Ahad, 5 Jun 2011

Bengkel penulisan skrip Kamal Ishak


Kamal Ishak
NAMA Kamal Ishak tidak perlu diperkenalkan lagi. Ini kerana dalam industri seni tanah air, Kamal cukup dikenali dalam bidang pengarahan dan penulisan skrip.
Selain skrip filem dan televisyen, kehebatan Kamal dalam bidang penulisan skrip bercorak dokumentari juga tidak perlu dipertikaikan. Dia diingati dengan filem Cinta Kita lakonan Sofia Jane dan Aman Graseka dan Penyair Malam lakonan Zack Idris.
Ia bukanlah sesuatu yang menghairankan apalagi penulisan skrip dokumentari adalah bidang pertama yang diceburinya sebelum memberi tumpuan penuh pada dunia penulisan skrip filem dan drama.
Bahkan, sehingga ke hari ini, dia masih diberi kepercayaan untuk menulis dan mengarahkan filem berunsur dokumentari selagi khidmatnya diperlukan.
Karya menarik yang pernah mendapat sentuhan arahannya ialah doku-drama berjudul Perkahwinan Melayu Johor untuk Yayasan Johor dan Pantun terbitan Dewan Bahasa & Pustaka.
Antara dokumentari lain termasuk Ipoh Bandar Kita, Menegak Syiar Islam Di Bumi Darul Iman, Kinabalu Park, Pembangunan Negeri Selangor, Mendaftar Undi, Taman Bimbingan Kanak-kanak (TBK) serta Keris dan Perkahwinan Melayu Johor.
Justeru itu, atas dasar mahu berkongsi ilmu, Kamal membuka peluang kepada mereka yang berminat untuk mengikuti bengkel penulisan skrip dokumentari filem yang akan diadakan pada 12 dan 13 Jun ini.
Lokasi bengkel akan diadakan di ICM Vision Sdn. Bhd, Desa Melawati, Kuala Lumpur dengan yuran sebanyak RM1,000 seorang.
Peserta akan didedahkan dengan tayangan dan latihan amali menulis pelbagai format skrip dokumentari. Bagi mereka yang berminat dan mahu mendapatkan keterangan lanjut, hubungi Kamal di talian 013-4160980.

Oleh SITI ATHIRAH DZULKIFLY

2 comments:

ejulz berkata... Reply To This Comment

waaa.. mesti mantap penulisan lepas ni ek.. heHe

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

@ejulz ye mantap 7 kowt..