JAKARTA 6 Ogos - Bagi umat Islam, bulan Ramadan merupakan penuh barakah di mana umat Islam mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan ibadah dan amalan kebaikan.
Namun, berlainan pula yang berlaku di Indonesia, apabila bulan suci ini tidak membawa sebarang makna, kerana gejala rasuah tetap berlaku sepanjang masa, termasuk pada bulan Ramadan ini.
Rita, seorang pelanggan di pejabat Jabatan Pengangkutan di Jakarta Selatan yang mahu membuat lesen memandu buat kali pertama terpaksa menggunakan 'orang tengah' untuk memudahkannya mendapatkan lesen memandu dalam tempoh sehari.
"Saya memberikan wang kira-kira 500,000 rupiah (RM176) kepada 'orang tengah'," katanya kepada Jakarta Post.
Jika mengikut peraturan dia perlu menjalani beberapa prosedur seperti memandu dan ujian psikologi, yang akan memgambil masa yang panjang.
Rochim yang merupakan antara orang tengah di pejabat itu memberitahu beliau mengenakan bayaran 550,000 rupiah (RM194) untuk membantu mendapatkan lesen memandu dengan mudah dalam tempoh sehari.
Sementara itu, seorang pengunjung terkejutnya dengan aktiviti rasuah yang berleluasa di pejabat itu, walaupun ketika bulan Ramadan, sambil tersenyum dia hanya menjawab, bulan puasa tidak akan mengubah apa-apa di sini. - AGENSI
0 comments:
Catat Ulasan