MADRID 4 Mei – Pemain nombor satu dunia, Caroline Wozniacki berjaya mengatasi cabaran pemain remaja dari Serbia, Bojana Jovanovski di pusingan kedua Terbuka Madrid, apabila menang ke atas pemain bukan pilihan berusia 19 tahun itu 6-4, 6-4.
Wozniacki dari Denmark akan bertemu pemenang antara bekas pemain nombor satu dunia Dinara Safina dari Rusia atau pemain Jerman yang baharu menjuarai kejohanan di Stuttgart minggu lalu, Julia Goerges di pusingan ketiga.
“Bukanlah satu permainan yang baik tetapi saya gembira dapat melepasi halangan dan selalunya saya sukar bermain dengan pemain muda yang baru meningkat naik,” kata Wozniacki, 20 menerusi Twitternya. - Reuters
0 comments:
Catat Ulasan