SINGAPURA 31 Julai – Umat Islam di Singapura akan memulakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan mulai esok.
Mufti Singapura, Dr Mohamed Fatris Bakaram, membuat pengumuman mengenai perkara itu hari ini.
Beliau berkata, tarikh itu ditentukan berdasarkan rukyah dan hisab.
Saluran televisyen tempatan, Channel NewsAsia melaporkan, ini kali pertama Dr Mohd Fatris membuat pengumuman sejak menjawat jawatan Mufti pada 1 Januari tahun ini. – Bernama
0 comments:
Catat Ulasan