Rabu, 3 Ogos 2011

Jennifer Lopez ditawar jadi juri American Idol lagi


LOS ANGELES 2 Ogos - Peminat penyanyi seksi, Jennifer Lopez boleh menarik nafas lega kerana dia akan kembali menjadi juri rancangan realiti televisyen American Idol untuk musim akan datang.
Menurut sumber yang dipetik laman web TheWrap, bintang pop tersebut akan kembali menjadi juri pertandingan nyanyian tersebut kerana kontrak dengan Fox Broadcasting Network sebanyak AS$20 juta (RM59 juta) telah disediakan.
Namun, kontrak tersebut belum ditandatangani oleh penyanyi yang terkenal dengan lagu On The Floor itu.
Jumlah AS$20 juta itu dikatakan merupakan jumlah terendah yang diletak oleh Lopez dan selepas berunding dengan Fox, mereka bersetuju dengan harganya.
Ia merupakan jumlah kenaikan yang setimpal dari musim lalu dimana dia mendapat sebanyak AS$12 juta (RM35.5 juta).
Menurut sumber yang terlibat dengan penghasilan kontrak tersebut, satu-satunya halangan dengan perjanjian tersebut ialah penjadualan.
Lopez akan terlibat dengan dua buah produksi besar antaranya filem romantik komedi, What To Expect When You're Expecting yang dijangka akan ditayangkan pada Mei tahun depan.
Dia turut membintangi filem Parker yang dalam proses pra-produksi yang bakal bertembung dengan tarikh uji bakat American Idol nanti.
Lopez memberitahu BBC awal tahun ini yang dia tidak pasti sama ada mahu kembali berkhidmat dalam American Idol semusim lagi atau tidak. - Reuters

0 comments: