DALAM merancakkan lagi siaran untuk bulan Jun ini, Animal Planet membawakan dua rancangan yang memaparkan kesungguhan dua wanita dalam memperjuangkan nasib spesies haiwan terancam.
Bermula dengan Pit Bulls and Parolees (PBaP) yang mula disiarkan Isnin lalu, penonton disajikan dengan kesungguhan Tia Maria Torres berusaha mengubah pandangan skeptikal manusia terhadap anjing spesies Pit Bull.
Menariknya, melalui PBaP yang dikendalikan oleh wanita yang dibesarkan di Selatan California, Amerika Syarikat (AS), penonton dapat menyaksikan bagaimana dia berusaha menyelamatkan anjing Pit Bull yang dikatakan mengancam manusia.
Melalui PBaP juga, penonton berpeluang untuk bersama-sama mengenali dunia Pit Bull.
Semua usaha Tia dapat ditonton menerusi saluran 556 Astro setiap Isnin, pukul 10 malam dan ulangannya pada setiap Rabu, pukul 2 petang.
Selain itu, pada 19 Jun ini, penonton akan disajikan dengan kesungguhan Dr. Birute Mary Galdikas menyelamatkan spesies Orang Utan di Kalimantan, Indonesia, menerusi dokumentari The Last Trimate (TLT).
TLT akan bersiaran menerusi slot Premieres Sunday, pukul 7 malam, Ahad, turut membawa penonton menyelami rintangan dan halangan yang terpaksa ditempuhi oleh wanita itu dalam usahanya menyelamatkan habitat haiwan tersebut.
Usaha Dr. Galdikas itu adalah rentetan daripada kemusnahan hutan yang berlaku di Kalimantan yang secara langsung, mengancam evolusi orang utan.
Bagi mereka yang terlepas siaran pada 19 Jun, boleh mengikuti ulangan TLT pada Khamis, 23 Jun ini, pukul 2 petang atau 9 malam, hari yang sama.
0 comments:
Catat Ulasan