Sarah dan Shuib teruja menanti kelahiran anak sulung mereka |
Pasangan bahagia, penyanyi, Siti Sarah Raisuddin dan pelawak, Shuib daripada kumpulan Sepah disahkan bakal menimang cahaya mata lelaki, Sarah yang kini mengandung enam bulan mengakui sangat bersyukr dengan pemberian Allah buat dia dan keluarganya.
"Saya baru sahaja buat pemeriksaan doktor hari ini, dan doktor sahkan anak dalam kandungan saya ini adalah lelaki. Sememangnya saya langsung tidak menyangka apa yang disebutkan oleh suami sebelum ini benar-benar berlaku.
"Shuib seperti ada satu perasaan bapa yang kuat, malah sebelum ini dia kerap memberitahu saya, anak dalam kandungan ini lelaki dan dia memang inginkan anak lelaki.
"Awalnya sering nasihatinya supaya jangan terlalu berharap sebab takut nanti kecewa pula, tetapi Alhamdulillah, apa yang diharapkan kini menjadi kenyataan.
"Kami sudah merancang dua nama untuk kami ini, saya pilih nama Uwais Alqarni bersempena nama seseorang lelaki di zaman rasulullah yang hebat, taat dan sangat menghormati ibunya sehinggakan segala doanya termakbul. Manakala Shuib pula mahukan nama Ahmad Didad, iaitu diambil daripada nama seorang pendebat islam yang sangat pintar dan hebat.
"Setelah berbincang, akhirnya kami putuskan untuk menggunakan nama Uwais Alqarni sebagai nama anak sulung kami ini.
"Alhamdulillah, sepanjang mengandung saya hanya mengalami alahan sepanjang tiga bulan pertama sahaja, dan selepas itu, semuanya berjalan seperti biasa.
"Syukur juga saya dapat menjalani puasa dengan baik, setiap malam Shuib akan beritahu baby agar puasa esoknya, jadi dia seakan faham dan saya boleh berpuasa dengan sempurna,"jelas Sarah yang berterima kasih pada suaminya kerana tidak cerewet dalam pemilihan makanan terutama ketika berbuka dan sahur.
Shuib Teruja Tunggu Kelahiran Anak
Terlalu teruja dan sangat gembira, jelas Shuib dia bersyukur apabila diberitahu nakal menimang cahaya mata lelaki nanti.
"Memang saya terlalu gembira, malah hari ini saya sudah beritahu semua orang bahawa saya bakal mendapat anak lelaki. Sehinggakan ada yang tidak bertanya sekalipun saya beritahu sekali,"jelas Shuib.
-Oleh Wahida Othman
0 comments:
Catat Ulasan