Ahad, 5 Jun 2011

Bercinta? Kelakarlah!



 PENYANYI Kan Mi Youn baru-baru ini mendedahkan bahawa khabar angin mengenai hubungan cintanya dengan penyanyi Hwanhee adalah sesuatu yang melucukan.
Malah, kata Mi Youn, ia juga tidak sepatutnya menjadi bahan kerana khabar angin tersebut tidak benar.
"Memang kelakar! semuanya disebabkan gambar yang memaparkan kami di hadapan sebuah restoran di ibu negara. Semua orang menyangkakan kami sedang bercinta.
"Sebulan lalu, kami bertemu di sebuah majlis. Saya tegur dia di majlis tersebut dan rasanya itu bukan satu masalah kerana ia cuma perbualan biasa.
"Kami juga sebaya dan sering menghabiskan masa lapang bersama satu masa dulu, kami bagaikan kawan rapat," katanya.
Kata Mi Youn, ketika gambar itu diambil dia menyedarinya namun tidak mahu terlalu memikirkan hal berkenaan.

0 comments: