Selasa, 19 April 2011

Masakan Melayu eksklusif


Pembuka selera mengandungi pulut kuning, daging bungkus dan cucur udang
Bukan sesuatu yang pelik jika melihat pelancong asing berpeluh dan merah muka menahan pedas andai berkunjung ke Restoran Bijan.
Sambil tidak berhenti-henti menghirup air, gelagat mereka yang seakan tidak serik cukup menarik perhatian.
"Mat Saleh pun pandai makan sambal belacan sekarang," kata Chef Zulkifli Razali, yang telah berkhidmat lima tahun di restoran itu.
Terkenal sebagai antara restoran masakan Melayu yang berkonsep fine-dining di tengah ibu kota, Bijan sememangnya menjadi tumpuan pelancong tidak kira negara.
Malah kerana suasana yang dekorasi yang menarik juga, ia menjadi tumpuan majlis-majlis korporat berskala kecil hingga sederhana.
Masak lemak cili api, rendang ayam, sambal tumis, sambal buah belimbing malahan gulai tempoyak, sekadar menyebut beberapa hidangan disediakan dalam persembahan yang memikat. Bukan sahaja menarik pandangan, hidangan di situ tidak kalah dari segi rasa.
"Ada sesetengah masakan dikekalkan resipi turun-temurun. Sesetengah lagi seperti pencuci mulut, saya suka mencuba sesuatu yang baru. Nampaknya setakat ini, ia cukup digemari," kata Chef Zulkifli.
Misalnya, ais krim berperisa santan, durian, bandung, pandan dan teh tarik berempah. Semuanya dihasilkan sendiri di dapur Bijan.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran, Selena Mak berkata, Bijan dibuka lebih sembilan tahun lalu oleh tiga usahawan wanita.
"Boleh dikatakan enam puluh peratus pelanggan kami adalah pelancong asing terutama dari Amerika, Australia, Jepun dan Taiwan," katanya.
Dengan suasana romantis dekorasi berkonsep urban rustik yang menawan, pastinya menjamu selera di premis yang terletak di Jalan Bukit Ceylon itu menjadi kenangan istimewa buat pengunjungnya.
Kredit: Oleh BINTU RASYADA A.RAHMAN
Foto AHMAD ZAKKI JILAN

4 comments:

miss flora berkata... Reply To This Comment

pergh..aku pun tak tahan makan sambal belacan..

Nurulizzah Hidayah binti Musa berkata... Reply To This Comment

@miss flora sambal belacan i like u :D...+ lagi klu pedas..wah air liur meleleh dh.

Zuwairi Aiman berkata... Reply To This Comment

Salam kunjungan... singgah la ke blog saya ;)

Nurulizzah Hidayah binti Musa berkata... Reply To This Comment

@Zuwairi Aiman
salam kembali...OK!