Jumaat, 5 Ogos 2011

Tidak serasi punca Ally Iskandar putus tunang


Ally Iskandar akui putus tunang pada 30 Julai yang lalu

Pengacara popular, Ally Iskandar atau nama lengkapnya, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 35 tahun mengakui telah memutuskan hubungan pertunangan yang terjalin antara dirinya dengan naib juara rancangan Gadis Melayu, Nur Aishah Zainal, 26, pada 30 Julai yang lalu.

Ally Iskandar juga mengakui telah menghantar wakil keluarganya ke rumah Nur Aishah di Ampang , Selangor pada tarikh berkenaan untuk memutuskan hubungan itu mengikut adat setelah seminggu mereka berbincang bersama keluarga masing-masing.

Menjelaskan tiada keserasian dalam diri mereka menjadi punca utama perpisahan ini berlaku, Ally juga menafikan ada sebarang pergaduhan besar antara mereka berdua sepanjang lima bulan bertunang.

"Wakil keluarga saya telah berjumpa dengan keluarga Aishah pada 30 Julai lalu untuk memutuskan hubungan ini mengikut adat dan keputusan ini dibuat setelah kami berdua berbincang terlebih dahulu.

"Dalam tempoh pertunangan ini berlangsung, tiada keserasian di antara kami untuk menyelaraskan kehidupan, kerja dan sebagainya. Ia dapat dilihat secara berperingkat, yang mana jalan yang kami tuju semakin lama semakin tidak kelihatan. Kami pernah cuba untuk menyelesaikan masalah ini, namun tiada jalan penyelesaian.

"Keputusan ini memang sangat berat sekali, apatah lagi kami pernah membayangkan kehidupan berumah tangga bersama. Ini dugaan besar buat saya,"jelas Ally yang menafikan punca keretakkan hubungan mereka berikutan daripada kekangan masa mereka berdua.

Ally Iskandar yang sebelum ini telah mengikat tali pertunangan dengan Nur Aishah Zainal pada Februari lalu mengakui masih menjalinkan hubungan baik dengan bekas tunangnya itu. -Oleh Wahida Othman. Majalah Mangga.

0 comments: