majlis bertunang Farah |
dari kiri: bakal mak mertua, Farah, mak Farah :) |
KUALA LUMPUR 7 Jun - Pengacara Rasa Halal Orient, Farah Nadia Anuar atau lebih dikenali sebagai Farah AF akan menamatkan zaman bujangnya pada pertengahan bulan depan.
Khabar itu disampaikan sendiri oleh Farah, 26, pada sidang akhbar "Ustazah Pilihan" di Muzium Kesenian Islam di sini, semalam.
Menurut Farah, dia kini sibuk menguruskan persiapan majlis perkahwinannya yang dijadualkan pada 15 Julai ini.
"Kalut jugalah Farah sekarang ini untuk memastikan semuanya berjalan lancar maklumlah tarikh itu semakin hampir.
"Namun ibu paling banyak menolong membuat segala persiapan berkenaan," Ujar Farah.
Farah yang mengikat tali pertunangannya pada 25 Disember lalu mengakui berdebar menantikan tibanya detik pernikahannya.
Tambah Farah, setakat ini persiapan untuk majlis perkahwinannya itu siap hampir 60 peratus.
"Insya-Allah semuanya akan dapat disiapkan menjelang hari itu nanti dan Farah harap semuanya berjalan lancar.
"Kad jemputan juga akan mula Farah edarkan tidak lama lagi," ujarnya.
Tambah Farah, majlis akad nikahnya nanti akan diadakan di Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya.
"Apa pun, Farah harap para peminat akan mendoakan kebahagiaan Farah dalam menempuhi alam rumah tangga selepas ini," ujarnya.
0 comments:
Catat Ulasan