Isnin, 18 April 2011

Kenapa benci Diana Danielle?


Diana Danielle
           BETUL ke ramai yang tak suka dengan aktres cantik berbakat besar, Diana Danielle? Timbul tanda tanya di hati Joyah apa yang sudah Diana lakukan sampai dia dibenci sebegitu?
Nak tergelak pun ada sebab ada pihak yang sangat gigih menjadi pengendali I Hate Diana Danielle di laman sosial Facebook sebagai medium untuk menghentam Diana.
Boleh tahan ramai juga yang menyokong laman itu. Sampai 4,000 orang jugalah yang gatal tangan menekan butang Like di situ.
Antara yang Joyah dengar, hanya kerana Diana dikatakan cantik sebab teknik solekan. Kalau tak disolek dia nampak buruk. Sebab tu Diana dibenci. Eh iyakah?
Kadang-kadang Joyah pelik juga dengan mentaliti masyarakat kita ni. Kalau cantik pun salah, tak cantik pun salah. Apa sebenarnya yang anda mahukan? Haa..cuba tanya diri sendiri.
Pada Joyah, Diana cantik dalam caranya tersendiri. Soal solek atau tidak itu bukan pokoknya sebab dah itu memang kerja dia sebagai public figure.
Kalau ye pun ada yang anggap dia tak cantik, perlu ke sampai buat laman I Hate Diana Danielle. Tak baik tau.
Ingat-ingatlah ye, kita semua pun bukannya sempurna sangat. Sekali kita benci orang, ingat seribu kali kita akan dibenci oleh orang yang lain pula. Tak takut ke tu?
Kredit: Joyah

2 comments:

Isteri @ Ibu Cute berkata... Reply To This Comment

Hai! Nurul...dah follow my blog ke???

Kesian kat Diana Danielle..Betul ke gosip Diana Danielle gan Farid Kamil Tu???

Nurulizzah Hidayah binti Musa berkata... Reply To This Comment

@Isteri @ Ibu Cute Hai Kak dah tau =)

kesian kan kat Diana...entah la kak tu sy ambil dari akhbar.