Ahad, 7 Ogos 2011

Pengacara Melodi! tak serasi



BILA bertukar pengacara, pasti orang akan tertanya-tanya kenapa jadi macam tu. Cuma bila rancangan Melodi! mahu menggandingkan Zizan dan Dira Abu Zahar sebagai pengacara, ramai yang terkejut kerana mereka yang menjadi pilihan.
Namun sudah berbulan-bulan mereka diberi peluang, sejujurnya saya masih tidak nampak apa-apa keserasian antara Zizan mahupun Dira. Dan seperti tidak ada daya penarik bagi mereka berdua untuk menarik perhatian kami.
Orang selalu cakap, beri mereka peluang. Peluang dah diberi tetapi nak suruh peminat tunggu berapa lama. Zizan nampak 'tempang' bila bergandingan dengan Dira. Memang kurang 'ikatan kimia' barang kali.
Ini bukan penamat pada segala-galanya. Teguran saya ini mungkin tidak disenangi ramai tetapi percayalah mereka boleh buat lebih baik. Jadilah diri sendiri dan perbaiki setiap kekurangan dari semasa ke semasa. Barulah semuanya akan bertambah baik.
Shima,
Kuala Terengganu, Terengganu.

0 comments: