KUCHING 3 Mei — Sebanyak 12 Menteri Muda, yang mengekalkan kerusi masing-masing pada pilihan raya negeri 16 April, hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri muda dalam Kabinet baru negeri.
Enam daripada mereka adalah daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan masing-masing dua daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, disaksikan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud di bangunan baru Dewan Undangan Negeri di sini. — Bernama
0 comments:
Catat Ulasan