TAHNIAH diucapkan pada Astro kerana menghidangkan juadah komedi yang menghiburkan lanjutan program Maharaja Lawak. Hampir kesemua peserta-peserta mempersembahkan lawak dengan gaya dan bakat tersendiri yang amat menghiburkan.
Berbaloi membayar berapa juga sebulan walaupun ditayang berulangkali. Rakyat Malaysia terutama di Lembah Kelang memang dahagakan sesuatu setelah seharian bergelumang dengan tekanan.
Ditambah pula hampir semua drama dalam semua saluran TV bersifat terlalu klise. Sama ada cerita hantu, sedih melampau atau komedi (dibaca lawak bodoh) semuanya membosankan dan membodohkan minda penonton.
Drama komedi pula, walaupun pelakonnya adalah pelawak tetapi kerana terikat dengan skrip dan pengarah maka lakonan pelawak jadi kaku dan boleh dijangka.
Berbeza dengan filem-filem zaman Tan Sri P. Ramlee, pelakon pelawak bebas menyampaikan takrifan lakonan mereka selagi maksud skrip tercapai. Datuk Aziz Sattar pernah berkata beliau dan Wahid Satay berlakon secara spontan adegan mengira ‘antara tubuh dan badan’ dalam filem Nujum Pak Belalang.
Sesungguhnya semua peserta Maharaja Lawak, sama-sama berkemampuan dan wajar diberi rancangan pentas bebas seperti Lu
Fikrlah Sendiri dan Jozan Show.
ROCKY DE RASIDI
Ulu Langat, Selangor.
0 comments:
Catat Ulasan