Isnin, 4 April 2011

NASI PELANGI CINTA


m/s 118


penyelaras SITI AISHAH SHAH BANI & SITI NORBIHA ZULKAFLI
gambar MOHD. SHARIFUL HAFIZAL
resepi KUZIE CATERING, Penthouse, Suite 4, Catteleya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Shah Alam, Selangor (http://www.kuziecatering.com.my/)
terima kasih RAJA ROSLY @ PAK ENGKU & CHEF SULAIMAN (019-3550000/03-55116700)


Nasi pelangi cinta

(Hidangan untuk 4 hingga 5 orang)


BAHAN-BAHAN:
600 gm beras Basmathi
300 gm kacang dal (direndam semalaman)
2 ulas bawang besar (dikisar)
4 ulas bawang putih (dikisar)
2.5 cm halia (dikisar)
177.4 ml susu cair
3 batang serai (dititik)
2.5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
Sedikit buah kismis
2 atau 3 sudu besar minyak sapi (untuk menumis)
Air mengikut banyak beras
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
1 tangkai cili Jepun (merah) (dipotong dadu)
4 tangkai kacang panjang (dipotong dadu)
Sedikit pewarna merah
Sedikit pewarna kuning
Sedikit pewarna hijau
Garam secukupnya


CARA MENYEDIAKAN:
1.       Panaskan minyak sapi dan tumis semua bahan yang dikisar bersama serai, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.
2.       Masukkan susu cair, garam dan air. Biar hingga mendidih. Kemudian, masukkan beras, kacang dal dan bahan yang dipotong dadu.
3.       Apabila nasi hampir masak, titiskan bahan pewarna ke atas nasi dan gaul sebati nasi tadi.
4.       Tanak sehingga nasi masak.
5.       Angkat dan taburkan buah kismis sebagai hiasan.
~Sedia untuk dihidang~

2 comments:

aNiss :):) berkata... Reply To This Comment

boleh cube nie :)

Nurulizzah Hidayah binti Musa berkata... Reply To This Comment

@aNiss :):)

ha'ah sila :)...terliur pula dh.