Kim Hyun-joong |
Hyun-joong melanjutkan pelajarannya di universiti tersebut sejak Mac lalu atas cadangan seorang profesor dan merahsiakannya daripada umum.
Dalam pada itu, banyak pihak menyatakan tindakan Hyun-joon melanjutkan pelajaran sebagai kerja gila kerana bintang tersebut perlu menghadiri kelas, mengambil peperiksaan dan membuat persiapan untuk menghasilkan album solo pertamanya.
Para peminat bakal menyaksikan kemunculan pertama Hyun-joong sebagai penyanyi solo dalam satu persembahan yang dijangka berlangsung pada 7 Jun ini di Seoul.
Walaupun melakukan dua kerja serentak (belajar dan menyanyi), namun Hyun-joong sentiasa memberikan fokus terbaik agar dia tidak tercicir dalam kedua-dua bidang tersebut. – AGENSI
0 comments:
Catat Ulasan