Beg rantai logam untuk tampil ranggi. |
SELAIN beg tangan konvensional, dompet genggam atau lebih dikenali sebagai clutch turut menjadi pilihan wanita masa kini. Saiznya yang sederhana cukup untuk memuatkan kad, wang dan juga telefon bimbit memang praktikal untuk dibawa ke mana-mana.
Clutch bukan saja sesuai digayakan ke pejabat malah boleh juga ke majlis makan malam.
Rekaan clutch hebat dari jenama Roger Vivier menampilkan kelainan dan gaya yang tersendiri. Memilikinya umpama memegang aksesori yang melengkapi penampilan secara keseluruhannya.
Roger Vivier yang berasal dari Perancis adalah jenama yang menepati pilihan wanita Inggeris. Ia direka dengan penuh teliti mengikut cita rasa dan trend wanita di ketika itu.
Roger Vivier juga tidak memfokuskan kepada satu golongan, malah lebih tepat ia dikatakan untuk semua wanita yang mahukan satu penampilan yang anggun dan elegan.
Clutch terbaru oleh Roger Vivier yang diperincikan dengan pelbagai kemasan seperti logam bersalut emas, bulu ayam dan labuci memang ada kelasnya yang tersendiri. Ia juga tidak terhad kepada satu pilihan warna sahaja.
Selain clutch, Roger Vivier turut tampil dengan koleksi terbaru beg tangan, kasut, but dan aksesori.
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
0 comments:
Catat Ulasan