Jumaat, 5 Ogos 2011

Zizan Nin Mohon Doa Dikurniakan Anak


Zizan dan isterinya sedang bahagia dan mendoakan rezeki anak.
 - Foto AZHAR MAHFOF

PETALING JAYA: Setelah berkahwin lebih setahun, pelakon Zizan Nin masih mendambakan kehadiran cahaya mata.
Pelakon yang baru selesai menjalani penggambaran filem Tanda Putera ini mengharapkan kemuliaan bulan Ramadan akan memberikan rezeki berupa anak kepadanya dan isteri, Fazilah Hani Harun.
“Saya dan isteri masih berusaha untuk mendapatkan cahaya mata tetapi nampaknya belum ada rezeki.
“Mungkin disebabkan masing-masing sibuk dengan komitmen kerja,” katanya yang ditemani oleh isteri semasa majlis berbuka puasa anjuran Aquila Emas di Hotel Federal Kuala Lumpur.
Jelas Zizan, jika berkesempatan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti, mereka akan berbulan madu ke Vietnam atau Kemboja.
“Saya jangka kami akan berbulan madu pada bulan Oktober depan. Mungkin dengan cara ini kami akan dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.
“Sebelum ini, kami pernah ke Indonesia. Jadi, kali ini kami merancang mungkin akan ke Vietnam atau Kemboja,” ujarnya lagi yang buat kali kedua bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini di Kuala Lumpur bersama-sama keluarga isterinya.
Dalam perkembangan lain, Zizan juga akan melancarkan baju Melayu jenamanya sendiri di butik rakan perniagaannya, K-Maria di Kota Damansara di sini pada minggu hadapan.
“Saya tidak terlalu banyak memberikan sumbangan dari segi rekaan baju Melayu itu tetapi saya memilih kain mengikut cita rasa semasa.
“Idea untuk menjenamakan baju Melayu ini tercetus daripada permintaan semasa yang mana pakaian kebangsaan ini harus mempunyai banyak jenis untuk disesuaikan dengan pelbagai majlis,” tuturnya.
Harga baju Melayu tersebut dijual pada harga antara RM180 hingga RM250 sepasang.
Buat permulaan, Zizan akan memberi diskaun kepada para peminat yang berkunjung ke butik itu.
Butik itu juga turut menyediakan pakaian untuk wanita yang disediakan oleh rakan kongsinya. Tambah Zizan, kemungkinan selepas ini dia bakal mengeluarkan baju kemeja atas jenama sendiri. -

1 comments:

Pn Ayu berkata... Reply To This Comment

cantek wife zizan :)

jom komen entri terbaru kite :)

http://heartylolipop.blogspot.com/2011/08/eyeliners-raya-giveaway.html