Isnin, 11 April 2011

Ikan Tasik Asmara


 
Ikan Tasik Asmara
 resepi daripada Pak Engku & Chef Sulaiman

(hidangan untuk 4 hingga 5 orang)

BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ikan merah (dibersihkan dan dipotong kecil)
2 labu bawang besar (dipotong empat)
3 ulas bawang merah dan putih (dikisar)
Setengah inci halia (dikisar)
5 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
2 sudu besar tepung jagung
2 sudu tepung ubi
Sedikit lada sulah
2 sudu cuka
2 biji lada benggala merah (dipotong dadu)
2 biji tomato (dibelah empat)
Garam, gula, dan serbuk perencah secukupnya
Sedikit air.
Minyak untuk menggoreng

CARA MENYEDIAKAN:
1. Salut isi ikan bersama tepung ubi.
2. Panaskan minyak dan goreng isi ikan itu hingga kuning keemasan. Kemudian ketepikan.
3. Tumis semua bahan yang dikisar sehingga naik bau.
4. Setelah itu, masukkan sos tomato, sos cili, dan cuka. tambahkan sedikit air jika perlu.
5. Seterusnya, masukkan lada benggala, bawang besar, tomato, gula, garam, cuka, dan serbuk perasa.
6. Sementara itu, bancuhkan 2 sudu tepung jagung dengan air dan tuangkan ke dalam kuali. Gaul rata. (Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air.)
7. Masukkan lada sulah (jika suka) dan curahkan kuah tadi ke atas isi ikan yang telah digoreng.
8. Sedia untuk dihidangkan panas-panas.

2 comments:

nelly berkata... Reply To This Comment

tetiba lapar ~

Nurulizzah Hidayah binti Musa berkata... Reply To This Comment

;D cian dear...sowi erk