Selasa, 20 Disember 2011

Juara Solehah buat julung kali


(DARI kiri) juara Solehah, Amie Sofia Ahmad, Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar (kedua) dan Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim bersama hadiah masing-masing di Dewan Muktamar Pusat Islam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

TUJUAN Amie Sofia Ahmad, 25, menyertai program realiti Solehah terbitan TV AlHijrah adalah untuk menjadikan ia sebagai platform menimba ilmu.
Namun siapa sangka, Amie Sofia, bukan sahaja berpeluang mengumpul ilmu selama 13 minggu daripada program yang bermula pada 23 September lalu, malah dia turut dilimpahi rezeki yang tidak diduga.
Sebagai juara Solehah yang berlangsung di Dewan Muktamar Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, malam Jumaat lalu, anak bongsu daripada enam beradik itu menerima sebuah kereta Proton Saga FLX 1.3, wang tunai RM30,000, trofi, hadiah perabot bernilai RM10,000 serta pakej umrah.
Amie Sofia yang merupakan anak kepada pengarah Ahmad Ibrahim atau Mat London berkata, berdasarkan prestasinya sepanjang program berlangsung dia hanya berani mengimpi kedudukan di tangga kedua atau ketiga.
"Sungguh, saya tidak duga akan jadi juara, sebab semua peserta hebat berbanding saya. Sebab itu jugalah, saya hanya impikan tempat kedua atau ketiga sahaja.
"Apa pun saya bersyukur. Saya ingat nak bagi kereta pada mama dan akan guna wang kemenangan untuk sambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang kaunseling di Universiti Utara Malaysia (UUM) tahun depan," katanya yang menerima hadiah daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Amie Sofia yang berpengalaman sebagai guru hafazan dan pendidikan Islam di Institusi Al-Quran Kuala Lumpur yang juga pemegang Ijazah Takhassus Qiraat, Universiti Al-Azhar itu berharap perjuangannya untuk menyalurkan syiar Islam di kalangan generasi muda dipermudahkan Allah.
Sementara itu, Wan Nor Mazuani Wan Mokhtar, 22, yang merupakan pemenang kedua Solehah pada malam penentu itu berjaya membuat hati penonton terusik.
Dia yang pada mulanya memilih tajuk Perintang Ibadah sebagai intipati tazkirah akhirnya menukar kepada Pengertian Solehah.
"Saya tukar tajuk sebab merasakan tajuk itu lebih dekat dengan diri. Sebelum saya mengajak orang berubah, saya sendiri perlu berhijrah.
"Ternyata program Solehah ini banyak menggubah saya dan perubahan itulah ingin saya kongsikan dengan orang ramai menerusi tazkirah yang saya sampaikan," katanya.
Sebagai pemenang kedua, Wan Nor Mazuani menerima wang tunai RM20,000, pakej umrah, perabot serta trofi.
Bagi pemenang ketiga Solehah, Nurul Eswani Syafazlin Abdul Halim, 24, dari Kulim Kedah, berkata, dia menyertai Solehah dengan niat untuk mempertingkatkan kemahiran diri.
Katanya, sepanjang program berlangsung, dia bukan sahaja dapat menimba ilmu, malah memperkukuhkan jati diri.
"Saya tidak pernah impi bertanding macam ini. Apa pun program ini memberi kesan besar kepada diri saya. Setelah apa yang dilalui, kini rasa tanggungjawab untuk mengembangkan syiar Islam lebih menebal," katanya yang menerima wang tunai RM10,000, pakej umrah, perabot dan trofi.
Lain-lain peserta Solehah yang bertanding pada acara yang dikendalikan oleh Nurul Iman Dzulkefly dan Irma Hasmie Ibrahim itu adalah Wan Suhaili Wan Mohd. Yusof, 24, Mariyam Sa'ari, 24, Sarah Azizul, 25, Siti Adibah Zelkefly, 21, Rosmarieza Rafiee, 25, Renny Johnnuin, 21, dan Tuan Nor Shazni Tuan Muda, 23.
Sementara itu, tiga juri tetap iaitu Prof. Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail, Prof. Madya Dr. Mariani Md. Nor dan Isfadiah Mohd. Dasuki diberi tanggungjawab untuk menilai para peserta sejak awal hingga akhir episod.

Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Gambar MOHD NAIM AZIZ

Khamis, 8 Disember 2011

Hadiah utama juara Program Realiti Solehah


7 Dis. 2011: Ketua Pengarah Eksekutif Tv-Alhijrah, Bukhari Che Muda(kiri) bersama Ketua Pemasaran Proton Edar Sdn Bhd, Mohammad Azwan Yahaya (kanan) membuka tirai hadiah yang merupakan hadiah utama juara Program Realiti Solehah di Proton Edar Showroom,Jalan Ampang. - utusan/IRWAN MAJID

Selasa, 6 Disember 2011

Masalah fail tidak dijumpai


SETIAP kali saya membuka PC,  akan keluar pop up Problem starting C:/Users/user/cnmss. The specified module could not be found seperti ditunjukkan gambar rajah. Apa yang perlu saya lakukan?
-Rafeah Md. Noor

KENAPA ia berlaku?
Secara umumnya, masalah ini berlaku kerana fail atau direktori (folder) tersebut tidak dijumpai oleh sistem komputer atau ia tidak wujud dalam komputer.
Sekiranya ia wujud, fail atau direktori tersebut tidak boleh dibuang kerana ia sedang digunakan oleh sistem komputer.
Jadi, ketika program Windows mula dilarikan dan ia mencari fail atau direktori tersebut tetapi tidak menemuinya.
Simptomnya adalah seperti yang terdapat dalam gambar rajah.
Antara simptom-simptom yang lain adalah terdapat mesej ralat yang mempunyai ayat-ayat berikut iaitu "Cannot find...", "Cannot start...", "Cannot load...", "Could not run...", Cannot run", "Error loading..." atau "specific module could not be found".
Perkara ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara iaitu;
Proses pembuangan sesebuah program komputer dibuat secara tidak lengkap atau proses pembuangannya bermasalah.
Fail tersebut berada dalam senarai fungsi Startup Windows tetapi ia sudah tiada dalam komputer.
Berlaku masalah gangguan terhadap sistem komputer Windows yang normal disebabkan oleh ada fail sistem Windows yang dibuang atau dijangkiti virus dan Malware.
Biasanya fail yang berkaitan dengan nama cnmss adalah kepunyaan sesebuah program komputer yang dihasilkan oleh pihak Canon seperti program pemacu pencetak Canon dan sebagainya.
Cara untuk mengatasinya?
Perkara pertama sekali yang perlu dilakukan adalah, sila kemas kini program Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Kemudian, boleh laksanakan mana-mana cara yang akan dibincangkan seterusnya.
Imbas keseluruhan komputer dengan perisian anti-virus yang telah dikemas kini. Sekiranya ada virus, sila kenal pasti jenis virus dan ikuti langkah-langkah pembuangannya atau baik pulih.
Sila membuat pembuangan program atau aplikasi komputer yang berkaitan secara bersih dan teratur.
Sekiranya perlu, boleh dimuat turun aplikasi komputer yang digunakan untuk membuang mana-mana program komputer secara teratur dan bersih.
Seterusnya, larikan program komputer tersebut dalam komputer.
Fail atau direktori yang dikatakan hilang itu boleh dibuang secara manual dengan membuangnya dalam persekitaran mod selamat Windows atau Safe Mode.
Ini sekiranya fail atau direktori tersebut masih ada dalam komputer.
Sila buang fail atau direktori tersebut daripada konfigurasi senarai fail dalam Startup Windows.
Ia boleh dilakukan secara manual dalam program msconfig pada tab Startup atau secara automatik dengan menggunakan aplikasi komputer tertentu seperti Autoruns dan lain-lain.
Ia juga boleh dibuang secara manual menerusi program Regedit dengan melaksanakan pencarian fail terlebih dahulu.
Pastikan program Regedit itu dibuat salinan pendua terlebih dahulu.
Program Autoruns dihasilkan secara percuma oleh pihak Microsoft. Ia boleh dimuat turun menerusi alamat URL, HYPERLINK "http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb963902.aspx" \t "_blank"http://technet.microsoft.com/en-us/sysinternals/bb963902.aspx.
Sekiranya ia disebabkan oleh virus atau malware, proses pengimbasan komputer boleh dilaksanakan dalam mod selamat. Pastikan juga komputer tersebut bebas daripada rangkaian dan internet.
Akhir sekali, sila kemas kini sekali lagi program Windows dan perisian anti-virus yang digunakan. Seterusnya, imbas kembali komputer yang bermasalah itu dengan perisian anti-virus. -sumber akhbar

Pakej bergaya mewah Lenovo


LENOVO kini melangkah ke dunia fesyen dengan tiga komputer riba yang lebih bergaya dan mewah - IdeaPad U300s Ultrabook serta komputer riba U300 dan U400.
Menggunakan teknologi terkini, komputer riba berkenaan direka untuk pengguna yang juga penggemar fesyen yang mahukan produk lebih bergaya selain berkuasa dan produktif sesuai bagi mereka yang fanatik terhadap teknologi dan fesyen sekali gus.
Naib Presiden Pusat Rekabentuk Inovasi Lenovo, Yao Yingjia berkata, Siri IdeaPad U terkini dari Lenovo menyediakan penggemar fesyen apa yang mereka inginkan dalam pakej super chic, mudah alih dan nipis.
Komputer riba U300s, U300 dan U400 merupakan aksesori mewah sempurna musim ini membawa pelanggan menggabungkan produktiviti dan hiburan dalam satu peralatan yang bergaya.
Manakala Naib Presiden dan Pengurus Besar Kumpulan Pelanggan Intel PC, Mooly Eden berkata, ramai akan tertarik dengan sistem pada siri U terkini daripada Lenovo yang menggabungkan persembahan menarik dalam rekaan cantik dan bergaya.
"Dijana oleh pemprosesan generasi ke dua Core, sistem berkenaan akan memberikan keupayaan dengan pengalaman pengguna dan hayat bateri yang panjang yang diinginkan pengguna.
"Kami teruja dengan inovasi Lenovo dan sebagai salah satu masa utama ke rakan niaga dalam kategori ultrabook yang terkini dengan peralatan U300 yang menggabungkan pengalaman mudah alih yang perlu dimiliki, keselamatan, tanggungjawab dan gaya," katanya.
Ultrabook U300s yang nipis dengan Intel menjadikannya unik bagi pengguna yang menghargai gaya dan kelebihan.
Menampilkan generasi kedua pemprosesan Intel Core i7 dengan Intel Turbo Boost Technology 2.0 dan masa untuk mula atau boot up hanya 10 saat dengan Enchanced Experience 2.0 RapidDrive SSD Technolgy1, U300s sedia beroperasi untuk apa jua tugasan.
U300 dengan 13.3 ultra slim paparan HD skrin lebar 16.9, memori 4GB DDR3 dan penyimpanan SSD sehingga 256GB.
Pada hanya 0.6 inci (14.9mm) nipis, U300s dibina daripada satu lapisan cengkerang aluminium bagi menghasilkan produk yang nipis dan ringan.
Boleh didapati dengan warna Graphite Grey atau edisi terhad Clementine Orange di mana warna berkenaan dihasilkan melalui proses eletrolisis dan sandblast bagi menghasilkan kemasan yang sempurna dan tahan calar.
Teknologi pintar lain termasuk Breathable Keyboard, Intel Advanced Cooling Technology yang membenarkan udara bergerak masuk melalui papan kekunci dan keluar melalui sebelah kiri, kanan dan depan.
Rekaan berkenaan mengurangkan keperluan pengudaraan di bahagian bawah komputer riba menjadikannya sesuai diletakkan di atas riba atau bantal dalam jangkamasa yang lama.
Selain rekaan ultra-nipis dengan hayat bateri Lenovo panjang, U300s menyediakan sehingga lapan jam penggunaan produktif atau 30 hari untuk masa menunggu.
Dengan Lenovo RapidCharge, baterinya boleh dicas sehingga 50 peratus dalam masa 30 minit.
Selain itu terdapat juga Bluetooth, high-speed 802.11n WiFi, USB 2.0 dan sambungan USB 3.0 serta kamera video bersepadu 1.3M (720p HD).
IdeaPad U300 dan U400 merupakan komputer riba bergaya, ultra nipis dengan teknologi pintar yang membenarkan pengguna melakukan lebih lagi.
Komputer riba U300 dan U400 datang dengan pemprosesan generasi ke 2 Intel Core dan masa mula (boot up) hanya 17 saat dengan teknologi RapidDrive SSD.
U300 menampilkan paparan HD 13.3 inci manakala U400 dengan paparan HD 14 inci dan grafik AMD Radeon HD5470M 1GB.
Kedua-dua model boleh dinaiktaraf memori sehingga 8GB DDR3, penyimpanan 1TB HDD dan penyimpanan 256GB SSD.
Long Life Battery pada U300 boleh bertahan sehingga enam jam masa produktiviti dan tujuh jam pada U400.
Kedua-dua model menggunakan teknologi Breathable Keyboard sama seperti U300s.
Lenovo IdeaPad U300, U300s dan U400 dijangka berada di pasaran pada bulan Oktober depan.
Semua tiga model dalam warna Graphite Gray manakala U300s terdapat dengan edisi terhad Clementine Orange.
Harga akan diumumkan tidak lama lagi dan mereka yang berminat boleh melayari laman web www. lenovo.com. -Oleh KHAIRUNNISA SULAIMAN

Juara program realiti Ustazah Pilihan, Firuz Akhtar Mohamad Bohari


Ikon muslimah sejati
Program realiti terbitan Astro Oasis, Ustazah Pilihan telah melabuhkan tirainya Khamis lalu apabila Firuz Akhtar Mohamad Bohari, 27, diumumkan sebagai pemenang musim pertama.
Ustazah Pilihan merupakan sebuah program pencarian untuk melahirkan barisan pendakwah pelapis yang mempunyai keterampilan sebagai ikon muslimah sejati.
Program yang berlangsung selama sembilan minggu itu berusaha untuk melengkapkan diri peserta dengan pelbagai ilmu duniawi dan juga ukhrawi dalam membentuk seorang wanita yang sejati.
Selain Firuz, tiga finalis lain yang turut berjaya ke peringkat akhir ialah Nurul Hidayah Kamarudin, 26, Siti Fatimah Mohd Sharif, 27, dan Masfira Hilman, 27.
Empat peserta itu berjaya mengharungi segala cabaran yang telah diberikan dan tugasan terakhir mendedahkan mereka kepada permasalahan dan implikasi pernikahan di sempadan.
Mereka telah dibawa ke Songkhla, Thailand bagi mengupas isu tersebut yang melibatkan ramai rakyat Malaysia, tanpa mengira umur.
Penilaian peserta dibuat melalui tugasan praktikal 40 peratus, ujian bertulis (40 peratus) dan selebihnya dikira berdasarkan hujah yang diberikan pada sesi Raudhah peringkat akhir yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), Selangor, di Saluran 106.
Firuz yang sudah bertunang dengan seorang jurutera yang kini bertugas di Jepun berkata, pengalaman berada di negara orang banyak membantunya mencungkil ciri-ciri pendakwah dalam dirinya sendiri.
“Saya menetap di Iran selama lima tahun manakala di Amerika Syarikat pula selama dua tahun.
“Saya menjadi rujukan rakan-rakan yang mempunyai persoalan berkaitan agama Islam ketika berada di luar negara.
“Secara tidak langsung, ia bukan sahaja meningkatkan pengetahuan saya tentang ilmu agama tetapi juga memperbaiki cara berkomunikasi dengan mereka yang berbilang kaum dan latar belakang,” katanya yang juga fasih bertutur bahasa Parsi dan Arab.
Sebagai juara, Firuz membawa pulang sebuah kereta Peugeot 207 Sedan, wang tunai RM25,000, biasiswa tajaan Yayasan Antarabangsa Al Madinah, pakej haji dan umrah tajaan Al-Riyadh Tours and Travels, barangan elektronik, pakej spa dan juga sebuah trofi.
Firuz menambah, tujuannya menyertai pertandingan ini bukanlah untuk mencari populariti tetapi untuk mencabar dirinya menjadi muslimah yang lebih sempurna.
“Secara jujur, saya sendiri tidak menyangka akan berjaya menjuarai pertandingan ini kerana populariti bukanlah apa yang saya idamkan.
“Saya akan gunakan platform ini sebagai saluran saya untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam berdakwah kepada masyarakat dalam memartabatkan lagi peranan ustazah,” ujarnya.
Sementara itu, dalam sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas siaran langsung peringat akhir Ustazah Pilihan, Pengurus saluran Astro Oasis, Izelan Basar berkata, pihaknya gembira kerana program itu berjaya mendapat tempat di hati penonton.
“Program ini bukan sekadar pengisian untuk memenuhi slot Astro Oasis sebaliknya ada perkara yang ingin kita tonjolkan.
“Dalam pencarian ikon muslimah melalui program ini, ia memberitahu kita semua bahawa tanggungjawab yang perlu digalas oleh kaum hawa bukan sahaja sebagai isteri atau ibu, tetapi juga sebagai pemimpin, pendidik dan pembimbing kepada generasi akan datang.
“Peranan kaum wanita dalam Islam sangat besar dan antaranya adalah untuk membentuk generasi muda yang lebih berpegang kepada syiar Islam dan kita mahu memperkasakan peranan mereka.
“Sehubungan itu, program ini berjaya memberikan pendedahan terhadap perkara tersebut bukan hanya kepada 11 peserta yang menyertai Ustazah Pilihan tetapi juga kepada seluruh masyarakat yang mengikuti program ini dari awal sehingga akhir,” katanya.

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
Gambar SAHARUDDIN ABDULLAH

Jumaat, 2 Disember 2011

Adira gayat tapi seronok memanjat


AKSI spontan Adira ketika hampir jatuh ketika melakukan aktiviti wall climbing di Extreme Park, Shah Alam baru-baru ini.
"LAGI senang panjat pokok!" Itu merupakan jawapan yang diberikan Adira sewaktu ditanya pengalaman pertamanya mencuba aktiviti panjat tembok atau wall climbing di Extreme Park, Shah Alam, Selangor, baru-baru ini.
Malah menurut Adira atau pemilik nama sebenar, Siti Adira Suhaimi, 20, dia sememangnya dikenali sebagai seorang gadis yang lincah ketika tinggal di kampungnya di Ranau, Sabah.
Gemar memanjat pokok sewaktu membesar di sana, Adira memberitahu, dia kini ingin mencuba aktiviti wall climbing.
"Sejak dari kecil lagi Adira lebih suka berkawan dengan budak-budak lelaki dan itu sedikit sebanyak menyebabkan Adira lebih menyukai aktiviti lasak.
"Dan antara aktiviti kegemaran Adira sewaktu kecil semestinya memanjat pokok. Memang merbahaya tetapi itu menyeronokkan," katanya
Menurut naib juara program realiti televisyen (TV) Akademi Fantasia musim kelapan ini, setelah meningkat dewasa, dia tidak lagi memanjat pokok.
Bagaimanapun, kerinduan terhadap aktiviti itu tetap ada dan bertambah setelah dia berhijrah ke Kuala Lumpur.
"Kalau di Kuala Lumpur ini, mana nak cari pokok untuk dipanjat? Lainlah kalau di kampung, ada waktunya kalau rasa gian, Adira akan panjat pokok jambu.
"Sebagai ganti dan pengubat rindu, Adira merasakan wall climbing sebagai alternatif terbaik kepada panjat pokok.
"Walaupun ada perbezaan di antara wall climbing dengan panjat pokok tetapi sekurang-kurangnya, rasa rindu zaman kanak-kanak terubat juga," katanya berseloroh.
Pelantun lagu Ilusi ini juga memberitahu, aktiviti wall climbing merupakan antara aktiviti lasak yang sudah lama ingin dicubanya.
"Adira memang jenis yang suka mencuba dan seperti hari ini, terus terang Adira nyatakan bahawa pada mulanya terselit rasa gayat tatkala melihat temboknya yang tinggi.
"Perasaan itu hilang setelah Adira dipakaikan dengan alat keselamatan dan Adira mula yakin untuk memanjat tembok ini," katanya sambil mendongak melihat ketinggian tembok yang bakal dipanjatnya itu.
Kata Adira lagi, panjat pokok lebih mudah untuknya berbanding wall climbing kerana pokok banyak dahan untuk dia bergantung dan berpijak.
"Lagipun, panjat pokok lebih mudah untuk Adira imbangkan badan berbanding dengan wall climbing yang mana ia memerlukan kekuatan tangan.
"Ia juga memerlukan kita mempelajari teknik dan selok belok yang betul sebelum mula memanjat.
"Apa pun, aktiviti ini lebih seronok daripada memanjat pokok," katanya ketawa. -akhbar tempatan

BlackBerry PlayBook digodam


SAN FRANCISCO 1 Dis. - Tiga syarikat perisian semalam mendakwa menemui kaedah untuk menggodam perisian komputer tablet BlackBerry PlayBook dan bakal mendedahkan rahsia tersebut dalam tempoh seminggu.
Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RM) sedang menyiasat dakwaan mengenai penggodaman jailbreaking itu, yang boleh menjejaskan reputasi firma tersebut yang terkenal dengan sistem keselamatan ketat.
Jailbreaking bermaksud kaedah pengubahan sistem perisian untuk membolehkan akses tanpa kebenaran kepada sistem atau program yang tidak sah.
Sedutan klip video dalam YouTube menunjukkan satu daripada syarikat perisian tersebut menggunakan PlayBook melayari sebuah rancangan televisyen daripada perkhidmatan dalam talian Hulu yang kebiasaannya tidak dikendalikan oleh tablet RIM itu.
"RIM tidak mendapati penggodaman tersebut dilakukan oleh individu selain penyelidik.
"Jika RIM mendapati perkara tersebut benar, kami akan menghasilkan perisian terkini yang boleh mengurangkan kesan buruk terhadap pelanggan dan rakan niaga syarikat ini," kata syarikat yang berpangkalan di Kanada itu dalam satu kenyataan.
Tablet PlayBook menggunakan sistem operasi QNX yang berbeza daripada perisian yang digunakan oleh telefon pintar BalckBerry.
"Pengguna BlackBerry tidak terjejas dengan perkara ini.
"Jika cara penggodaman tablet itu didedahkan, RIM akan menyiasat perkara tersebut.
"Syarikat kami yakin dengan keupayaan tablet PlayBook dan para penyelidik syarikat ini sentiasa berusaha melindungi pelanggan kami," katanya. - AFP

Hijrah: Catriona Ross mahu hasilkan buku


 
KOTA BHARU 1 Dis. - Catriona Norhayati Rose Bahrain Rose atau lebih dikenali sebagai 'Cat', pelakon drama yang kini tampil dengan imej bertudung, bercadang membukukan kisah hidupnya sebagai panduan khusus untuk remaja perempuan.
Katanya, sejarah kehidupannya dari wanita yang tidak berpedoman kembali kepada fitrah ajaran Islam, akan dilakarkan dalam buku itu.
"Saya sedang merancang untuk membukukan lakaran sejarah penghijrahan saya ini untuk panduan umum, khasnya kepada remaja wanita seluruh negara dalam masa terdekat ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah dalam program bual bicara Hijrah-Antara Usaha @ Hidayah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kampus Pengkalan Chepa dekat sini, hari ini.
Program sempena sambutan Maal Hijrah anjuran Pusat Pengajian Bahasa dan Pembangunan Insaniah univeriti itu dihadiri kira-kira 500 pelajar dan kakitangan universiti berkenaan.
Catriona berkata, matlamatnya bukan untuk menunjuk-nunjuk dengan anugerah yang diberikan oleh Tuhan, tetapi untuk berkongsi pengalaman agar kembali kepada fitrah kejadiannya.
"Walaupun saya diejek oleh rakan-rakan sama ada dalam industri filem yang saya ceburi atau kenalan lain, namun saya anggap ia suatu cabaran untuk sampai ke matlamat perjuangan," jelasnya sambil menegaskan dia tidak akan menyisihkan diri dari bidang itu walaupun ada pihak yang cuba menyisihkannya.
Catriona, 31, berkata, dia bersyukur pendiriannya itu diterima baik oleh keluarganya sebaik sahaja memulakan perubahan itu selepas mencuba memakai tudung di sebuah butik di Kuala Lumpur.
Pelakon itu juga tidak menolak andaian bahawa perubahan sikap dan petunjuk ke arah itu selepas mengalami sejarah pahit terlibat dalam kemalangan jalan raya di Negeri Sembilan empat tahun lepas sehingga menyebabkan kedua-dua kakinya patah.
Catriona juga mengalu-alukan rakan seperjuangannya dalam industri filem dan muzik tanah air mengikut jejak bersamanya walaupun pernah dilabelkan sebagai 'ustazah jadi-jadian'.
Ibu kepada Sephia Rania yang berusia 18 bulan itu berkata, perubahan pada mulanya memang mengejutkan suaminya, Saharuddin Mokhtaruddin, 32, dan juga para peminat. - BERNAMA

Sabtu, 26 November 2011

Gaji wajib dizakat


Kewajipan berzakat bukan hanya dikenakan ke atas petani serta pemilik ternakan lembu dan kambing tetapi juga kepada mereka yang berpendapatan tetap. - Gambar hiasan

RAMAI tidak tahu menyebabkan bilangan pembayar setiap tahun tidak sampai 100 peratus (%).
Bagaimana tahap kesedaran orang ramai terhadap amalan membayar zakat?
Jika dibandingkan dengan 10 tahun lalu, orang ramai semakin sedar mengenai kepentingan membayar zakat dan jumlahnya semakin bertambah sepanjang tahun.
Namun jumlah pembayar zakat belum mencapai tahap 100 peratus di mana ada segelintir individu yang layak membayar zakat, tetapi gagal berbuat demikian atau mungkin tidak tahu bahawa pendapatan yang mereka perolehi wajib dikenakan zakat.
Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana banyak saluran pembayaran sudah disediakan bagi memudahkan pembayar melaksanakan tanggungjawab mereka termasuk melalui potongan gaji, pembayaran secara dalam talian atau melalui kaunter Pusat Pungutan Zakat (PPZ).
Bagaimana untuk mengetahui sama ada pendapatan dimiliki itu wajib dikenakan zakat kerana mungkin ada individu berpendapatan kecil dan banyak tanggungan berpendapat mereka tidak perlu membayar zakat pendapatan.
Perkara utama yang harus dilakukan adalah membuat pengiraan untuk menentukan sama ada pendapatan dimiliki itu layak atau tidak perlu dikenakan zakat.
Pengiraan yang dikenakan agak mudah, malah kami menyediakan pelbagai saluran untuk membantu orang ramai membuat pengiraan sendiri. Mereka juga boleh mengunjungi PPZ untuk membuat pengiraan dengan bantuan kakitangan kami atau layari laman web PPZ yang mana kami turut menyediakan panduan pengiraan.
Sekiranya seseorang individu mempunyai banyak tanggungan, pengiraan turut membabitkan jumlah tanggungan dan ia akan ditolak daripada jumlah pendapatan tahunan. Tanggungan yang dimaksudkan termasuk ibu bapa, anak serta isteri.
Malah, beberapa perbelanjaan juga akan ditolak daripada pendapatan tahunan termasuk caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Selepas membuat pengiraan, mungkin ada pendapatan individu yang tidak diwajibkan zakat, namun adalah digalakkan untuk membuat potongan gaji walaupun serendah RM10 kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu kerajaan membasmi kemiskinan dan pada masa sama menyucikan pendapatan kita.
Setiap tahun, bilangan pembayar zakat tidak mencapai jumlah 100% dan ini bermakna masih ada yang enggan berbuat demikian. Apakah tidak ada tindakan boleh diambil untuk memastikan mereka melunaskan bayaran?
Setakat ini tidak ada akta khusus untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang gagal membayar zakat, malah kami menggunakan kaedah mendidik bagi memastikan jumlah pembayar zakat meningkat setiap tahun.
Walaupun tidak ada akta untuk menghukum, namun kerajaan menyediakan pelbagai insentif untuk pembayar zakat antaranya rebat cukai pendapatan individu serta tolakan cukai daripada pendapatan agregat maksimum sebanyak 2.5% peratus bagi syarikat yang membayar zakat perniagaan mereka.
Apa harapan dan nasihat PPZ terhadap orang ramai yang mungkin masih keliru dan tidak tahu mengenai pembayar zakat pendapatan dan perniagaan.
Zakat adalah satu daripada rukun Islam dan zakat adalah proses pemulangan hak orang lain dalam harta kita. Dengan berzakat ia dapat membersihkan diri daripada bersifat bakhil.
Tidak timbul isu kita jatuh miskin sekiranya mengeluarkan sedikit duit untuk membayar zakat kerana Allah menjanjikan pulangan 700 kali ganda daripada jumlah dikeluarkan. Dengan pelbagai kemudahan, tiada alasan untuk kita tidak membayar zakat.
Ahli lembaga syarikat juga perlu memainkan peranan menyemak akaun syarikat sama ada wajib zakat atau tidak kerana ia akan dipersoalkan di akhirat.

Sumber: Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan

Manusia diuji dalam pelbagai bentuk


ANTARA ujian-ujian yang disebut oleh Allah adalah berkaitan dengan ujian berkaitan dengan harta, keluarga dan berhubung dengan negara.
Ini seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud: Kemudian, Sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orang-orang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; Sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar Dalam perjuangan - adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-Nahl: 110)
Selain itu, hijrah juga dapat dikaitkan dengan aspek pengorbanan dan jihad, kerana hijrah merupakan salah satu cara untuk mempertahankan akidah Islam yang suci dan menjaga kehormatan diri.
Ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud:
* Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (al-Baqarah: 218)
* Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah, dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), mereka semuanya menjadi penyokong dan pembela antara satu dengan yang lain. Dan orang-orang yang beriman yang belum berhijrah, maka kamu tidak bertanggungjawab sedikitpun untuk membela mereka sehingga mereka berhijrah. Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kamu dalam perkara (menentang musuh untuk membela) ugama, maka wajiblah kamu menolongnya, kecuali terhadap kaum yang ada perjanjian setia di antara kamu dengan mereka. dan (ingatlah) Allah Maha melihat akan apa yang kamu lakukan. (al-Anfal: 72)
Sempena sambutan tahun baru hijrah 1433 ini, sewajarnya setiap individu muslim melakukan muhasabah diri atau tindakan pembetulan serta melakukan sesuatu amalan atau kegiatan yang tidak bertentangan dengan syariat Islam agar sambutan yang diadakan agar lebih bermakna.
Ini selaras dengan persetujuan para ulama yang memahami peristiwa hijrah nabi merupakan satu titik perkembangan dakwah Islamiah bagi membina masyarakat yang lebih bermakna bagi membawa seluruh umat Islam melakukan transformasi ke arah lebih berjaya.
Dalam konteks umat Islam di Malaysia pada hari ini, peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW yang sarat dengan pengajaran dan iktibar itu perlu difahami dan diserap segala pengajaran dan hikmatnya.
Ia merangkumi aspek hijrah pembinaan masyarakat yang lebih harmoni, penghayatan Islam yang lebih bermakna dan juga mengajak diri masing-masing meninggalkan perbuatan yang kotor dan maksiat dengan berhijrah ke arah memperbaiki diri, hati dan jiwa menjadi suci dan bersih dengan menghayati dan mengamalkan ajaran Islam.
Ini menepati firman Allah SWT yang bermaksud: Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya ia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur; dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka Sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (an-Nisa': 100)
Selain dari itu semoga kita sama-sama dapat menghayati maksud doa awal tahun yang sering kita baca bagi menyambut tahun baru hijrah yang bermaksud,
"Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim, yang awal dan ke atas kelebihan-Mu yang besar dan kemurahan-Mu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan-Mu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepada-Mu Wahai Tuhan yang Maha Agung dan Maha Mulia.
"Wahai Tuhan yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka."
Semoga kehadiran 1 Muharam 1433 akan membawa kita ke arah lebih baik dalam segala aspek kehidupan diri dan masyarakat seluruhnya bagi mewujudkan manusia yang terbaik.

INFO AKHBAR TEMPATAN

Memahami asas hak asasi manusia


HAK asasi manusia adalah sesuatu yang penting bagi menjamin keperluan dan kepentingan asasi setiap insan. Penakrifan hak asasi manusia berbeza dari satu negara ke satu negara lain.
Namun hak asasi seperti kebebasan menjalani kehidupan yang mengikut lunas undang-undang, agama dan budaya, hak untuk mendapat pelajaran dan mencari pekerjaan, hak bersuara dan hak beribadat misalnya adalah sesuatu yang asasi dan fitrah bagi setiap individu.
Hak kemanusiaan kadangkala dianggap sebagai tanggapan moral yang didukung oleh masyarakat dan sebahagian besarnya dilaksanakan dengan undang-undang.
Justeru, hak-hak yang digariskan oleh setiap perlembagaan sesebuah negara dan agama pelu diakui dan perlu ditegakkan secara adil, berhemah dan bijaksana.
Namun apabila disebut tentang hak asasi manusia, Barat sering dijadikan rujukan mutlak. Cara berfikir dan cara hidup orang Barat dijadikan penimbangtara mengenai jenis hak asasi manusia yang harus digunapakai.
Negara seperti Malaysia tidak sama dengan Sweden atau Amerika Syarikat yang perlu dijadikan rujukan mutlak mengenai gaya hidup dan cara berfikir masyarakatnya. Para remaja tidak harus menentang untuk menjadi negara maju tetapi biarlah maju dalam acuan kita sendiri.
Acuan kita sendiri tidak bermaksud untuk menolak faktor maju daripada Barat tetapi binaan negara Malaysia yang memiliki kepelbagaian budaya, agama dan system kepercayaan memungkinkan hak asasi ditegakkan atas faktor-faktor berkenaan.
Kemajuan ilmu pengetahuan serta kemajuan yang diperolehi daripada Barat misalnya, harus dijadikan sebagai faedah berbanding yang baik bagi Malaysia.
Walaubagaimanapun, para remaja harus sedar bahawa Barat kini sedang mengalami pengaruh pasca-modenisme dan neoliberalisme yang sifatnya anarki.
Krisis genetik yang mereka alami, penolakan terhadap sistem kekeluargaan, berkembangnya amalan gay dan lesbian, kebebasan tanpa batas yang berlaku di kalangan remaja dijadikan kriteria penting dalam menentukan hak asasi manusia.
Mereka tidak lagi dipandu oleh etika agama jauh sekali aliran falsafah yang membawa ke arah kemurnian. Hak asasi banyaknya hanya dihubungkan dengan faham individualistik, konsumeristik dan hedonisitik.

Hak asasi adalah fitrah

Islam menghubungkan hak asasi dengan sesuatu yang amat fitrah. Fitrah kejadian manusia tidak boleh sebebas-bebasnya berjalan tanpa pedoman nilai dan etika.
Kerana itulah Islam meletakkan kesejahteraan hidup manusia dengan batas pedoman yang terbaik supaya kehidupan manusia berjalan secara manusiawi dan mempunyai etika dan nilai yang sentiasa menjaga kepentingan adab dan kesantunan dalam kehidupan.
Justeru, apabila ada pihak ingin menganjurkan kegiatan Seksualiti Merdeka 2011 di Malaysia, ia adalah suatu kesongsangan dalam memahami makna kebebasan dan hak asasi dalam realiti Malaysia.
Setiap agama di Malaysia tidak mengizinkan kesongsangan seperti ini terjadi kerana ia sesuatu yang bertentangan dengan fitrah.
Kerosakan yang dibawa oleh budaya popular Barat terhadap generasi muda sudah cukup meresahkan banyak pihak, apatah lagi dengan budaya songsang ini.
Ibrah yang diperolehi daripada kisah hubungan sejenis oleh kaum Nabi Lut a.s yang termaktub dalam al-Quran memberi pedoman jelas kepada para remaja tentang kesan-kesan akibat kesongsangan dan pelanggaran terhadap hak-hak yang fitrah.
Pada masa itu, kaum Lut dibinasakan akibat kedegilan mereka. Pada hari ini budaya sedemikian yang berkembang di Barat antara lain menyebabkan musibah AIDS/HIV yang menjadi episod bencana yang belum terlerai yang berpunca daripada kerosakan oleh manusia sendiri.
Remaja harus peka bahawa antara agenda globalisasi yang sedang berjalan ialah mengembangkan faham liberal dan neo-liberalisme ke negara-negara Islam supaya perubahan yang dibawa ialah ke arah pembebasan diri dari ikatan agama.
Islam dengan strategi Islamophobia Barat dilihat sebagai ancaman kepada kelangsungan dunia Barat. Mereka tahu Islam yang dikembangkan dalam bentuk ketamadunan menjadi penggugat kepada tamadun Barat yang sudah berlangsung lebih 700 tahun.
Mereka tahu bahawa kekuatan tamadun Barat pernah terhutang ilmu kepada kekuatan tamadun Islam suatu ketika dulu di Andalusia yang juga berkembang lebih 700 tahun.
Kebangkitan kesedaran Islam di Barat hari ini menjadikan mereka bimbang tentang kemungkinan Islam dengan potensi yang ada padanya muncul sebagai order baru dunia masa depan.

Hak asasi islami

Hak asasi dalam Islam mengambil pendekatan syarie dalam memberikan batas dan pedoman terhadap sesuatu yang manusia lakukan.
Ia tidak sama dengan pendekatan Barat yang menjadikan faham liberal dan neo-liberalisme yang mengabaikan pertimbangan agama dan etika sebagai landasan mengungkapkan hak asasi manusia.
Pendekatan integratif dalam proses pengilmuan dan pendidikan ini amat dituntut supaya corak modal insan yang bakal dilahirkan mampu menjadikan landasan syariah sebagai rujukan utama.
Terdapat aspek positif dalam binaan hak asasi yang terdapat di Barat boleh diambil dan disesuaikan dengan iklim beragama dan berbudaya dan tradisi berfikir masyarakat Malaysia.
Kebebasan bersuara, berfikir, melakukan interaksi sosial, menentukan keadilan dan kesaksamaan tegak secara beretika adalah sumber hak asasi yang baik dan patut dicontohi.
Menghormati perbezaan anutan agama dalam masyarakat Malaysia, kelainan amalan tradisi dan budaya adalah sesuatu yang menepati maksud hak asasi manusia.
Secara dasarnya, hak asasi yang Islami atas asas maqasid syariah (maksud hukum syarak) mempunyai enam dasar atau usul. Enam dasar atau usul itu menjadi tunjang kepada pemahaman terhadap hak asasi yang Islami.
Pertamanya, pentingnya hak asasi yang dikembangkan atas maksud memelihara agama. Dalam erti kata yang luas hak asasi menjadi kepentingan akidah, ibadah, syariah dan akhlak supaya pembangunan dan pengurusan diri insan berlaku dengan menjadikan akidah sebagai ikatan manusia dengan Allah.
Kedua, kepentingan nyawa manusia yang melibatkan hukum dan perundangan supaya sistem kehidupan manusia diatur atas rasa saling menghormati faktor nyawa yang dikurniakan Allah yang dipedomankan atas asas syariah supaya tidak berlaku kacau bilau dan melampaui batas.
Ketiga, pentingnya dipelihara akal supaya akal menjadi sihat dan tangkas. Maksud memelihara akal ialah supaya akal itu diberikan ilmu yang benar yang bakal membangun suatu peribadi.
Ia menghasilkan insan yang mempunyai pertimbangan yang waras dan bijaksana dalam pemikiran dan juga amalan.
Para remaja mesti menyedari bahwa akal yang positif, sihat serta tangkas menjadi asas pembinaan etika dan tamadun. Kerana itulah pengharaman Islam terhadap arak, dadah serta perkara-perkara yang merosakkan adalah untuk memelihara akal manusia supaya kewarasan dalam diri dapat menghasilkan tindakan serta amalan yang bijak dan beretika.
Keempat, hak menjaga harta kerana ia adalah kurniaan Allah yang amat berharga supaya kecenderungan eksploitasi tidak berlaku dan manfaat harta apabila diurus mengikut pedoman syarak akan membawa kesejahteraan kepada umat manusia.
Kelimanya adalah mengenai keturunan yang perlu dipelihara supaya sistem keluarga terurus dengan baik dan memberi manfaat kepada umat manusia.
Faktor syarak dalam pertimbangan tentang pentingnya keturunan dijaga sangat ditekankan supaya hubungan sesama manusia berjalan dengan baik, tidak berlaku kemungkaran yang menyebabkan perkembangan keturunan menjadi rosak.
Misalnya, perintah Allah supaya jangan mendekati zina adalah kata kunci terbaik dalam memelihara keturunan yang baik.
Tuntutan keenam pula adalah menjaga maruah supaya jati diri manusiawi tidak hilang. Jati diri Islami memberi gambaran tentang imej dan kekuatan Islam itu sendiri.
Islam dan orang Islam menjadi sumber dakwah dan sumber contoh kepada orang lain.
Jika keindahan dan kesyumulan agama Islam tidak terlihat pada contoh pemeluknya dalam percakapan dan perbuatan, maruah Islam akan tercalar.
Justeru, menjaga maruah Islam adalah dengan menjaga maruah diri dan maruah diri terbina dengan kekuatan ilmu, pemikiran dan amalan agar selari dengan fitrah insan yang ingin menjadikan faktor manusiawi sebagai refleksi kehidupan.

Oleh NURUL IZZAH SIDEK

Jumaat, 25 November 2011

Landasan hidup Yuna




MELAKUKAN kerja amal dan membantu mereka yang kurang bernasib baik sudah menjadi tanggungjawab sosial Yuna.

USIA pembabitannya dalam bidang seni secara serius baru menjangkau tiga tahun. Namun, harus diakui populariti dan kejayaan yang dikecapi oleh komposer yang juga penyanyi wanita popular, Yuna setanding dengan artis lain.
Semuanya bermula dengan lagu Dan Sebenarnya yang telah melonjakkan nama gadis berusia 25 tahun itu yang telah membawa gelombang baru dalam industri muzik tempatan.
Bermula detik itu, Yuna tidak menoleh ke belakang lagi dan meneruskan perjuangannya dalam bidang muzik sehingga mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Namun, kata Yuna, biarpun dia gembira dan bangga dengan pencapaiannya kini, tetapi semua itu mempunyai harga yang perlu dibayar terutama dari segi masa.
“Sebagai seorang karyawan, saya seorang yang cukup serius dalam apa yang saya lakukan. Cukup penting buat saya untuk melihat muzik saya diterima dengan baik. Alhamdulillah, semua itu saya kecapi berkat usaha dan kerja keras saya sendiri.
“Jujurnya, saya menulis lagu bukanlah untuk diiktiraf mahupun mengejar anugerah tetapi memadai untuk membuat saya gembira apabila muzik saya mampu meninggalkan kesan kepada pendengar.
“Apabila ada pendengar dan peminat yang datang kepada saya sambil memberitahu bahawa mereka terkesan dengan melodi dan lirik saya, itu merupakan kejayaan terbesar buat saya.
“Pengorbanan masa dan kreativiti yang saya curahkan untuk penghasilan lagu dan album berbalas apabila mendapat respons positif seperti itu,” jelas Yuna sambil mengukir senyuman sewaktu ditemui pada majlis minum petang bersama Olay di ibu negara, baru-baru ini.
Seiring dengan sambutan Maal Hijrah 1433 yang bakal disambut Ahad ini (27 November), pemilihan Yuna untuk membicarakan soal penghijrahan adalah bertepatan sekali.
Dalam lambakan artis yang muncul di persada seni tanah air ini, Yuna antara yang cukup menyerlah dan sudah pasti penghijrahan hidupnya boleh diibaratkan umpama kisah dongeng yang diakhiri dengan kebahagiaan.
Barangkali ramai yang terlupa bahawa perjalanan seni Yuna sebenarnya tidak mudah yang disangka kerana permulaan kariernya sedikit goyah.
Bukan sengaja mahu mengungkit kisah lama, tetapi siapa yang dapat lupa bagaimana Yuna pernah dikritik lantaran enggan ‘menjual’ dirinya untuk publisiti.

Rendah diri

Hampir diboikot oleh pihak media, Yuna bingkas bangkit membuka matanya dan mengubah pendiriannya sehingga dia kini mampu menjalinkan ukhuwah yang baik bersama media.
Semuanya atas kesedaran Yuna sendiri yang sedar bahawa sebagai seorang artis, adalah penting untuk dirinya dikenali ramai dalam meluaskan skop muziknya kepada khalayak.
Biarpun sudah dikenali di peringkat antarabangsa, namun, Yuna masih lagi berpijak di bumi nyata dan rendah diri. Tidak seperti segelintir artis yang baru setahun jagung menjadi artis tetapi lagaknya mengalahkan artis senior.
“Saya harus akui kehidupan saya hari ini lebih baik daripada sebelumnya. Proses penghijrahan hidup saya berlaku secara berperingkat. Saya bersyukur ia tidak mendadak. Lebih baik begitu daripada terus menuju puncak yang kemudiannya jatuh tersungkur.
“Apabila saya mengambil keputusan menjadi penyanyi dan komposer sepenuh masa, ia adalah sesuatu yang harus saya lakukan dan ambil serius.
“Alhamdulillah, sepanjang tiga tahun menjadi artis ini, banyak yang saya pelajari. Ia telah menjadikan sayalebih matang.
“Apa yang saya lalui sebelum ini sebenarnya juga telah banyak membuka mata dan menyedari bahawa hidup ini sebenarnya harus dinikmati sebaik mungkin bersama orang yang saya sayangi di sekeliling saya,” ujar anak tunggal itu ketika diminta menggambarkan kehidupannya kini.
Menyambung bicaranya, Yuna juga bersyukur kerana dengan pendapatannya sebagai anak seni, dia dapat melakukan perkara yang mungkin tidak dapat dilakukannya sebelum ini.

Amal

Walaupun tidak hidup mewah dan hanya menjalani kehidupan yang cukup sederhana, Yuna gembira dengan penghijrahan hidupnya juga dia dapat membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Bukan mahu mendabik dada dengan amal jariah yang dilakukannya selama ini, tetapi Yuna hanya mahu sekadar berkongsi cerita.
“Kalau dulu, mungkin kita mahu membantu mereka yang memerlukan tetapi ada perkara yang menghalang untuk kita berbuat demikian. Mungkin dari segi kewangan misalnya.
“Tetapi sekarang saya banyak melibatkan diri dengan badan amal selain membantu keluarga seandainya mereka memerlukan bantuan,” cerita Yuna yang baru dinobatkan dengan trofi Vokal Wanita Terbaik menerusi lagu Penakut pada Anugerah Industri Muzik Ke-18 (AIM 18), baru-baru ini.
Tidak hanya itu, penampilan Yuna juga dilihat sudah jauh berubah jika hendak dibandingkan sewaktu awal kemunculannya.
Jika dulu dia hanya selesa berkemeja T, seluar jeans dan bersepatu sniker, tetapi hari ini, evolusi fesyen Yuna cukup mengagumkan sehingga dia dilabelkan sebagai ikon fesyen baharu dunia seni.
Namun, apa yang tidak sedapnya, di sebalik fesyen hijab yang digayakan Yuna itu, terdengar juga kata-kata nakal yang mengatakan ia tidak ubah seperti seorang rahib.
Tidak melenting dengan komen yang dilemparkan itu, sebaliknya Yuna memberitahu, dia tidak mahu ambil pusing atas apa yang dikatakan orang terhadapnya.
Malah, dia berterima kasih kepada pihak yang menyokong dan menjadikan fesyennya sebagai ikutan mahupun trend.

Tidak kisah

“Saya memakai pakaian mengikut keselesaan saya dan apa yang penting, ia juga mendapat restu daripada ibu dan ayah saya. Setakat ini, mereka setuju dengan cara pemakaian saya.
“Apa yang saya lakukan, saya pasti akan meminta pendapat mereka (keluarga). Hakikatnya, memang sukar sekali untuk memuaskan hati semua pihak kerana apa sahaja yang dilakukan pasti akan ada yang tidak kena pada pandangan mereka.
“Saya tidak kisah untuk dikritik tetapi biarlah berhemah. Saya sedar kritikan itu juga adalah untuk kebaikan diri saya juga. Setiap orang pandangannya berbeza dan saya menghormati setiap pandangan yang diberikan,” ujar Yuna yang banyak membuat rujukan daripada majalah fesyen antarabangsa serta negara yang dilawati dalam memperbaiki gaya penampilannya.
Katanya lagi, dengan pemakaian hijab yang lebih moden dan kontemporari juga sebenarnya banyak membantunya sewaktu di Amerika Syarikat (AS).
Walaupun sudah merantau jauh sehingga ke bumi Uncle Sam itu, namun jelas Yuna, dia sama sekali tidak akan menggadaikan maruahnya sebagai seorang wanita Muslim semata-mata mahu menjadi bintang di luar negara.
“Ibaratnya kita ini umpama orang yang baru menjejakkan kaki ke tempat baru. Jadi, untuk salam perkenalan kita seharusnya dengan cara yang penuh diplomatik dan dilakukan secara perlahan-lahan jika mahu diterima masuk dalam komuniti mereka.
“Alhamdulillah, saya tiada masalah di sana dan mereka menerima kehadiran saya dengan baik serta penuh terbuka,” jelas Yuna yang juga cukup popular dengan lagu Gelora Jiwa dan Gadis Semasa.
Sempat berkongsi cerita tentang perkembangan kariernya, Yuna memberitahu dia sudah pun menyiapkan album Inggeris pertamanya untuk pasaran AS dan dipasarkan sekitar bulan Februari depan.

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
Gambar NOORADZRENE MOHD. NOOR, WAHIDAH ZAINAL dan ihsan KEY MESSAGE


Khamis, 17 November 2011

Beijing kota purba termaju di dunia


 

SEBAGAI kota purba termaju di dunia, Beijing atau juga dikenali sebagai Peking pastinya memiliki keistimewaan yang tersendiri. Destinasi tersebut yang turut dikenali ramai sebagai kota terpadat di dunia dengan bilangan mencecah 20 juta penduduk itu bukan sekadar kota biasa.
Ini kerana sebagai sebuah bandar raya yang diiktiraf sebagai pusat Metropolis di China, Beijing dibahagikan kepada 14 daerah dalam bandar dan dua daerah di kawasan luar bandar.
Selain itu, bandar tersebut juga dijadikan sebagai pusat pengangkutan utama, dengan berdozen landasan kereta api, lebuh raya dan tidak kurang juga sebagai tempat persinggahan atau transit buat kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa.
Sejak berkurun lamanya, Beijing kini semakin maju sehingga berperanan sebagai jantung utama pergerakan ekonomi China dan pusat kebudayaan yang dipenuhi dengan pelbagai binaan lama dan moden.
Istimewanya, destinasi ini amat terkenal dengan kemewahan istana-istana, kuil-kuil dan dinding-dinding batu besar serta pintu kepada khazanah warisan kesenian China.
Di kota tersebut, pelawat dan pengembara mempunyai banyak pilihan untuk menghabiskan masa percutian bersama keluarga.
Bagi yang melawat buat kali pertama, pemilihan destinasi mungkin antara perkara paling sukar untuk ditentukan kerana sebagai pusat tamadun manusia antara yang tertua dunia, Beijing menawarkan pelbagai destinasi menarik untuk dikunjungi.

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY

Isnin, 17 Oktober 2011

Terowong SMART ditutup 7 jam mulai 11 malam 19 Okt ini


KUALA LUMPUR 17 Okt. – Lebuh raya SMART akan ditutup kepada semua kenderaan mulai 11 malam Rabu (19 Oktober) hingga 6 pagi keesokan harinya untuk kerja penyelenggaraan sistem terowong lebuh raya itu.

Syarikat Mengurus Air Banjir & Terowong Sdn Bhd (SMART) dalam satu kenyataan berkata, pengguna boleh menghubungi talian 1-300-88-7188 untuk pertanyaan berhubung penutupan itu. - Bernama

Khamis, 13 Oktober 2011

Ketahui risiko pasangan: Ujian kesihatan pra perkahwinan



UJIAN kesihatan membantu mengenal pasti masalah dan risiko yang bakal dihadapi pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga serta anak-anak mereka kelak. Ujian kesihatan pra perkahwinan membolehkan seseorang untuk:

* Mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan serta belajar cara untuk menjaga atau mengekalkan kesihatan mereka
* Mengesan sekiranya mereka menghidap penyakit tertentu termasuklah Hepatitis B dan penyakit jangkitan kelamin (STD)
* Mengesan penyakit keturunan yang boleh memberi kesan kepada kesihatan anak-anak contohnya talasemia, hemofilia, anemia dan kekurangan G6PD.
* Mengetahui kesediaan bakal pengantin wanita dari segi kesihatan untuk mempunyai anak. Persediaan ini termasuklah suntikan vaksin Rubella, mengetahui kumpulan darahnya (dan kesesuaian dengan darah suami) serta anemia

Di negara kita, ujian kesihatan yang diwajibkan ke atas bakal pengantin sejak 2009 ialah ujian untuk HIV/Aids. Statistik menunjukkan sehingga akhir tahun 2009, sebanyak 87,710 kes jangkitan HIV dilaporkan. 1

Apa yang menyedihkan ialah wujudnya peningkatan kes jangkitan HIV di kalangan wanita iaitu daripada lima peratus pada tahun 1997 kepada 16.3 peratus pada tahun 2007. Sebanyak 70 peratus daripada wanita mendapat jangkitan virus HIV melalui hubungan heteroseksual, 60 peratus sudah berkahwin dan 40 peratus adalah suri rumah.

Lebih membimbangkan, pengetahuan penduduk negara ini mengenai jangkitan HIV masih belum memuaskan.

Hanya setengah (49.6 peratus) tahu dengan tepat cara jangkitan virus HIV dan dua pertiga (63 peratus) tahu bahawa risiko mendapat HIV boleh dikurangkan dengan menggunakan kondom secara betul ketika melakukan hubungan seks.

Antara ujian lain yang turut disarankan ialah saringan penyakit keturunan seperti talasemia dan hemofilia. Talasemia ialah penyakit disebabkan gangguan pada genetik darah yang diwarisi daripada ibu dan bapa. Sel darah merah pesakit mengandungi hemoglobin tidak normal yang menyebabkan sel darah berkenaan cepat musnah.

Di Malaysia, talasemia merupakan masalah kesihatan yang besar kerana beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa kadar pembawa gen talasemia adalah di dalam lingkungan tiga hingga lima peratus atau satu dalam 20 orang rakyat Malaysia. Dengan itu, dianggarkan seramai 600,000 hingga satu juta orang rakyat Malaysia adalah pembawa gen ini. 3

Penyakit hemofilia pula berlaku akibat kekurangan faktor pembekuan darah yang menyebabkan darah pesakit beku. Penyakit ini menghalang pesakit melakukan aktiviti cergas kerana mereka boleh mengalami pendarahan dalaman spontan terutama pada sendi dan otot walaupun tidak terhantuk atau terlanggar sebarang objek.

Walaupun hemofilia lebih kerap berlaku pada lelaki, ia juga boleh dihidapi oleh perempuan. Apa yang dibimbangkan ialah jika berlaku pada perempuan, keadaan menjadi lebih teruk kerana dia akan mewariskan penyakitnya kepada semua anak-anaknya sama ada menjadi pesakit atau pembawa.

Mungkin tidak ramai yang sedar dalam semua jangkitan virus, virus Hepatitis B paling mudah berjangkit sama ada melalui sentuhan dengan produk darah atau darah yang tercemar, hubungan seks dan jangkitan langsung dari ibu kepada anak dalam kandungan.

Di negara kita, imunisasi Hepatitis B sudah dimasukkan ke dalam program imunisasi kebangsaan sejak 1989, jadi semua bayi yang lahir pada atau selepas 1989 sudah mendapat perlindungan daripada virus berkenaan. Bagaimanapun individu yang lahir sebelum 1989 disaran menjalani ujian darah dan mendapatkan suntikan vaksin.

Ujian kesihatan pra perkahwinan ini bukanlah bertujuan menghalang atau menyekat mana-mana individu untuk berkahwin, sebaliknya memberi peluang kepada mereka mengetahui status kesihatan diri sendiri dan pasangan.
Ini akan membolehkan pasangan membuat tindakan wajar. Sama ada mahu meneruskan hasrat untuk berkahwin atau memilih pasangan lain, pilihan ada di tangan mereka selepas membuat pertimbangan semasak-masaknya.

Dalam ujian saringan HIV, pendidikan dan kaunseling akan diberikan sama ada pasangan disahkan positif atau sebaliknya. Sehingga kini, antara 0.05 hingga 0.1 peratus daripada mereka yang menjalani ujian saringan HIV pra-perkahwinan didapati positif. 2

Dalam kaunseling ini kedua-dua bakal pengantin akan diberitahu mengenai risiko yang akan dihadapi oleh pasangan atau anak. Begitu juga untuk penyakit keturunan. Biasanya pesakit atau pembawa genetik disaran untuk berkahwin dengan individu normal bagi mengurangkan risiko dan mengelakkan anak-anak mewarisi penyakit berkenaan.

Ini kerana jika dua pembawa penyakit berkahwin, kebarangkalian mempunyai anak-anak yang mendapat penyakit adalah sangat tinggi.

Apa yang dikhuatiri ialah kemungkinan anak mewarisi penyakit pada tahap yang serius.

Tidak sedikit rumah tangga yang runtuh apabila salah seorang pasangan tidak dapat menerima hakikat dan menyalahkan pasangan apabila dikurniakan anak yang berpenyakit .

Ujian kesihatan dan kaunseling bertujuan memberi persediaan minda kepada pasangan mengenai kemungkinan yang bakal dihadapi.

Kajian menunjukkan ujian kesihatan dan kaunseling sebelum perkahwinan mampu mengukuhkan kasih sayang antara suami isteri.
Sebagai persediaan menuju kehidupan berumahtangga dan tanda kasih sayang anda kepada pasangan, jalanilah segera ujian kesihatan yang perlu demi masa depan anda berdua dan anak-anak yang bakal lahir. Untuk mendapatkan maklumat atau menjalani ujian kesihatan pra perkahwinan ini sila kunjungi mana-mana klinik atau makmal Pathlab terdekat.

PENULIS ialah Pengamal Kesihatan di PATHLAB

ARKIB : 09/10/2011-akhbar tempatan

Jumaat, 9 September 2011

Alhamdulillah...telah selamat menjadi bini orang 2/9/2011


As Salam... kepada semua yang tahu perkembangan diri ini (tentang blog ini) ND merasakan amat bersyukur ke hadrat Ilahi... kerana telah selamat bertemu jodoh dengan makhluk Allah yang bernama Taufik Haji Abdul Latif dengan sekali lafaz pada tanggal 02 September 2011 hari Jumaat bersamaan 4 Syawal 1432 Hijrah. Jam 9.30 pagi. Diwalikan bapa ND sendiri Musa Haji Kambar. Pernikahan kami diadakan di Masjid Nurul Iman Pekan Weston.

Perasaan sebak menyelubungi kami (sanak saudara) yang turut menghadirkan diri di majlis tersebut tatkala lafaz nikah telah sah. Kesedihan yang sukar hendak dibendung air mata ayah dan bonda mengalir jua..dek melepaskan anak tunggal perempuannya (daripada enam bersaudara) menempuh alam rumahtangga. Keluarga yang hadir di hari pernikahan ND adalah dari Weston, Beaufort, Kota Kinabalu, Pitas(Kudat), Putatan, Labuan, Semenanjung, dan Brunei Darussalam.


ND dan ayahnda tercinta;)
ND dan sanak saudara yang berkesempatan hadir

 Sekian terima kasih...nanti bila ada kelapangan lagi ND akan kongsi cerita selanjutnya.

Isnin, 15 Ogos 2011

Jawatankuasa terpilih Parlimen pembaharuan pilihan raya


KUALA LUMPUR 15 Ogos – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan penubuhan sebuah jawatankuasa terpilih Parlimen mengenai pembaharuan pilihan raya dalam masa terdekat bagi mengelakkan sebarang syak wasangka wujudnya manipulasi oleh kerajaan.
Perdana Menteri berkata, jawatankuasa berkenaan yang akan dianggotai anggota parti kerajaan dan pembangkang akan membincangkan apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan kata sepakat ke arah itu.
"Ini supaya kita akan dapat kata sepakat untuk mengendalikan pilihan raya akan datang tanpa sebarang rasa syak wasangka bahawa ada sesuatu manipulasi yang dilakukan oleh kerajaan.
"Sebab itulah bila timbul pertikaian mengenai pilihan raya bebas dan adil yang dibangkitkan baru-baru ini, maka kerajaan punya respons ialah untuk kita menangani soal yang telah mencetuskan pelbagai pendapat dan sedikit sebanyak pertikaian dan politik,” katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama media yang dihoskan Bernama di Wisma Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata, langkah itu diambil supaya tidak ada yang salah anggapan bahawa kerajaan tidak menginginkan proses yang bersih dalam memilih kerajaan.
Beliau berkata, kerajaan juga komited untuk meneruskan tradisi demokrasi berparlimen yang telah dimulakan oleh pengasas negara sebelum ini. – Bernama

Ahad, 14 Ogos 2011

Lara Dutta hamil



AKTRES terkenal Bollywood, Lara Dutta telah pun mengesahkan kepada pihak umum bahawa ketika ini, dirinya sedang hamil anak pertama yang merupakan hasil perkongsian hidupnya dengan pemain tenis India, Mahesh Bhupathi.
Lara Dutta mengumumkan hal tersebut secara rasmi menerusi sebuah wawancara yang dilakukannya baru-baru ini.
"Ya, Sekarang ini saya sedang mengandung dan saya sangat bahagia," katanya Miss Universe 2000 ini.
Sebelum ini, Lara Dutta hanya mendiamkan diri saja apabila gosipnya hamil mula diperkatakan.
Walaupun begitu, setelah mengumumkan kesahihan berita tersebut, peminat-peminatnya dikatakan telah memberikan reaksi yang cukup positif.
Sejak mendirikan rumah tangga dengan Mahesh Bhupathi pada Februari lalu, kedua-duanya jarang meluangkan masa bersama-sama kerana terhalang oleh jadual kegiatan masing-masing.

Penghijrahan besar Raja Farah


Raja Farah dan suami

Bertambah cantik, bertambah manis! itulah kata-kata yang keluar dari mulut orang ramai yang hadir di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika melihat pelakon jelita,Raja Farah Raja Aziz yang muncul berimej baru sambil jalan bergandingan bersama suaminya, Megat Bashirun Qhuyum bin Zakaria.
Memang ramai yang sudah bercerita tentang penghijrahan baik Raja Farah ini, namun, masih ramai yang belum melihat sendiri imej bertudung pelakon yang pernah popular menerusi filem Salon ini.
Bercerita tentang perubahannya kini, jelas Raja Farah, dia sememangnya sudah lama mahu berubah ke arah ini, dan kini setelah mendapat sokongan suami dan keluarga, akhirnya Raja Farah nekad untuk meneruskan niat murninya itu.
"Saya bersyukur mendapat sokongan daripada suami dan kedua-dua pihak keluarga, bila saya katakan saya mahu bertudung sepenuhnya, mereka sangat gembira dan tidak menolak cadangan ini.
"Sebenarnya, rasa mahu bertudung ini sudah lama, saya ada suarakan pada suami tentang perkara ini, tetapi tidak pernah letakkan tarikh yang tepat untuk saya mula memakainya. Saya bermula dengan membeli tudung dan pakaian-pakain yang sesuai, dan ketika mula-mula saya bertudung, seluruh keluarga terkejut dan gembira.
"Setelah bertudung, banyak perubahan yang berlaku dalam hidup saya, ada kalanya, bila berada dimajlis orang ramai, saya jadi segan hendak bersalaman dengan orang lelaki, tetapi saya harap mereka memahami keadaan saya.
"Tidak banyak perbezaan antara dahulu dan sekarang, Raja Farah tetap Raja Farah yang sama, saya tetap berlakon dan saya juga masih menjalani aktiviti scuba seperti mana dahulu,"jelas Raja Farah
Proses Berhenti Berlakon
Selepas berumah tangga, jarang sekali wajah Raja Farah ini menghiasi drama-drama dan filem tempatan, dan ramai yang beranggapan, penghijrahan Raja Farah ke imej bertudung memperlihatkan seolah-olah dia kini dalam proses untuk mengundurkan diri dalam bidang seni ini.
"Proses mengundur diri itu, mungkin iya dan mungkin juga tidak, semuanya terserah. Namun, setakat ini, saya masih lagi menerima tawaran berlakon. Saya tidak boleh berhenti begitu sahaja, saya mahu lihat dahulu sama ada orang boleh terima lagi ataupun tidak.
"Saya baru sahaja habis penggambaran sebuah drama dnegan Astro, dan setelah bertudung ini saya sudah melakonkan empat buah drama.
"Memang ada sesetengah pihak yang beranggapan, bila sudah bertudung rezeki yang datang juga berkurangan, namun bagi saya ini semua datangnya dari tuhan.
"Selum ini ada juga produksi yang tidak tahu saya sudah bertudung dan menawarkan saya watak yang agak tidak bersesuaian, dan ada juga yang meminta saya membuka tudung sementara berlakon, namun saya meminta mereka menghormati keadaan saya,"jelas Raja Farah lagi.

-Oleh Wahida Othman

Sarah dan Shuib teruja menanti kelahiran anak sulung mereka

Pasangan bahagia, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dan pelawak, Shuib daripada kumpulan Sepah disahkan bakal menimang cahaya mata lelaki, Sarah yang kini mengandung enam bulan mengakui sangat bersyukr dengan pemberian Allah buat dia dan keluarganya.
"Saya baru sahaja buat pemeriksaan doktor hari ini, dan doktor sahkan anak dalam kandungan saya ini adalah lelaki. Sememangnya saya langsung tidak menyangka apa yang disebutkan oleh suami sebelum ini benar-benar berlaku.
"Shuib seperti ada satu perasaan bapa yang kuat, malah sebelum ini dia kerap memberitahu saya, anak dalam kandungan ini lelaki dan dia memang inginkan anak lelaki.
"Awalnya sering nasihatinya supaya jangan terlalu berharap sebab takut nanti kecewa pula, tetapi Alhamdulillah, apa yang diharapkan kini menjadi kenyataan.
"Kami sudah merancang dua nama untuk kami ini, saya pilih nama Uwais Alqarni bersempena nama seseorang lelaki di zaman rasulullah yang hebat, taat dan sangat menghormati ibunya sehinggakan segala doanya termakbul. Manakala Shuib pula mahukan nama Ahmad Didad, iaitu diambil daripada nama seorang pendebat islam yang sangat pintar dan hebat.
"Setelah berbincang, akhirnya kami putuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung kami ini.
"Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya hanya mengalami alahan sepanjang tiga bulan pertama sahaja, dan selepas itu, semuanya berjalan seperti biasa.
"Syukur juga saya dapat menjalani puasa dengan baik, setiap malam Shuib akan beritahu baby agar puasa esoknya, jadi dia seakan faham dan saya boleh berpuasa dengan sempurna,"jelas Sarah yang berterima kasih pada suaminya kerana tidak cerewet dalam pemilihan makanan terutama ketika berbuka dan sahur.
Shuib Teruja Tunggu Kelahiran Anak
Terlalu teruja dan sangat gembira, jelas Shuib dia bersyukur apabila diberitahu nakal menimang cahaya mata lelaki nanti.
"Memang saya terlalu gembira, malah hari ini saya sudah beritahu semua orang bahawa saya bakal mendapat anak lelaki. Sehinggakan ada yang tidak bertanya sekalipun saya beritahu sekali,"jelas Shuib.

-Oleh Wahida Othman

Gabenor Texas umum bertanding jawatan Presiden AS


CHARLESTON 14 Ogos – Gabenor konservatif dari Texas, Rick Perry mengumumkan dirinya sebagai calon bagi jawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), semalam yang mengoncang pencalonan Republican untuk berhadapan Presiden Barack Obama dari Democratic pada 2012.
Perry membuat pengumuman itu dalam satu kenyataan ringkas sebelum beliau menyampaikan ucapan pada majlis perjumpaan kalangan konservatif di South Carolina sempena pelancaran kempennya. - Reuters

Asrama sekolah sukan terbakar, 71 pelajar selamat


Anggota Bomba dan Penyelamat sukarela membantu memadam
 kebakaran di blok Asrama lelaki
 Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Anom Tunku Abdul Rahman di
 Jitra. - Utusan/HALIM KHALID

JITRA 14 Ogos — Bangunan asrama pelajar lelaki Sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman di sini musnah teruk dalam satu kebakaran kira-kira pukul 3.30 petang tadi, manakala 71 pelajar yang berada di blok berkenaan ketika kejadian berjaya diselamatkan.
Pengarah Pelajaran Kedah, Mansor Lat berkata, empat daripada enam bilik di tingkat atas bangunan asrama itu musnah sepenuhnya, manakala tingkat bawah yang menempatkan bilik ulang kaji serta ruang rehat tidak boleh digunakan lagi akibat kebakaran itu.
"Asrama ini didiami lebih 100 pelajar, tapi sewaktu kejadian ada 71 pelajar yang sedang bersiap sedia untuk prep (masa ulangkaji) sebab mereka baru tamat waktu pengajian.
"Jabatan Pelajaran akan ambil langkah susulan bagi memastikan semua pelajar dapat meneruskan pembelajaran seperti biasa dan untuk sementara waktu, mereka akan ditempatkan di bangunan lain,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.
Beliau berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk mendapatkan bantuan segera bagi membolehkan keperluan seperti buku dan pakaian yang musnah dalam kebakaran diganti untuk semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jitra, Hasbullah Mohd Isa berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.31 petang dan tiba di tempat kejadian pada 3.40 bersama dua jentera.
"Kami juga mendapat bantuan dua jentera dan satu tanker dari balai bomba Alor Setar serta turut dibantu lapan bomba sukarela dengan jumlah kekuatan anggota seramai 87 orang,” katanya. — Bernama

Sabtu, 13 Ogos 2011

Shu Qi nafi bercinta



HONG KONG - Aktres seksi Shu Qi terus menafikan sekeras-kerasnya dia kembali bercinta dengan bekas kekasihnya, Wang Lee Hom.
Minggu lalu, media di Hong Kong menyiarkan gambar menunjukkan bintang filem tersebut memandu ke apartmen milik Lee Hom di Taiwan pada 30 Julai dan dilihat meninggalkan bangunan tersebut lewat petang.
Khabar angin lain dalam akhbar tabloid tempatan turut menyatakan Shu Qi dilihat berjalan berdua-duaan sambil berpegangan tangan dengan Lee Hom di New York pada bulan lalu.
Namun, Shu Qi menafikan laporan-laporan tersebut dan meluahkan yang artikel tersebut memperdayakan pembaca.
"Cerita yang mereka tulis sungguh menarik! Sila beri tepukan gemuruh kepada mereka.
"Saya ke New York bagi menjalani pengambaran komersial. Mereka mengejar bayang-bayang nampaknya," katanya yang pernah bercinta selama tiga tahun dengan Lee Hom.
Tambahnya, dia berada di bangunan apartmen Lee Hom kerana melawat rakannya yang kebetulan menetap di bangunan yang sama.
Pengurus Lee Hom turut menafikan dakwaan tersebut dengan menyatakan Lee Hom sepanjang hari berada di studio rakaman pada hari tersebut. - Agensi

21 maut akibat cuaca buruk di Pakistan


KARACHI 13 Ogos – Cuaca buruk beserta hujan lebat mengorbankan kira-kira 21 penduduk dan memusnahkan tanaman serta rumah-rumah di selatan Pakistan, malam kelmarin.
“Sekurang-kurangnya 21 maut dihempap bumbung rumah akibat hujan lebat malam tadi.
“Keadaan tersebut (hujan lebat) turut memusnahkan tanaman dan rumah sehingga memaksa penduduk keluar menyelamatkan diri,” kata pegawai pengurusan bencana wilayah Sindh, Sajjad Haider Shah. – AFP

Jepun cadang keluar permit kemasukan untuk Thaksin


TOKYO 13 Ogos – Jepun hari ini bercadang mengeluarkan permit kemasukan khas ke negara ini buat bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra yang hidup dalam buangan sejak digulingkan pada 2006.
Menurut sumber kerajaan yang dipetik agensi berita Kyodo sebagai berkata, kerajaan baru di bawah pimpinan adik perempuannya, Yingluck memohon permit kemasukan untuk abangnya dari Tokyo.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri tersebut berharap dapat memasuki Jepun pada 22 sehingga 28 Ogos ini untuk mengadakan lawatan ke kawasan bencana gempa dan tsunami yang berlaku pada 11 Mac lalu. – AFP

Konsert memperingati Michael Jackson Oktober depan


LONDON 13 Ogos – Penyanyi pop Amerika Syarikat (AS), Christina Aguilera dan penyanyi legenda Smokey Robinson akan mengetuai barisan artis yang akan membuat persembahan pada konsert memperingati Raja Pop, Michael Jackson pada Oktober ini.
Selain itu, beberapa adik-beradik Raja Pop tersebut turut akan membuat persembahan yang akan berlangsung di Stadium Millenium Cardiff, Wales.
Sehubungan itu, para peminat berpeluang mendapatkan tiket yang dijual sehingga 16 Ogos ini dengan harga dari serendah AS$90 (RM210) sehingga AS$390 (RM1,170). – AFP

Mayat seorang bayi disangka patung


KUALA LUMPUR 13 Ogos – Mayat seorang bayi lelaki yang disangka patung mainan ditemui tersangkut pada perangkap sampah sungai di Kampung Puah Bahagia, Sentul di sini petang semalam.
Pihak polis menerima maklumat awal daripada orang awam kira-kira pukul 4 petang sebelum bergegas ke tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung kes tersebut.
“Mayat bayi lelaki itu dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membuat laporan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Oleh WAN NOOR HAYATI WAN ALIAS

Jumaat, 12 Ogos 2011

Warga emas terbunuh, isteri parah ditetak anak


PADANG TERAP 12 Ogos – Seorang warga emas maut manakala isterinya parah selepas ditetak dengan parang oleh anak mereka di Kampung Pasir Putih, Kuala Nerang di sini semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7 petang, mangsa, Seman Sirun, 60, meninggal dunia di Hospital Kuala Nerang akibat cedera parah di kepala, tangan dan kaki manakala isterinya, Hasnah Abdul Majid, 58, terpaksa menerima lima jahitan di belakang kepala, namun dilaporkan stabil.
Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Ku Yaacob Ku Hamad berkata, kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu bersama enam lagi ahli keluarga termasuk suspek berkumpul di ruang dapur rumah mereka untuk berbuka puasa.
Katanya, suspek yang berusia 33 tahun sebelum itu dikatakan ditegur bapanya kerana memarahi beberapa anak buahnya yang membuat bising.
“Ekoran teguran itu, suspek dikatakan naik angin lalu mencapai sebilah parang dan menyerang mangsa,” katanya.

Oleh MOHD SHARIZA ABDULLAH

Bekas jaguh silat olahraga negara meninggal dunia


PONTIAN 12 Ogos – Bekas jaguh silat olahraga negara, Nordin Atan, 39, meninggal dunia di Unit Hermatologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pukul 9.45 pagi kelmarin akibat sakit leukemia yang dihidapinya sejak empat bulan lalu.
Pemergiannya amat menyedihkan isteri, Siti Sarinah kahar, 32, dan tiga anak mereka yang berusia antara tiga hingga sembilan tahun tatkala umat Islam sedang menjalani ibadah puasa.
Allahyarham merupakan atlet silat olahraga pada era 90-an dengan memenangi Kejohanan Silat Dunia pada 1995.
Siti Sarinah berkata, suaminya sempat berpesan supaya dia menjaga anak mereka, Nurizlyana Atasha, 9, Iskandar Syafiq, 8, dan Iskandar Mukriz, 3, dengan baik dan sentiasa mengutamakan pelajaran mereka,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Dalam, Pontian di sini.
Kira-kira 300 saudara mara, kenalan dan rakan-rakan persilatan serta anak murid Allahyarham menziarahi jenazahnya sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kerajaan di Kampung Parit Patah, dekat sini selepas Zohor pada hari yang sama.

Blaze almost wipes out Machan Bazaar


WHAT’S LEFT: Firemen dousing fire on what’s left of the shop houses.



SIBU: More than half of Machan Bazaar, about 30 minutes’ drive from Kanowit town, was wiped out when 10 wooden shop houses were razed early yesterday morning, leaving only seven shop houses standing.
A tamu market standing in between the two rows of shop houses that housed coffee shops and grocery shops was however safe.
Machan is a small town in the outback of central Sarawak, serving mainly the rural community.
Sixty people were made homeless, while loss to property including merchandise like agro-based products in the grocery shops was estimated at RM5 million.
The fire victims are currently putting up with friends and relatives. Yesterday morning, they gathered at a community hall while waiting for help.
The blaze was so intense that trees and plants a distance away wilted, and two Kancil cars partially melted.
Thankfully, the fire did not spread to the other two rows of shop houses.
Only one casualty was reported. A coffee shop owner in his 60s suffered 25 per cent burn on his limbs and stomach while trying to escape the fire.
He was rushed by an ambulance to Kanowit Hospital. The fire was the first to have hit the 60-year-old buildings.
A victim said she and her husband were sleeping when the fire broke out.
“A neighbour woke us up around 2.30am,” she told reporters, adding that she had been living at the shop house for 24 years.
The 44-year-old woman, who only wanted to be named Wong, is now taking refuge at her father-in-law’s house at another row of shop houses, next to the burnt site.
According to the victims, none of their belongings were salvaged as they had to run for their lives, leaving all valuables behind.
Kanowit Fire and Rescue Department (Bomba) chief Mutton Glanggang said his department received a distress call at 3.15am, after which he and 14 of his men immediately rushed to the scene in a fire engine, reaching there in half an hour .
They were assisted by Sibu Bomba headed by its chief Abdul Rashid Mutalib and nine others.
Mutton said they managed to bring the blaze under control at 4.15am and put out the inferno at 5.15am.