakkan diri mendampingi serta menghampiri mereka yang merokok. Sudah terbukti bahawa mereka yang merokok terdedah kepada pelbagai penyakit. Mereka yang terhidu asap rokok pun turut sama terdedah kepada pelbagai penyakit antaranya sesak nafas.






4. Jaga kesihatan mental;
Pastikan anda tidak menghadapi sebarang tekanan, atau stress. Bagi yang muslim tunaikanlah sembahyang kerana ia wajib dikerjakan membantu menghilangkan tekanan. Menarik dan menghembus nafas dalam-dalam. Hadapi tekanan dengan berfikir secara positif.





5. Lebih berbudi bahasa;
Kehidupan yang sihat bukan sahaja meliputi soal-soal mental dan fizikal, malah termasuk juga kesejahteraan sosial. Lebih bersopan-santun di mana sahaja anda berada, misalnya membantu orang kurang berupaya dan orang tua, sentiasa senyum pada tempatnya, dan tahu berterima kasih, akan membuatkan anda seorang yang lebih bahagia.






6. Masa kualiti dengan ahli keluarga;
   Bertemulah selalu dengan ahli keluarga, selain mengeratkan ikatan kekeluargaan, ia membawa kerukunan damai berkeluarga.






 7. Baca, bacalah!
Pergilah ke mana-mana perpustakaan dan pinjam buku dan bacalah di perpustakaan. Membaca dapat merangsang pemikiran, dan ia merupakan sebahagian daripada kehidupan sihat.





8. Berjumpalah dengan doktor;
Sekiranya tidak sihat berjumpalah dengan doktor dan jangan ambil ubat sembarangan sebelum diperiksa oleh doktor.



 9. Jangan sekali-kali lupa bersenam;
Pastinya anda semua tahu betapa senaman itu mustahak untuk kita semua, demi jantung dan pembentukan tulang yang sihat. 

0 comments: