Jumaat, 5 Ogos 2011

Ikan Kering Masak Berserai



Bahan-bahan:
1 kg ikan kering - bahagian bertulang
5 batang serai - dititik
5 tangkai cili merah - dipotong serong
5 tangkai cili hijau - dipotong serong
15 tangkai cili padi - diketuk
2 labu bawang besar - dimayang
3 keping asam gelugur
1 1/2 biji kelapa parut - diperah santan pekat
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
1. Bersihkan ikan kering.
2. Kemudian kukus ikan kering itu hingga masak.
3. Masukkan santan, serai, cili merah, cili hijau, cili padi, bawang besar, asam gelugur dan serbuk kunyit ke dalam periuk.
4. Jerang di atas api yang sederhana sehingga mendidih.
5. Pastikan kuah sentiasa dikacau untuk mengelak santan daripada pecah minyak.
6. Masukkan ikan kering dan garam jika perlu. Kacau sedikit demi sedikit sehingga ia mendidih.

0 comments: