Ahad, 7 Ogos 2011

Selebriti Hollywood gilakan kecantikan


Mila Kunis

LOS ANGELES 6 Ogos - Golongan selebriti di Hollywood sanggup melakukan apa sahaja untuk kelihatan cantik sepanjang masa termasuk mengeluarkan belanja besar bagi mendapatkan produk kecantikan yang berkesan.
Seorang daripada mereka, aktres filem komedi romantik Friends With Benefits, Mila Kunis, 27, yang baru-baru ini mendedahkan dia berbelanja sebanyak AS$7,000 (RM21,000) untuk melakukan rawatan muka menggunakan berlian.
Pelakon seksi Angelina Jolie, 36, turut tidak ketinggalan apabila sanggup berbelanja besar untuk mendapatkan krim muka berharga AS$710 (RM2,130) bagi bekas 100 mililiter (ml).
Krim muka tersebut mengandungi ekstrak telur ikan air tawar Siberia yang kaya dengan protein untuk melembap dan menegangkan kulit.
Dalam pada itu, rejim produk kecantikan pelakon Gwyneth Paltrow agak berbeza berbanding Kunis dan Jolie.
Bintang tersebut menggunakan krim bisa ular berharga AS$185 (RM555) bagi bekas 30ml untuk melambatkan proses penuaan.
Krim unik tersebut mengandungi bisa ular sintetik dan dipercayai bertindak seperti Botox, namun lebih lembut terhadap kulit. - Agensi

0 comments: