Selasa, 10 Mei 2011

Fazren Teruja Imamkan Isteri


Segak menggayakan busana indah berkonsepkan tradisional klasik, pelakon muda Mohd. Fazren Mohd. Rafi atau Fazren dan isterinya, Sharifah Marlina Asyikin Syed Hasan diraikan dalam satu majlis resepsi pada 7 Mei yang lalu.
Mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan terkemuka, Pak Engku, Fazren mengakui dia terlalu berpuas hati apabila apa yang diimpikan selama ini menjadi kenyataan.

"Bila melihat majlis yang berlangsung, saya sungguh bersyukur. Sebelum bertemu Pak Engku, saya sudah berhajat untuk resepsi berkonsepkan bangsawan, tapi tidak sangka Pak Engku memberikan yang lebih baik daripada itu.
"Saya menggayakan empat persalinan, antaranya milik Jedan, Chef Zainal dan Abang Karim. 
majlis perkahwinan yang unik menjadi pilihan Fazren
"Sungguh saya tak menduga majlis ini berjalan dengan begitu sempurna, dan tiada seorang pun tetamu yang tidak mendapat tempat pada ketika itu.
Bercerita tentang bulan madu, jelas Fazreen dia dan isterinya akan berangkat ke Krabi, Thailand bermula  esok selama  empat hari.
"Saya pilih Krabi untuk berbulan madu selama empat hari, selepas itu barulah saya akan memulakan pernggambaran semula.
"Tentang anak pula, saya tidak merancang tetapi kalau boleh biarlah secepat mungkin sebab saya mahu anak yang ramai,"jelasnya.
Melangsungkan pernikahan pada 1 Mei di kediaman isterinya di Perak, jelas Fazren dia begitu teruja mengimamkan  isteri selepas bernikah.
"Seminggu bernikah, tiada banyak yang berubah cuma saya gembira kerana dapat mengimamkan isteri saya sendiri,"luahnya.
Majlis resepsi dilangsungkan di Wisma PKPS, Shah Alam, antara artis yang hadir Aida Khalida, Fazlee Zainal, Rohaya Jalil, Salima AF, dan Ahmad Tarmimi.  
Ditulis oleh wahida othman

2 comments:

~mcZura~ berkata... Reply To This Comment

aiyyakk~
manyak sedey maa~
fazreen da kawen..huhuhu..
):

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

@~mcZura~ me too...tpi kita pn dah jdi tunangan owg dua minggu y lalu...hikhik :) syukur sangat..