Sabtu, 16 April 2011

BAHAYA kemewahan


TIADA SIAPA DI KALANGAN KITA YANG MAHU HIDUP DALAM KESUSAHAN DAN KEMISKINAN

KALAU BOLEH, SEMUA KITA MAHU HIDUP SENANG-LENANG, MEWAH BERADA SEGALA, TIDAK PERLU BEKERJA DAN GOYANG KAKI SAHAJA. 

ITULAH IMPIAN KEBANYAKAN KITA!.

BAGAIMANAPUN BAGI ORANG YANG SEDAR, KEMEWAHAN DUNIA KADANGKALA BUKAN SUATU KEUNTUNGAN, SEBALIKNYA BOLEH JADI SUATU KERUGIAN PADA MANUSIA. 

INI MERUJUK PADA ORANG YANG TIDAK BIJAK MENGURUSKAN KEMEWAHAN SEHINGGA KEMEWAHAN ITU MENJADI PERANGKAP PULA BAGINYA. 

GAGAL MENGURUSKAN KEMEWAHAN, MENYEBABKAN MANUSIA JADI TAMAK DAN ASYIK MENGEJAR KEPENTINGAN DIRI SENDIRI. 

NATIJAHNYA MEREKA MELUPAKAN KEBAJIKAN DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN SEHINGGA AKHIRNYA MENYEBABKAN MEREKA BERSENGKETA SESAMA SENDIRI KERANA MEREBUT KEKAYAAN DUNIA.

DISEBABKAN ITU RASULULLAH MEMBERIKAN PERINGATAN MENGENAI BAHAYANYA KEMEWAHAN DUNIA. 

BUKAN KEMISKINAN YANG HARUS MEREKA TAKUTI, SEBALIKNYA KEMEWAHAN YANG ADA KEMUNGKINAN MENJURUSKAN MEREKA KE LEMBAH KEHANCURAN, SEKIRANYA GAGAL DIKENDALI.     

DALAM HAL INI, DARIPADA AMRU IBNU AUF AL-ANSARI KATANYA, RASULULLAH BERSABDA YANG BERMAKSUD, "SAYA ANGGAP KAMU SUDAH DENGAR BERITA KEDATANGAN ABU UBAIDAH IBNU JARRAH DENGAN MEMBAWA SESUATU (HARTA JIZYAH)." JAWAB MEREKA, "BENAR WAHAI RASULULLAH." SABDA BAGINDA LAGI, "BERGEMBIRALAH DAN BERCITA-CITALAH SESUKA HATI KAMU. DEMI ALLAH, BUKANLAH KEMISKINAN YANG SAYA TAKUTI, MALAH KEMEWAHAN DUNIA AKAN MENGUASAI KAMU SEPERTI YANG BERLAKU TERHADAP MEREKA SEBELUM KAMI. MAKA KAMU AKAN BEREBUT SEPERTI MEREKA, MAKA IA AKAN MEMBINASAKAN KAMU SEPERTI IA TELAH MEMBINASAKAN MEREKA." (RIWAYAT BUKHARI DAN MUSLIM)






4 comments:

YUSRAN berkata... Reply To This Comment

nice blog ,berkunjung .follow back.
http://yusdinu.blogspot.com

Nurulizzah Hidayah binti Musa berkata... Reply To This Comment

TQ FOLO ME

DAH FOLO U!

YUSRAN berkata... Reply To This Comment

mampir balik ,posting nya sangat bagus . terimaqkasih sudah berkunjung

Nurulizzah Hidayah binti Musa berkata... Reply To This Comment

@YUSRAN

TQ.
sama-sama.