Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
APA yang diinginkan setiap manusia dalam kehidupan ini? Kuasa, kekayaan dan kemewahan yang menjadi lumrah untuk mengecapi kehidupan yang bertaraf tinggi.
Walaupun setiap individu mempunyai terjemahan yang berbeza tentang kemewahan, keluarga Mouawad mempunyai definisi sendiri.
Sebagai generasi keempat dalam legasi keluarga Mouawad, Fred Mouawad mewarisi semangat keusahawanan dari bapa dan datuknya.
Walaupun Fred dibesarkan di Geneva, Switzerland, namun hampir keseluruhan zaman remajanya dihabiskan di Amerika Syarikat.
Mengambil inspirasi dari dunia glamor Moulin Rouge, Fred menghasilkan beg gengam (clutch) untuk wanita yang inginkan kepuasan dalam gaya.
Sejarah penghasilan beg ini bermula dengan rekaan yang diberi nama 1001 Nights Diamond Purse yang dipakai oleh selebriti Hollywood seperti Nicole Kidman dan Robbie Williams dalam video klip mereka yang popular bertajuk Somethin Stupid.
Dihasilkan dengan tangan menggunakan emas 18 karat, tidak cukup dengan itu clutch berbentuk hati ini ditatah dengan 4,517 berlian (105 emas kuning, 56 emas ros, 4,356 emas putih).
Tapi perlu diingat, koleksi ini sebenarnya telah direka oleh Robert Mouawad yang mengambil masa selama 8,800 jam lamanya.
Clutch bernilai AS$3.8 juta (11 juta) telah direkodkan di dalam Guinness World Book of Records.
0 comments:
Catat Ulasan