Selasa, 5 April 2011

RENDANG TOK PUNCAK KASIH


m/s 117

penyelaras SITI AISHAH SHAH BANI & SITI NORBIHA ZULKAFLI
gambar MOHD. SHARIFUL HAFIZAL
resepi KUZIE CATERING, Penthouse, Suite 4, Catteleya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Shah Alam, Selangor (http://www.kuziecatering.com.my/)
terima kasih RAJA ROSLY @ PAK ENGKU & CHEF SULAIMAN (019-3550000/03-55116700)
Rendang Tok Puncak kasih
(Hidangan untuk 4 hingga 5 orang)

BAHAN-BAHAN:
600 gm daging (dibasuh dan dipotong besar)
10 ulas bawang merah (dikisar)
15 tangkai cili kering (dikisar)
3 cm halia (dikisar)
3 cm lengkuas (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
3 sudu besar ketumbar (dikisar)
3 sudu jintan manis dan jintan putih (dikisar)
2 sudu lada hitam (dikisar)
3 kuntuk bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
1 setengah cawan santan
4 sudu kerisik
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Daun kunyit (diracik halus)
Garam, gula, dan serbuk perasa secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan kisar bersama bunga lawang dan bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau.
2. Masukkkan daging dan sedikit air. Masak daging sehingga empuk.
3. Setelah daging benar-benar lembut, masukkan pula santan. Biarkan seketika sehingga kuah menjadi sedikit kering.
4. Masukkan kerisik dan daun kunyit. gaul rata.
5. Akhir sekali, masukkan garam, gula, dan serbuk perasa. Gaul sebati.
6. Siap untuk dinikmati.

3 comments:

Encik Kimi® berkata... Reply To This Comment

wahh,,,sodappp...sodappp

Nurulizzah Hidayah binti Musa berkata... Reply To This Comment

@Encik Kimi�


hah sodap kene try wak. =(

EINZONE berkata... Reply To This Comment

assalam..sy ada menjual dan mengambil tempahan rendang tok asli dr perakkk..warisan turun temurun moyang sy..jika berminat bole hubungi sy, ein di 012 2420 343..tq