Isnin, 8 Ogos 2011

Rindu Erra terubat sudah


Erra Fazira sentiasa fokus dalam setiap perkara yang dilakukannya.

BAGI pelantun suara lagu Dalam Rumah Tangga, hasil duet dengan Sohaimi Meor Hassan, Erra Fazira mengakui dia sememangnya merindui dunia nyanyian.
Namun kerana kekangan masa dan juga banyak terlibat dengan dunia lakonan, membataskan Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chik, 37, untuk memberi lebih perhatian kepada bidang yang pernah diceburinya dulu.
Bagi Erra, single Dalam Rumah Tangga bersama Sohaimi Meor Hassan sebagai pengubat rindunya kepada bidang nyanyian.
"Sebenarnya, kalau ikutkan hati, Erra memang mahu merakamkan album. Tapi disebabkan sentiasa sibuk, hasrat Erra ini masih belum terlaksana.
"Erra rindu untuk menyanyi seperti dulu tetapi kalau boleh biarlah album comeback itu nanti, betul-betul meletup dan luar biasa," ujarnya sambil tersenyum.
Selain itu,jika ada peluang Erra tidak menolak untuk merakamkan album dengan protegenya, Salma yang menjuarai program Mentor 5 baru-baru ini.
Namun, bagi mengubati rindunya terhadap bidang nyanyian, kadang kala ibu kepada Engku Aleesya,2, dan isteri kepada Engku Imran Engku Zainal Abidin,36, ini masih memenuhi undangan menyanyi di majlis-majlis korporat.
Ketika ini, Erra juga sibuk membuat hamper raya yang bakal tiba tidak lama lagi.
"Erra sudah mula buat hamper raya kerana sudah ada tempahan," ujarnya yang turut aktif mengendalikan kelas membuat kek cawan.
Di samping menguruskan hamper raya, Erra juga terlibat dalam persembahan teater Badai Semalam yang akan dipentaskan pada November ini.
Menurut Erra, dia akan cuba memberikan yang terbaik pada teater itu dan menjiwai watak Mazni dengan sepenuh hati.
"Jika tiada apa-apa masalah, latihan pementasan teater akan bermula selepas raya," ujarnya ketika ditemui selepas rakaman program Mari Berdansa Aidilfitri di Astro Bukit Jalil, baru-baru ini.
Menyentuh mengenai filem, Erra melahirkan hasratnya untuk berlakon watak yang lebih mencabar.
"Sebenarnya Erra ada juga terima tawaran berlakon filem tetapi kadang-kala terpaksa tolak kerana wataknya tidak sesuai.
"Maklumlah, setelah berumah tangga banyak hati yang perlu dijaga," ujarnya jujur.
Sebelum menutup bicara, Erra memberitahu, dia akan memasukki lokasi penggambaran filem pada hujung tahun ini.
Dalam filem itu, Erra bakal membawakan watak sebagai pembunuh upahan yang bisu.
Oleh MUHAMMAD SYAFIQ ROOS ANNUAR
Gambar ISMAIL KAMADI

2 comments:

Cikrosecute berkata... Reply To This Comment

Suka giler gan Erra Fazira nie....Mesti best dia berlakon nanti...

puteri ain berkata... Reply To This Comment

erra fazira lagend kut :) hehe