Nurul menjelaskan, lelaki yang dimaksudkan ialah Raja Amir Raja Azwa,29, yang dikenalinya sejak dua tahun lalu.
“Insya-Allah, kami merancang untuk berkahwin pada Julai depan. Kami akan maklumkan kepada pihak media apabila tiba waktunya,” kata Nurul ringkas.
Nurul membuat pengakuan tersebut ketika ditemui pemberita semasa menghadiri majlis doa selamat dan pelancaran buku Sanggul karya jurusolek Zulfazli Suhadi di restoran Intai-Intai, Jalan Hulu Klang di sini, Ahad.
Antara selebriti yang hadir ialah penyampai radio Hot FM, Fara Fauzana.
Pada majlis itu Nurul dan Raja Amir tidak dapat mengelak gambar mereka dirakamkan jurugambar tetapi memberi kerjasama untuk menjelaskan mengenai hubungan yang terjalin.
Bagaimanapun Nurul tidak dapat menceritakan secara terperinci mengenai kisah cinta mereka atas sebab-sebab tertentu selain prosedur yang harus di patuhi sebagai personaliti TV3, sebelum membuat sesuatu kenyataan.
Bagaimanapun menurut Nurul dia bahagia dengan hubungannya itu dan berharap ia berjalan dengan baik.
Katanya, rombongan merisik telah dilakukan pada Januari lalu dan kedua-dua belah pihak telah menetapkan untuk melangsungkan majlis bertunang dan akad nikah serentak pada Julai depan.
“Saya tidak boleh nak komen banyak. Cukuplah sedikit maklumat itu,” pinta Nurul.
Pengacara itu sebelum ini pernah dikaitkan dengan angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khalid tetapi hubungan mereka tidak bertahan lama.
Oleh NIEZAM ABDULLAH
2 comments:
laaa.. ingtkan dah tunang ngan dr faiz dlu..
@ejulz hah tau x pe..belum jodoh diorang
Catat Ulasan