Ahad, 7 Ogos 2011

Raul Lemos mahu berdamai



SUAMI penyanyi Krisdayanti, Raul Lemos telah pun dipanggil oleh pihak berkuasa untuk disoal siasat berhubung kes mengkasari dan mencekik wartawan Global TV, minggu lalu.
Kata Raul, dia berharap agar kes itu akan dapat diselesaikan dengan segera.
Malah, dia juga berharap agar dapat berdamai dengan pihak media sepanjang bulan Ramadan yang mulia ini.
“Saya harap, semuanya akan berjalan dengan lancar, lebih-
lebih lagi pada bulan puasa ini.
“Saya masih belum menghubungi atau meminta maaf secara peribadi daripada wartawan-wartawan itu, namun saya sudah pun mengadakan pertemuan dengan pihak media dan telah memohon maaf secara terbuka pada sidang tersebut,” ujarnya.

0 comments: