Isnin, 18 April 2011

Popular ke Sara Ali?


RAMAI juga tertanya-tanya, hebat sangat ke lakonan Sara ni? Dapat tawaran berlakon filem tak henti-henti, bagus ke Sara ni?
Tak adalah. Belum bagus lagi pun. Walaupun sudah berlakon enam filem, semuanya belum keluar di pawagam lagi. Itu yang buat saya lagi takut. Harapan penonton mungkin tinggi kepada saya. Mesti dia orang ingat, gempak sangat ke lakonan Sara Ali ni?
Habis tu kalau tak gempak nanti, tak kisah ke kalau kena kritik dengan penonton?
Apa sahaja tohmahan dan kritikan, saya akan terima dengan hati yang terbuka. Saya akan cuba memperbaiki kelemahan yang ada dalam lakonan saya nanti.
Pelakon wanita baru lain punyalah susah nak dapat tawaran berlakon. Sara pula dapat sampai enam filem berturut-turut, siap dengan empat watak heroin sekali. Agak-agak apa kelebihan Sara Ali?
Entahlah, ramai penerbit dan pengarah cakap kekuatan saya terletak pada anak mata yang mempunyai tarikan sesuai untuk melakonkan semua watak saya sebelum ini.
Ya ke? Tapi mata Sara memang nampak macam galak pun?
Kata mereka, mata saya mampu menterjemahkan watak-watak yang dikehendaki biarpun enam filem saya kesemua wataknya berbeza. Saya kata ni bukan nak puji diri sendiri.
Sara terima tawaran filem sahaja ke, tak minat berlakon drama? Nak jaga standard ke?
Tak ada penerbit yang pernah tawar saya berlakon drama. Habis tu nak buat macam mana, terpaksalah saya terima berlakon filem sahaja. Saya tidak pernah letak harga tinggi walaupun sudah berlakon enam filem.
Ada orang gelar Sara bakal ratu filem 2011. Mesti popular selepas ini?
Saya tak rasa popular pun. Rasa malu lagi adalah kerana filem belum keluar muka saya sudah keluar suratkhabar dan majalah.
Nanti kalau dah popular, mesti kena tempias gosip yang menimpa Sara. Sudah bersedia ke?
Insya-Allah, kalau ada pun tetapi selagi saya tak buat salah saya okey sahaja. Berani kerana benar dan buat apa nak takut kalau gosip tu tak betul. Janji ibu bapa saya tahu apa cerita yang sebenar.
Sekarang ni orang kata zaman kegemilangan Lisa Surihani selain Maya Karin dan Liyana Jasmay yang masih popular. Agak-agak Sara boleh ke bersaing dengan mereka?
Saya jadi pelakon bukan untuk bersaing dengan sesiapa pun. Saya hanya nak cari pengalaman dalam industri dan tak sabar-sabar hendak bekerjasama dengan nama-nama popular nanti. Bagi saya keseronokan dalam lakonan apabila semua pelakon berpeluang merasai watak utama atau pun pembantu.
Kalau orang cakap kehadiran Sara ni sekadar melengkapkan jumlah pelakon wanita di Malaysia yang bersandarkan raut wajah jelita sahaja, setuju tak?
Itu silap sangat. Selagi filem saya belum keluar, saya nak bukti bakat saya sebagai pelakon. Insya-Allah, Sara boleh bawa semua watak kalau diberi peluang tak kira watak jahat atau baik.
Sara nampak agak matang daripada usia 20 tahun. Petah bercakap tapi tegas dan tak control ayu langsung. Sekali imbas, nampak macam Sharifah Amani pun ada.
Saya memang kasar, itu diri saya. Lagi pun ramai selesa saya macam ni. Memang ada orang cakap saya macam Nani (Sharifah Amani). Saya pernah lepak dengan Bront Palarae dan Zahiril Adzim, mereka pun cakap sama. Tapi sebenarnya saya sendiri tak pernah jumpa dengan Nani.
Soalan akhir ni, ada yang mula bercakap pasal Sara kerana raut wajah yang sombong dan sukar memberi senyuman.
Saya bukan sombong tetapi kalau pergi mana-mana, saya rasa pelik dan semacam apabila diperhatikan orang. Itu sebab saya jarang lepak di tempat terbuka. Namun saya akui hari pertama di lokasi penggambaran memang lambat mesra sikit. Tapi bila dah selesa dengan semua orang, saya okey ja selepas tu.
Kredit: akhbar tempatan!

0 comments: