SELEBRITI bola terkenal, David Beckham pernah menyatakan kepada media bahawa dia ingin memiliki empat orang anak dan bilangan tersebut dirasakannya sudah cukup untuk membuatkan keluarganya menjadi ramai.
Namun hakikatnya selepas mencapai sasaran itu, empat anak masih tidak mencukupi buat suami Victoria Beckham itu.
Malah, Beckham mengakui berasa iri hati apabila melihat rakan-rakannya memiliki lebih daripada lima anak.
"Isteri kepada kawan saya baru saja melahirkan anak yang ketujuh, bayi itu sangat cantik dan sihat," katanya.
Pun begitu, Beckham yang memiliki nama lengkap David Robert Joseph Beckham ini belum lagi memberitahu keinginannya untuk menambah cahaya mata kepada isterinya.
Malah dia juga tidak pasti sama ada Victoria akan bersetuju atau tidak dengan hasrat menambah bilangan ahli keluarga.
0 comments:
Catat Ulasan