Ahad, 7 Ogos 2011

Anne Hathaway pegang watak Catwomen


SALAH SATU adegan Anne Hathaway dalam filem Catwomen, The Dark Knight Rises. - AGENSI

LOS ANGELES 6 Ogos - Syarikat penerbitan Warner Bros. semalam mengeluarkan imej promosi pertama filem terbaru Catwomen, The Dark Knight Rises, yang menampilkan aktres baru yang sedang menyinar, Anne Hathaway sebagai watak utama.
Dalam filem aksi terbaru arahan Christopher Nolan itu, aktres tersebut akan berganding dengan Christian Bale, Gary Oldman, Morgan Freeman dan Michael Caine.
"Saya teruja apabila berpeluang bekerja dengannya (Hathaway) dan dia akan menjadikan Catwomen sebuah cerita yang hebat," kata Nolan.
Hathaway, 28, yang pernah membintangi filem The Princess Diaries pada 2001, bagaimanapun kurang mendedahkan mengenai wataknya dalam filem tersebut, namun berjanji untuk memberikan komitmen terbaik.
"Saya mahu menjadi seorang pelakon yang baik, bekerja dengan orang yang hebat dan memegang watak-watak mencabar," kata Hathaway.
Sebelum ini, Julie Newmar merupakan aktres pertama memegang watak Catwomen dalam siri televisyen Batman pada 1966, watak itu kemudian diambil alih oleh aktres Eartha Kitt pada musim ketiga siri tersebut.
Pada 1992, pelakon Michelle Pfeifer memegang watak Catwomen dalam filem Batman Returns dan Halle Berry muncul sebagai heroin yang seterusnya pada 2004.
The Dark Knight Rises bakal menggegar layar perak pada 20 Julai tahun depan. - Agensi

0 comments: