Sabtu, 30 April 2011

Syoknya Rita beranak pada tarikh kahwin pewaris takhta England


PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar,35, mendapat anak kedua selepas dia melahirkan bayi seberat 2.75 kilogram di Pusat Pakar Perubatan Prince Court dekat sini, Jumaat.
Bayi yang diberi nama Airit Rafqa Arjuna itu lahir kira-kira pukul 2.75 petang.Menurut Rita, dia dan bayi itu berada dalam keadaan sihat dan bersyukur kerana semuanya selamat.
“Syukurlah… Rita dapat melahirkan anak kedua ini tanpa sebarang masalah. Kami berdua juga sihat,” katanya.
Selain bayi tersebut, Rita yang juga isteri kepada pemain bola sepak Kebangsaan, Aidil Zafuan Abdul Radzak,24, itu turut mempunyai seorang lagi anak lelaki bernama Airit Rayyan Rizqin yang kini berusia dua tahun.
Kata Rita, nama Arjuna untuk anak keduanya itu dipilih kerana menganggap bayi berkenaan sebagai wira yang menjadi kekuatan ketika dia berhadapan dengan konflik rumah tangga sewaktu mengandungkannya.
Kali terakhir orang ramai melihat keadaan Rita yang sarat mengandung ketika dia muncul sebagai penyampai trofi untuk Anugerah Bintang Popular (ABP) pada 3 April lalu di Genting Highlands, Pahang.

Prince William and Kate share first public kiss


Prince William and his new bride Kate Middleton shared their first official public kiss as man and wife on the balcony of Buckingham Palace today(29/4/11). 
COMEL TENGOK BUDAK YANG TUTUP TELINGA(GAMBAR: PENJURU BAWAH KIRI) TU LIVE KAT TV...HEHE DIA KEBISINGAN KOT DEK TERIAKAN ORANG RAMAI YANG MELIHAT SECARA LIVE ROYAL WEDDING NI. SEJURUS SELEPAS TU KATE CIUM PIPI BUDAK NI...BUDAK TU PUN BYE..BYE..KAT SEMUA ORANG
Prince William and Kate Middleton have shared their first public kiss as man and wife.
The couple - who married at London's Westminster Abbey this morning (29.04.11) - drew cheers from the scores of spectators outside Buckingham Palace as they appeared on the balcony and kissed for the first time as a married couple.
Kate and William - who will now be known as the Duke and Duchess of Cambridge - were joined by their bridal party and their respective families including Queen Elizabeth, Prince Philip, Prince Charles and Kate's parents Carole and Michael Middleton to watch a fly by of Royal Air Force (RAF) jets.
With the UK enjoying a public holiday to celebrate the nuptials of Britain's future king, onlookers were in high spirits.
Speaking to BANG Showbiz Royal Correspondent Colette Fahy at Westminster Abbey after the service, Lord Mayor Boris Johnson shared his joy, saying: 'Wasn't that good. Wasn't that just absolutely brilliant?'
Onlooker Mary Adams from Oxfordshire who camped out overnight to get a good view of today's proceedings said: 'Kate looked so beautiful. I hope they'll be very happy together.'

Perkahwinan gilang-gemilang


PUTERA William dan isterinya Catherine, Duchess of Cambridge, menaiki kereta kuda Diraja, State Landau 1902 menuju ke Istana Buckingham selepas majlis perkahwinan mereka di Gereja Westminster Abbey, semalam . - REUTERS
LONDON 29 April - Dengan senyuman tenang sambil menyarung sebentuk cincin perak di jari manis kiri Kate Middleton, Putera William hari ini sah bergelar suami dalam satu upacara gilang gemilang yang diadakan di Gereja Westminster Abbey, tengah London hari ini.
Penyatuan dua jiwa melalui ikrar perkahwinan yang dilafazkan kira-kira pukul 6.25 waktu Malaysia itu turut disaksikan lebih dua juta penonton di seluruh dunia dan dihadiri kira-kira 1,900 tetamu diraja di gereja tersebut.
Putera William yang segak berbaju uniform merah tentera Ireland kelihatan tenang menyapa ketibaan Middleton dan sesekali menjeling ke arah pengantinnya yang anggun berpakaian gaun putih gading rekaan Sarah Burton dengan tiara serta layah panjang.
Hanya dengan perkataan 'saya sudi', Middleton yang nampak gementar tetapi terus melemparkan senyuman selamat bergelar isteri selepas bertukar ikrar di hadapan Ketua Biskop Canterbury, Rowan Williams.
Istana Buckingham hari ini turut mengurniakan gelaran Duke dan Duchess of Cambridge kepada pasangan berusia 29 tahun itu sejurus mereka berkahwin.
Sama seperti hari bahagia Putera Charles dan Puteri Diana pada 29 Julai 1981, perkahwinan diraja kali ini turut menarik perhatian dunia serta rakyat Britain apabila kira-kira sejuta penduduk memenuhi laluan perarakan ke Westminster Abbey.
Terdahulu, Putera William yang diiringi pengapit yang juga adiknya, Putera Harry tiba di gereja tersebut kira-kira pukul 5.20 petang waktu Malaysia diikuti Middleton bersama bapanya, Michael, pada pukul 6.05 petang.
Selepas majlis perkahwinan di Westminster Abbey, pasangan Duke dan Duchess of Cambridge itu diarak menaiki kereta kuda State Landauke 1902 yang pernah digunakan Putera Charles dan Puteri Diana semasa perkahwinan mereka ke The Mall untuk melambai kepada rakyat dari balkoni dan ke Istana Buckingham bagi majlis resepsi dihadiri 650 tetamu.
Majlis perkahwinan itu turut dihadiri keluarga diraja dunia antaranya Putera Albert II dari Monaco bersama Charlene Wittstock dan Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Permaisuri, Tuanku Nur Zahirah serta selebriti terkenal seperti David Beckham dan isterinya, Victoria. - AFP

Perkahwinan diraja catat rekod dalam talian



SAN FRANCISCO - Perkahwinan diraja Britain mencatatkan rekod dalam tayangan video online semalam, mengatasi perlawanan akhir Piala Dunia 2010 sebagai acara langsung yang paling ditonton di Internet, kata penyedia perkhidmatan Akamai.
Syarikat penyedia pelayan itu berkata, seramai 2.4 juta akses telah dicatatkan ketika perkahwinan tersebut berbanding 1.6 juta semasa perlawanan akhir Piala Dunia.
Akamai menjangkakan sebanyak 5.4 juta kali klik seminit dilakukan ke atas bahagian berita perkahwinan diraja tersebut, yang juga acara berita yang kelima paling dilawati dalam sejarah. - DPA

Jumaat, 29 April 2011

Sihat mulut, sihat badan


Pemeriksaan secara berkala penting untuk kesihatan gigi. - Gambar hiasan
PEPATAH Cina ada menyebut, mulut itu pintu masuk kepada kesihatan tubuh badan kerana semua penyakit datangnya dari mulut. Manakala semua masalah datangnya daripada pertuturan.
Bagaimanapun, mulut didiami ribuan bakteria yang boleh menyebabkan kerosakan gigi dan penyakit periodontal atau gusi, kata Presiden Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Datuk Dr. How Kim Chuan.
Penyakit periodontal ialah jangkitan bakteria yang merosakkan tulang sekeliling akar gigi menyebabkan gigi menjadi longgar.
Ia disebabkan plak bakteria, selaput kekuningan melekit yang sentiasa terbentuk di gigi.
Antara simptom sakit periodontal ialah gusi merah, bengkak dan berdarah, kemunculan poket-poket periodontal, gigi longgar dan nafas berbau.
Walaupun begitu, tidak ramai pesakit sedar akan kehadiran penyakit itu kerana simptom-simptom biasanya tidak disertai kesakitan, kata Dr. Kim Chuan.
Mujurlah tanda-tanda keradangan itu dapat dirawat sepenuhnya jika disertai dengan langkah pencegahan, motivasi serta kerjasama daripada pesakit, katanya.
Ujarnya, terdapat banyak kajian yang menyelidik kemungkinan berkaitnya penyakit oral (mulut) dengan kesihatan sistemik tubuh badan.
"Para penyelidik mendapati periodontitis (keradangan gusi), peringkat mendalam penyakit periodontal, mempunyai kaitan dengan penyakit sistemik seperti penyakit kardiovaskular, strok, kencing manis dan pneumonia bakteria.
" Kajian juga menunjukkan bakteria dan keradangan memainkan peranan lebih bahaya dalam penyakit sistemik seperti kencing manis kerana mengurangkan ketahanan tubuh terhadap risiko jangkitan dan membuatkan penyakit periodontal semakin teruk.
"Jadi mereka yang menghidap kencing manis selalunya juga mempunyai penyakit periodontal. Malah ada kajian yang mengatakan periodontitis memberi kesan ke atas kawalan gula dalam tubuh badan," terang Dr. Kim Chuan.
Beberapa kajian turut mengaitkan bengkak yang kronik dari periodontitis dengan masalah kardiovaskular, arteri tersumbat dan strok.
Beliau menerangkan, plak gigi mungkin berkaitan dengan plak yang melekat pada lapisan dalam pembuluh darah iaitu arteri. Ini menyebabkan arteri mengeras dan mengehadkan aliran darah.
Penghasilan arteriosklerosis itu diburukkan lagi dengan mendakan lemak dan kolesterol. Ini boleh berlaku di mana-mana arteri, terutama arteri jantung yang menyebabkan sakit jantung dan arteri otak yang menyebabkan strok.
Beliau menerangkan, penyelidik juga mendapati penjagaan oral yang kurang baik boleh meningkatkan risiko mendapat pneumonia jenis aspirasi.
Pneumonia jenis ini berlaku apabila seseorang tersedut bendasing seperti makanan atau cecair yang menyebabkan iritasi kepada paru-paru. Ini seterusnya menyebabkan jangkitan bernanah, keradangan dan sakit pneumonia.
Bakteria di mulut ekoran kaviti dan penjagaan oral yang tidak sempurna juga boleh tersedut ke dalam paru-paru dan menyebabkan pneumonia jenis itu, kata Dr. Kim Chuan. - Bernama

Khamis, 28 April 2011

Prince William to marry on 29 April


Prince William is to marry his long-term girlfriend Kate Middleton on Friday 29 April 2011. The ceremony will take place in Westminster Abbey. Prime Minister David Cameron said it would be "a happy and momentous occasion" and would be marked by a public holiday. In this picture the couple pose during a photocall at the State Apartments of St James's Palace in London to mark their engagement.
Prince William has given Kate Middleton his mother's engagement ring. According to William, the sapphire and diamond engagement ring was "my way of making sure my mother didn't miss out on... the excitement".
Prince William will marry Kate Middleton in Westminster Abbey. The abbey was the location for the weddings of the Queen and Queen Mother and was the venue for Princess Diana's funeral in 1997.
China-maker Aynsley has already produced a commemorative mug and plans to sell other bone china memorabilia, including a two-handled "loving cup"“ of the couple.
A commemorative mug from china-maker Aynsley, showing Prince William and Kate Middleton.
Prince Charles said he was "thrilled" by the engagement of his son Prince William and Kate Middleton. Speaking at his Poundbury model village in Dorset, the Prince joked: "They have been practising long enough."
The parents of Kate Middleton, Michael and Carole, make a statement on the engagement of their daughter to Prince William, outside their home near the Berkshire village of Bucklebury.
In this picture, William is accompanied by Kate at a ceremony at RAF Cranwell in April 2008, after the prince received his RAF wings from his father the Prince of Wales.
Prince William and Kate Middleton leave the wedding of their friends Harry Mead and Rosie Bradford in the village of Northleach, Gloucestershire in October 2010.
Kate Middleton, left, and the Duchess of Cornwall, watch from the Galilee Porch entrance at St George's Chapel, Windsor as Prince William joined other members of the Royal family as a Knight of the Garter in June 2008.
Kate Middleton at Prince William's Knight of the Garter ceremony in June 2008. William was formally appointed to the most senior British order of chivalry by his grandmother Queen Elizabeth II, in a ceremony at St George's Chapel. He became a Royal Knight Companion and the 1,000th knight in the register.
Prince William and Kate Middleton arrive for the first day of the Cheltenham Festival in March 2007.
(haihh! ini kan 'jidal' alatan untuk menjahit kelepet~kreatip sungguh) tapi sayang akan calarlah muka Kate Middleton tu! "OHH  NO"
 
A set of Kate Middleton thimbles that were up for auction on eBay at the time of the announcement of Prince William's engagement.
A selection of British national newspapers from the day after Prince William's engagement was announced.

Rabu, 27 April 2011

39 pegawai tadbir Terengganu bertukar


KUALA TERENGGANU 26 April - Seramai 39 pegawai tadbir negeri terlibat dalam rombakan terbaharu berkuat kuasa mulai 1 Mei ini.
Arahan pertukaran yang dikeluarkan kelmarin dan ditandatangani Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mazlan Ngah merupakan satu proses pertukaran biasa ekoran persaraan dan pengisian kekosongan jawatan.
Mereka yang terlibat termasuk seorang pegawai daerah selain beberapa pengarah dan penolong pengarah jabatan, ketua penolong kanan serta Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri.
Mendahului senarai ialah Pegawai Daerah Besut, Tuan Mamat Tuan Ngah dilantik sebagai Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) menggantikan Osman Muda yang bakal menjadi Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).
Perubahan berlaku disebabkan kekosongan jawatan ekoran persaraan wajib Pengurus Besar PMINT, Datuk Zakaria Awang.
Setiausaha Dewan Undangan Negeri, Abdul Rahim Jusoh dilantik sebagai Pegawai Daerah Besut. Penolong Kanan Setiausaha Kerajaan Negeri, Azhar Jusoh mengambil tempat Abdul. Rahim.
Omar Mat (Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut) ditukarkan sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Kuala Terengganu menggantikan Mat Arsad Mohamed yang dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama (Khidmat Pengurusan).
Ketua Pegawai Operasi Terengganu Integrity And Strategic Institute (T-ISSI), Mohd. Elias Nik dilantik sebagai Timbalan Pengarah PTG (Pengurusan), manakala Wan Ismail Sahaimi Wan Omar (Ketua Penolong Pentadbir Hulu Terengganu) dilantik sebagai Ketua Penolong Pentadbir Tanah Besut.
Ketua Penolong Pentadbir Tanah Marang, Jahani Ismail dilantik sebagai Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menggantikan Wan Mohd. Anuar Wan Endut yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah PTG (Pendaftaran).
Pegawai Jawatan Kumpulan Pejabat SUK, Wan Khalid Wan Jusoh pula dilantik mengisi kekosongan jawatan Penolong Pengarah Jabatan Bekalan Air.

JUARA FUTSAL PIALA MB


PASUKAN Pemuda Marang F dan pasukan Puteri Kuala Terengganu A meraikan kejayaan bersama selepas memenangi Piala Menteri Besar pada pertandingan Futsal Piala MB di Gong Badak, Terengganu, kelmarin.
Pemuda Marang F membawa pulang Piala Menteri Besar setelah muncul johan pada Pertandingan Futsal Piala MB di Gong Badak, dekat sini
kelmarin.
Pasukan Marang F membawa pulang wang tunai RM2,000 dan Hulu Terengganu H selaku naib juara RM1,000.
Bagi kategori Puteri, Kuala Terengganu A muncul juara diikuti Marang G dengan hadiah wang tunai yang sama.
Majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan anjuran bersama Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Terengganu itu disempurnakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Ekspo Perdagangan dan Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah Jumaat ini


ALOR SETAR 26 April - Lebih 30,000 orang dijangka menghadiri Ekspo Perdagangan dan Perhimpunan Melayu Perkasa Kedah di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti di sini yang berlangsung selama dua hari mulai Jumaat ini.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadual menyampaikan ucaptama pada Sabtu ini sempena perhimpunan anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah itu.
Yang Dipertua Perkasa negeri, Syed Osman Mansor berkata, program berkenaan yang bertemakan 'Perpaduan Melayu Teras Perpaduan Rakyat Malaysia' merupakan rentetan daripada dua perhimpunan sama dianjurkan pertubuhan berkenaan di Pasir Mas, Kelantan dan Pasir Salak, Perak sebelum ini.
Katanya, matlamat utama program ialah untuk memupuk semangat perpaduan yang kukuh di kalangan orang Melayu khususnya di negeri ini tanpa mengambil kira ideologi dan politik kepartian.
"Perkasa sedar dalam usaha menyatupadukan orang Melayu, usaha mendekati mereka amat perlu. Bagi menarik perhatian dan minat mereka, satu mekanisme perlu diadakan.
"Program seperti ini adalah antara kaedah terbaik bagi merapatkan mereka. Kami menjemput seramai mungkin pengunjung menghadirinya," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan penganjuran program berkenaan di sini semalam.
Hadir sama, Timbalannya, Zahran Abdullah dan Pengerusi Perkasa Kota Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail yang juga pengerusi penganjur program itu.
Syed Osman berkata, menerusi perhimpunan berkenaan, Perkasa berharap pertubuhan itu tidak hanya dikenali sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tetapi sebagai wadah perjuangan bagi membela nasib dan masa depan bangsa.
Menurutnya, program kali ini menampilkan kelainan kerana ia bukan sekadar perhimpunan tetapi turut mengadakan ekspo yang bakal disertai oleh 100 usahawan bagi mempamerkan produk dan perkhidmatan masing-masing.
Bagi memeriahkan program itu, pelbagai aktiviti menarik yang berkonsepkan kekeluargaan disediakan sepanjang dua hari berlangsung, antaranya pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, nyanyian lagu irama Melayu, pertunjukkan Muay Thai dan seni silat serta pertandingan mendeklamasikan sajak. 

UiTM Kampus Bandaraya diarah bina tembok batu


Gan Tian Loo (kiri) bersama seorang pengawal keselamatan melihat keadaan pagar yang mudah dibolosi penceroboh di asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM Bandaraya, Melaka, semalam.
MELAKA 26 April _ Kerajaan negeri mengarahkan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Bandaraya merobohkan pagar dawai di bahagian belakang asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM di sini dan digantikan dengan tembok batu.
Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Belia dan Sukan negeri, Datuk Gan Tian Loo berkata, tindakan itu perlu diambil segera bagi memastikan kejadian asrama wanita di situ diceroboh oleh seorang lelaki tidak berulang.
Menurutnya, pemeriksaan pihaknya di sekitar kawasan kediaman pelajar itu mendapati pagar dawai yang sedia ada tidak selamat dan mudah diceroboh.
''Pagar itu juga tidak tinggi dan mudah bagi penceroboh masuk. Keadaan kawasan persekitaran asrama juga sunyi dari pandangan masyarakat kerana pada bahagian belakangnya tidak ada rumah kediaman lain," katanya kepada pemberita selepas melawat sekitar asrama Kolej Siswi Tun Mutahir UiTM, di sini hari ini.
Menurut beliau, pihaknya mengadakan pemeriksaan di asrama wanita terbabit ekoran kejadian yang menimpa salah seorang pelajar wanita di situ yang dirogol dan disamun oleh seorang lelaki berusia 22 tahun minggu lalu.
Bagaimanapun, lelaki terbabit dijatuhi hukuman penjara 30 tahun dan 16 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Kata Tian Loo, kerajaan negeri juga meminta pihak pentadbiran asrama menambah lagi jumlah pengawal keselamatan di samping menyediakan loceng kecemasan jika berlaku kejadian jenayah di sekitar kawasan asrama.
Menurutnya, selain tumpuan keselamatan di asrama Kolej Tun Mutahir, pihaknya juga akan memantau perkembangan yang sama di semua asrama kediaman pelajar di negeri ini.
Sementara itu, seorang pelajar asrama Tun Mutakhir yang hanya mahu dikenali sebagai Ika, 22, berkata, selepas kejadian itu, dia dan rakan yang lain turut trauma.
''Kejadian yang berlaku tetap berlaku, jadi sebagai pencegahan kami hanya mampu memastikan semua pintu sentiasa dikunci rapat," katanya.

Status bujang punca ditolak


KUALA LUMPUR 26 April - Permohonan seorang ibu tunggal, Ramlah Abdul Rahman, 55, untuk mendapatkan rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) ditolak atas faktor dia berstatus "bujang".
Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Sukiman Surahman berkata, untuk memohon rumah PPR, seseorang itu mestilah berkelayakan dari segi pendapatan, berkahwin serta mempunyai tanggungan.
"Kita memang ada rekod permohonan daripada Ramlah tetapi terpaksa ditolak kerana dia menyatakan statusnya bujang dan tinggal bersama adik dan bukannya sebagai ibu tunggal yang mempunyai tanggungan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini mengenai nasib seorang ibu tunggal yang sudah lima tahun memohon rumah PPR, namun masih tidak diluluskan.
Laporan tersebut menceritakan bahawa Ramlah tinggal bersama adik dan dua orang anak adiknya di tapak gerai tempat dia berniaga yang merupakan tanah simpanan milik UDA Holdings.
Namun begitu, dia sudah diberikan notis untuk berpindah dari tapak itu selewat-lewatnya pada 1 Mei ini dan keadaan itu amat membimbangkannya kerana masih tidak memiliki tempat berteduh.
Mengenai permohonan adik Ramlah, Mohamad, Sukiman berkata, permohonan yang dibuat oleh Mohamad pula akan diproses.
"Jika dia layak untuk mendapatkan PPR ini, maka pihak DBKL akan meluluskan permohonan itu," katanya.
Beliau berkata, Ramlah disaran supaya membuat permohonan semula kerana dia merupakan seorang ibu tunggal dan mempunyai tanggungan.
"Kalau dia membuat permohonan berasingan dengan adiknya, maka masing-masing boleh mendapat rumah atas nama sendiri," ujarnya. 
Oleh NUR NAZLINA NADZARI

Guru hilang berjoging di Bukit Larut ditemui mati


NOORAZIEAH Zulkifli gagal mengawal emosi setelah mayat suaminya ditemui sehingga terpaksa ditenangkan saudara-mara dan anggota penyelamat di Bukit Larut, Taiping, semalam.
TAIPING 26 April - Seorang guru yang dilaporkan hilang semasa keluar berjoging seorang diri di Bukit Larut di sini, kelmarin, ditemui mati di sebuah gaung sedalam kira-kira 10 meter di kawasan bukit itu hari ini.
Mayat Abdullah Zubair Ismail, 27, dijumpai dengan kesan kecederaan di kepala oleh pasukan mencari dan menyelamat, kira-kira lima kilometer dari kaki bukit itu, pukul 11 pagi.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Mohd. Yusof Diah berkata, siasatan awal polis percaya guru Sekolah Menengah King Edward VII di sini itu tergelincir semasa mendaki laluan curam dan licin di dalam hutan Bukit Larut.
"Sebaik sahaja ditemui oleh anggota penyelamat, mayat dihantar ke Unit Forensik, Hospital Taiping untuk dibedah siasat," katanya kepada pemberita di pekarangan Hospital Taiping, di sini hari ini.
Abdullah dilaporkan hilang selepas dipercayai keluar berjoging di Bukit Larut pada pukul 10 pagi, kelmarin.
Isterinya, Noorazieah Zulkifli, 26, yang juga seorang guru memberitahu, kali terakhir dia bertemu Abdullah semasa suaminya menghantarnya pulang ke Tanjung Karang, Selangor, pada 18 April lalu.
Guru pelatih di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Burung, Tanjung Karang itu, berkata, Abdullah ada menyatakan hasrat untuk berjoging di Bukit Larut semasa menghubunginya pada malam Sabtu lalu.
"Saya tidak menggalakkan dia berjoging di Bukit Larut sebab tahu dia agak kepenatan. Semasa kali terakhir berhubung dengan dia pada pukul 8.30 pagi kelmarin, suami saya cakap mahu keluar sarapan.
"Saya tidak sangka dia tetap ke Bukit Larut sehingga diberitahu tentang kehilangannya pada pagi semalam," ujarnya.

Tiga panglima TLDM terima gelaran Datuk Pahlawan


Raja Dr. Nazrin Shah menganugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari kepada Mohd. Reza Mohd. Sany di Kuala Kangsar, Perak, semalam.
KUALA KANGSAR 26 April – Tiga Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dianugerahkan Darjah Datuk Pahlawan Taming Sari (DPTS) yang membawa gelaran Datuk Pahlawan sempena Ulang Tahun Keputeraan Ke-83 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di sini hari ini.
Mereka ialah Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional TLDM, Laksamana Pertama Zaaim Hasan; Asisten Ketua Staf Sumber Manusia Markas Tentera Laut, Laksamana Pertama Mohd. Reza Mohd. Sany dan bekas Ketua Staf Markas Armada TLDM, Laksamana Pertama Mior Rosdi Mior Mohd. Jaafar.
Zaaim sudah berkhidmat dengan TLDM selama 30 tahun manakala Mohd. Reza selama 31 tahun dan Mior Rosdi selama 34 tahun.
Selain itu, Penasihat Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Dr. Che Ismail Md. Zain pula menerima Darjah Paduka Mahkota Perak (PMP) manakala wartawan Utusan Malaysia, Ani Awang dan jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di Perak, Noraini Ahmad menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK).
Pada majlis penganugerahan hari ini, seramai 315 individu menerima darjah kebesaran serta pingat yang disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.
Mereka merupakan antara lebih 900 penerima darjah kebesaran serta pingat sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Perak Ke-83 tahun ini.

Hutang isi rumah negara tertinggi di dunia


PULAU PINANG 26 April - Nisbah hutang isi rumah kepada pendapatan boleh guna rakyat negara ini merupakan antara yang tertinggi di dunia dengan kadar 140 peratus.
Penasihat Khas kepada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), Dr. Michael Lim Mah Hui ketika mendedahkan perkara itu berkata, kadar tersebut jauh mengatasi Singapura dengan 105 peratus, Amerika Syarikat (123.3 peratus), Korea (101 peratus), Thailand (52.7 peratus) dan Indonesia (38 peratus).
Menurut beliau, pinjaman yang diambil bagi setiap isi rumah di negara ini pula adalah pada kadar 1.4 kali lebih tinggi berbanding pendapatan menyebabkan pendapatan boleh guna menjadi semakin sedikit.
"Nisbah bayar hutang isi rumah juga semakin meningkat iaitu 39.5 peratus pada 2008, 49 peratus (2009) dan menurun sedikit kepada 47.8 peratus pada tahun lalu yang menunjukkan hampir separuh daripada pendapatan isi rumah digunakan untuk membayar hutang.
"Oleh itu, tidak banyak lagi yang tinggal untuk dibelanjakan bagi makanan, pengangkutan, pendidikan dan kecemasan. Bagaimana jika pencari nafkah jatuh sakit atau hilang pekerjaan? Situasi akan menjadi sukar dan ini amat membimbangkan," katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Menurut Mah Hui, bahagian terbesar hutang isi rumah di negara ini adalah untuk membayar balik pinjaman perumahan diikuti pinjaman kereta, penggunaan peribadi, pembelian saham dan kad kredit.
Katanya, berbelanja menggunakan dana yang dipinjam boleh meningkatkan ekonomi tetapi ia juga boleh memperlahankan ekonomi apabila isi rumah dipaksa menahan perbelanjaan dalam usaha untuk membayar semula pinjaman mereka.
Justeru, katanya, kerajaan perlu mengetatkan peraturan sedia ada termasuk dalam urusan gadai janji dalam pasaran hartanah dengan meningkatkan bayaran pendahuluan yang minimum selain meningkatkan deposit dan mengurangkan tempoh pinjaman kereta.
"Kerajaan juga perlu menghentikan iklan bagi pinjaman dan kad kredit yang tidak telus mengenai kos yang terlibat. Semua ini mampu meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat, sekali gus membendung mereka daripada berhutang terlalu tinggi sehingga tidak mampu dibayar," katanya.

Waspada kapsul gelatin babi


KUALA LUMPUR 26 April – Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam memilih produk berkaitan farmaseutikal kerana kajian bioteknologi menunjukkan 15 peratus produk yang dibungkus dengan kapsul gelatin sebenarnya diperoleh daripada sumber babi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, dalam hubungan ini, pihak pembekal dan pengilang perlu bekerjasama dengan kerajaan dalam memastikan produk yang dikeluarkan perlu mempamerkan label kandungan bahan yang digunakan.
Kata beliau, berdasarkan akta sedia ada, kementerian melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat dan mengambil tindakan terhadap pembekal yang menjual produk seumpama itu.
“Tindakan hanya boleh diambil oleh Jakim jika produk berkenaan mempunyai logo halal atau apa-apa yang membawa maksud sama. Bagaimanapun, di bawah Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, setiap produk perlu mengisytiharkan sumber bahannya pada label.
“Kementerian tetap berusaha untuk menghalang situasi tersebut. Justeru itu, kita akan menggiatkan promosi maklumat kepada orang ramai selain mewujudkan akta halal yang kini dalam proses diperkemaskan sebelum dibentangkan nanti,” katanya ketika menjawab soalan Senator Muhamad Yusof Husin pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Jamil Khir berkata, sehingga kini sebanyak 141 syarikat farmaseutikal telah mendapatkan sijil halal bagi produk mereka dan orang ramai khususnya umat Islam boleh membuat semakan melalui laman web www.halal.gov.my.

“Kita tahu ramai yang keliru dengan label-label yang ada pada setiap produk kerana ia menggunakan istilah sains seperti porcine.
“Bagi mereka yang tidak tahu, ramai yang tidak mengendahkannya walhal istilah itu sebenarnya menunjukkan ia mengandungi bahan daripada babi,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang turut menjawab soalan berkaitan berkata, selain tuntutan agama Islam bahawa kandungan babi adalah bahan yang diharamkan, sumber bahan itu juga boleh mengakibatkan alahan kepada pemakai.
Kata beliau, kementerian boleh menggantung dan membatalkan lesen pembekal atau pengilang yang gagal memberi maklumat tentang kandungan ubat dan yang memberikan maklumat palsu.
Menurutnya, dasar kementerian adalah untuk memastikan produk yang dipasarkan dalam negara adalah produk yang berdaftar dengan kementerian melalui Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) dan bahagian penguat kuasa farmasi.
“Setakat ini kementerian bersedia untuk mengkaji logo halal bagi semua produk yang dikeluarkan oleh kementerian.
“Dalam pada itu juga, kita menggalakkan masyarakat untuk membuat rujukan terhadap notifikasi produk yang dipasarkan dengan laman web kementerian,” kata beliau.
Rosnah menjawab soalan ahli Dewan Negara, Senator Dayang Madinah Tun Abang Openg yang menyatakan bahawa produk kesihatan dan kosmetik yang terdapat di pasaran mengandungi bahan yang memudaratkan.
akhbar

Rumah mampu milik dibina di kawasan strategik


KUALA LUMPUR 26 April - Kerajaan akan memastikan semua rumah mampu milik yang dirancang tidak akan dibina di kawasan kurang strategik seperti di tempat-tempat terpencil.
Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin berkata, dalam usaha itu, kementerian akan mengambil kira faktor keperluan asas iaitu kemudahan hubungan, bekalan air dan elektrik.
"Sebenarnya rumah-rumah yang dibina oleh kerajaan negeri atau Persekutuan itu akan melalui kajian awal tentang lokasi, kemudahan prasarana seperti jalan raya, elektrik dan air terlebih dahulu.
"Kita tidak akan membina rumah mampu milik di kawasan terpencil kerana kita tahu ia tidak akan dibeli dan disewa oleh bakal pembeli," katanya ketika menjawab soalan Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.
Nor Hayati meminta penjelasan apakah kerajaan sedar tentang banyak rumah kos rendah kini dibina di kawasan kurang strategik sehingga menyebabkan lambakan rumah tidak terjual di kawasan berkenaan.
Lajim berkata, kementerian menyedari bahawa rumah mampu milik sering dilabelkan sebagai rumah orang miskin dan bagi menanganinya, kerajaan akan memastikan reka bentuk setiap rumah yang dibina adalah lebih menarik dan moden.
Menurut Lajim, dalam usaha memodenkan rumah mampu milik, kementerian turut memastikan setiap rumah akan dibina landskap dan panorama yang menarik selain taman untuk kanak-kanak.
"Sehingga kini, sebanyak 83,376 unit rumah mampu milik dibina di seluruh negara dan daripada jumlah itu, sebanyak 63,166 telah disiapkan dan sejumlah 15,800 masih dalam pembinaan.
"Sementara itu, 4,410 unit masih dalam perancangan dengan pembinaannya dijangka bermula selewat-lewatnya pada Julai nanti," kata beliau.
akhbar

Industri tempatan berpeluang tingkat nilai eksport ke Jepun


KUALA LUMPUR 26 April – Beberapa industri tempatan terutama kayu-kayan dan petrokimia berpeluang meningkatkan jumlah eksport ke Jepun apabila negara itu merancang membangunkan semula wilayah yang terjejas teruk akibat gempa bumi dan tsunami pada bulan lalu.
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, kerajaan Jepun memperuntukkan bajet tambahan sebanyak RM147 bilion untuk membangunkan semula wilayah terjejas bencana itu.
“Ia termasuk menyasarkan untuk menyiapkan kira-kira 60,000 buah rumah sementara di kawasan itu pada Jun ini,” katanya ketika menggulung perbahasan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata, industri petrokimia juga akan memperoleh manfaat jangka pendek apabila beberapa kilang petrokimia Jepun terpaksa ditutup atau beroperasi dengan kapasiti yang rendah.
Mukhriz berkata, Jepun merupakan rakan perdagangan terpenting di rantau Asia di mana perdagangan Malaysia ke negara itu telah mencatatkan purata peningkatan tahunan 3.2 peratus dari 2006 hingga 2010.
Tahun lalu, Jepun merupakan rakan dagangan dan destinasi eksport ketiga terbesar serta import terbesar Malaysia dengan jumlah dagangan antara kedua negara berjumlah RM132.8 bilion meningkat 23.3 peratus berbanding RM107.7 bilion pada 2009.
“Pada 2010, eksport Malaysia ke Jepun mencecah RM66.3 bilion manakala import bernilai RM66.5 bilion. Bagi tempoh Januari hingga Februari lalu pula eksport Malaysia ke Jepun adalah RM12.3 bilion manakala import RM10.3 bilion, meningkat 12.4 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu,” katanya. 
akhbar

Pandang tinggi bahasa Melayu


KUALA LUMPUR 26 April - Tanggapan segelintir masyarakat terutamanya golongan korporat yang hanya menggunakan bahasa Inggeris sebagai melambangkan kemajuan harus dibuang dari pemikiran golongan itu.
Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata, golongan itu sebaliknya harus memandang tinggi bahasa Melayu kerana ia melambangkan jati diri rakyat negara ini dan kemajuan yang dikecapi oleh negara sejak berkurun lamanya.
"Mereka beranggapan bahawa menggunakan bahasa Inggeris melambangkan golongan elit, tanpa mengetahui bahawa bahasa kita (bahasa Melayu) adalah antara bahasa paling unggul digunakan di serata dunia," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengenai segelintir rakyat di negara ini yang memandang remeh bahasa Melayu dan berasa malu untuk bertutur di khalayak ramai seolah-olah ia bukan bahasa kebangsaan.
Muhyiddin berkata, rakyat seharusnya lebih yakin menggunakan bahasa Melayu yang kini antara bahasa paling unggul digunakan di serata dunia.
Jelas Termuzi, rakyat terutamanya pelajar perlu disemai dengan perasaan cinta dan setia kepada bahasa Melayu bagi melahirkan generasi yang patriotik seterusnya menjadi pelapis kepada pejuang bahasa Melayu pada masa akan datang.
"Justeru itu, peranan orang ramai turut penting bagi menjamin penggunaan bahasa ini diutamakan seperti penduduk negara Perancis, Jepun dan China yang sangat sayangkan bahasa ibunda mereka," ujarnya.
Ketua Dua Gabungan Penulis Nasional (Gapena), Profesor Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar pula menyarankan kerajaan supaya memastikan Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa dimantapkan supaya masalah seperti itu tidak berulang lagi.
Tambahnya, jawatankuasa tersebut harus menjadi 'mata dan telinga' yang sensitif dengan perubahan masa dan teknologi yang menyumbang kepada kebanyakan kesalahan dan tanggapan negatif terhadap bahasa Melayu pada masa kini.
"Selain itu, semua pihak juga perlu peka dengan perkembangan di sekeliling kita supaya amalan mengutamakan bahasa Melayu ini menjadi budaya kita semua," katanya.
Dalam pada itu, Presiden Kesenian dan Kajian Media Malaysia (Semesta) Dr. Mahadi J Murat mencadangkan supaya diwujudkan program penguasaan bahasa Melayu 'tinggi' di peringkat masyarakat bagi memupuk perasaan bangga terhadap bahasa tersebut.
"Usaha meluaskan penggunaan bahasa Melayu tinggi sepatutnya menjadi inisiatif persatuan dan badan berkaitan bahasa supaya bahasa tersebut popular dan berkembang pesat," katanya lagi. 
Oleh MOHAMMED SOFIAN BAHAROM
akhbar

SITI NORDIANA: Rayyan peneman waktu senggang


SETELAH pemergian Allahyarham Faizal Yusup dan Allahyarham Achik Spin, dua insan yang begitu rapat dengan pelantun lagu Cinta Hanya Sandaran, Siti Nordiana Alias atau Nana mengakui, dirinya agak sepi.
Namun, kehadiran Muhammad Rayyan Nakhaie, 3, anak hasil perkahwinan bersama arwah Faizal sedikit sebanyak mampu menjadi peneman kesepian Nana di kala sunyi.
Jika mempunyai kelapangan, Nana sering membawa Rayyan ke pusat membeli-belah untuk membeli permainan permata hatinya itu.
"Itulah aktiviti yang selalu arwah bapanya lakukan ketika mereka keluar bersama.
"Untuk mengelakkan Rayyan terasa kehilangan bapanya, saya sering membawanya membeli permainan kesukaannya.
"Pada masa yang sama, saya boleh luangkan masa berkualiti bersama Rayyan setelah sibuk dengan karier seni," jelas Nana ketika bertandang ke Studio Utusan baru-baru ini.
Rayyan suka karaoke
SELAIN gemarkan permainan seperti robot dan kereta mainan, ia sesuatu yang menarik apabila Rayyan cukup menggemari aktiviti berkaraoke.
"Seronok melayan keletah Rayyan walaupun ia memenatkan. Sekurang-kurangnya, ia satu senaman buat saya apabila selalu mengejarnya ke sana-sini," seloroh Nana sambil tertawa.
Sekalipun usianya masih kecil, Nana memberitahu, Rayyan cukup suka apabila dibawa ke pusat karaoke.
Kata Nana, walaupun anaknya itu tidak pandai berkata-kata apatah lagi menyanyi, kerenahnya yang cukup aktif di pusat karaoke jelas membuktikan Rayyan begitu seronok.
"Lazimnya, akan ada seorang kawan yang menemani kami berkaraoke.
"Sekiranya salah seorang antara saya atau kawan sedang menyanyi, Rayyan akan melompat-lompat seakan-akan menari mengikut rentak lagu yang sedang dinyanyikan.
"Bagaikan tidak mengenal erti penat, Rayyan akan terus menari selagi muzik berkumandang," terang Nana yang muncul dengan album terbarunya berjudul Semakin Jelas terbitan syarikat rakaman FMC.
Ternyata, Rayyan umpama bintang yang menyinari hidup Nana setelah insan-insan yang pernah akrab dengannya suatu ketika dahulu pergi meninggalkannya buat selamanya.
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM
akhbar

Lagi filem seram ke pawagam


BULAN ini sahaja, sudah tiga filem bergenrekan seram ditayangkan di pawagam tempatan iaitu Dilarang Masuk pada 7 April lalu diikuti Senjakala (14 April) dan Penunggu Istana (21 April).
Terbaru, filem yang mendapat sentuhan dua pengarah muda, Pierre Andre dan Woo Ming Jin berjudul Seru bakal menemui penonton esok, 28 April.
Bagaimanapun, filem terbitan Tayangan Unggul Sdn. Bhd. (TUSB) dan Hanamia Services Sdn. Bhd. itu mempertaruhkan sesuatu yang amat berbeza berbanding filem seram lain apabila memperkenalkan teknik pengendalian kamera secara hand held (tanpa tripod) sepenuhnya menerusi shot-shot yang dipaparkan.
Pada sesi pratonton filem berkenaan di pawagam TGV Wangsa Walk Mall, Wangsa Maju baru-baru ini, Ming Jin menjelaskan, teknik hand held yang menghasilkan shot berbentuk slasher itu sudah lama diperkenalkan di negara-negara luar.
Katanya, dengan mempraktikkan teknik tersebut, ia sekaligus memberi kelainan terhadap filem Seru serta dijangka mampu menarik pencinta genre seram untuk menontonnya di pawagam.
"Ia adalah satu pendekatan baru yang kami gunakan untuk menyuntik elemen baru terhadap filem Seru supaya penonton tidak berasa bosan.
"Selaku pengarah, kami membuat kajian terhadap cita rasa penonton. Jadi, kami dapati, selera penonton selalu berubah-ubah.
"Oleh itu, kami yakin strategi kami ini akan berjaya membuatkan penonton memberi respons yang baik," ujar Ming Jin yang turut berkolaborasi bersama Pierre dalam menghasilkan lakon layar filem berkenaan.
Tambah pengarah filem Salon itu, peluang untuk mengarah sebuah filem bersama Pierre sungguh bermakna kerana anak bujang Khatijah Tan itu penuh dengan idea-idea menarik.
Dalam pada itu, pengarah muda Pierre memberitahu, filem Hollywood, Quarantine dijadikan bahan rujukan untuk mengarahkan filem Seru memandangkan filem berkenaan turut menggunakan konsep slasher.
"Idea untuk mengarahkan filem ini muncul apabila saya dan Ming Jin duduk bersama bagi menggarap sebuah filem berbentuk slasher yang masih asing di negara kita.
"Setelah mendapat idea, saya tidak berfikir panjang untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengarah apatah lagi Ming Jin boleh diibaratkan sebagai sifu dan idola saya dalam bidang pengarahan.
"Selepas mengadakan beberapa perbincangan dengan pihak TUSB, barulah mereka bersetuju untuk menjadi penerbit filem ini," jelas Pierre yang turut membuat penampilan istimewa dalam filem yang menelan kos pembikinan sebanyak RM1.48 juta itu.
Selain itu, tambah Pierre, gandingannya dan Ming Jin menghimpunkan idea yang lebih kreatif.
"Ketika penggambaran, saya lebih memberi tekanan terhadap aspek lakonan manakala Ming Jin lebih menitikberatkan aspek teknikal.
"Saya juga serasi bekerjasama dengannya dan bersedia untuk bergandingan sekali lagi jika diberi peluang," kata pengarah berusia 26 tahun itu.
Oleh MOHD. IFQDAR ABDUL RAHMAN
ifqdar.rahman@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN
akhbar

Fenomena Maharaja Lawak


DI kala kebanyakan program realiti televisyen (TV) berteraskan nyanyian semakin kurang mendapat perhatian, pertandingan lawak jenaka seperti Maharaja Lawak pula yang terus bertahan dan popular di hati para penonton ketika ini.
Ramai peminat yang mungkin bosan dengan program realiti TV nyanyian yang sekadar menampilkan kejutan-kejutan yang sudah boleh diduga, selain bakat-bakat pesertanya yang dikatakan cuma bertaraf penyanyi karaoke sahaja.
Maharaja Lawak yang merupakan lanjutan daripada rancangan Raja Lawak yang telah muncul menerusi saluran Astro Prima sejak lima tahun lalu di mana ia semakin mendapat sambutan menggalakkan para peminat sejak kebelakangan ini.
Rancangan itu misalnya, mencetuskan fenomena apabila bilangan penonton yang menyaksikannya semakin meningkat bukan sahaja melalui kaca TV tetapi juga sewaktu ia bersiaran secara langsung di Studio Finas, Hulu Klang, Selangor.
Setiap minggu, Studio Finas diserbu lebih 500 peminat yang ingin menyaksikan siaran langsung Maharaja Lawak sehingga menimbulkan suasana kecoh kerana studio itu hanya mampu menampung sekitar 300 penonton sahaja pada satu-satu masa.
Seawal pukul 3 petang setiap Jumaat pintu masuk di Finas itu dikerumuni para peminat lawak jenaka yang ingin menonton Maharaja Lawak dari dekat biarpun siaran langsung pertandingan itu hanya bermula pada pukul 10 malam.
Malah, ekoran sambutan di luar dugaan itu, Astro turut memindahkan siaran Maharaja Lawak daripada Astro Prima ke Astro Warna di mana ia memaksa para penonton melanggan pakej baru itu bagi menyaksikan pertandingan tersebut.
Itu adalah penangan pertandingan Maharaja Lawak yang membariskan juara-juara Raja Lawak termasuklah Yus, Nabil, Sepah, Kecik dan Man serta finalis lain yang sudah terbukti mempunyai gaya lawak dan pengikut masing-masing.
Perkembangan itu menunjukkan pertandingan lawak jenaka lebih mudah menarik perhatian para penonton berbanding nyanyian kerana ramai yang mungkin boleh menyanyi, tetapi untuk membuat orang ketawa ia bukanlah suatu perkara yang mudah dilakukan.
Apatah lagi, baik Raja Lawak mahupun Maharaja Lawak telah menunjukkan peningkatan potensi, bakat dan idea lawak jenaka yang dipersembahkan oleh para pesertanya ke suatu aras yang boleh dibanggakan sejak akhir-akhir ini.
Gaya lawak-lawak bodoh atau slapstik semakin kurang digunapakai oleh pelawak generasi muda dalam Maharaja Lawak, malah pada masa sama mereka juga menunjukkan kreativiti dan pengisian bahan-bahan lawak yang lebih cerdik.
Elemen kritikan dan penerapan perkembangan isu-isu semasa yang digarap oleh para peserta Maharaja Lawak secara tidak langsung menyuntik kesedaran para penonton dalam pada mereka ketawa menonton program tersebut.
Dalam hal ini, Astro haruslah lebih bijak mengambil kesempatan daripada fenomena yang sedang berlaku itu bukan sahaja bagi melonjakkan lagi bilangan para penonton, tetapi juga dalam usaha mengeksploitasi para peserta Maharaja Lawak.
Sepatutnya, Astro menyediakan ruang lebih luas supaya lebih ramai penonton dapat menyaksikannya pada setiap kali siaran langsung pertandingan itu diadakan, misalnya di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Sayangnya, apa yang berlaku sekarang ini mengecewakan para penonton kerana ramai yang tidak melanggan Astro Warna tidak berpeluang menonton Maharaja Lawak selain ruang di Studio Finas yang terhad.
Pada masa sama, promosi lebih banyak harus diadakan bagi mempromosikan Maharaja Lawak di samping tidak melupakan begitu sahaja para peserta Raja Lawak dari musim pertama hingga kelima selepas pertandingan itu berakhir.
Ini kerana, ramai di antara mereka yang amat berbakat biarpun tersingkir kerana kurang mendapat undian yang 100 peratus ditentukan oleh khidmat pesanan ringkat (SMS) para penonton di kaca TV.
Semua itu boleh menarik perhatian para penonton yang kini semakin tertarik dengan pertandingan lawak jenaka di mana pada masa sama ia mampu meningkatkan lagi kualiti dan bilangan pelawak dalam dunia hiburan tempatan.
Jika Astro tidak melakukan sesuatu bagi memanfaatkan Maharaja Lawak tetapi lebih sibuk mengambil kesempatan meraih kutipan daripada bayaran langganan, fenomena itu tidak membantu perkembangan lawak jenaka di negara ini.
Apatah lagi, lawak jenaka memerlukan idea persembahan yang sesuai dengan pemikiran semasa, sama ada ia mampu menjadikan para penonton semakin cerdik atau sekadar memperbodoh-bodohkan mereka sahaja.
akhbar

Isnin, 25 April 2011

Umrah makin popular


Jemaah umrah menziarahi makam golongan syuhada yang gugur di medan perang ketika mempertahankan Islam di Bukit Uhud.
KEADAAN ekonomi dunia Islam yang semakin baik memberi peluang kepada umat Islam mengerjakan haji dan umrah setiap tahun.
Walaupun kos mengerjakan haji dan umrah agak tinggi, umat Islam termasuk di Malaysia terus berlumba-lumba untuk ke tanah suci Mekah dan Madinah menunaikan ibadah haji dan umrah.
Mereka percaya menunaikan ibadah berkenaan tidak merugikan malah Allah membalasnya dengan menambah rezeki masing-masing.
Berdasarkan keyakinan inilah mendorong ramai jemaah umrah negara ini sanggup berkorban harta dan masa demi menyahut seruan Allah di Masjidil Haram sebagai tanda pengabdian mereka terhadap Pencipta Yang Maha Esa.
Masjidil Haram mempunyai kelebihan dan unik berbanding mana-mana tempat di dunia. Kemuliaan ini kerana ia terletak di bumi Makkah yang terdapat binaan Kaabah di dalamnya dan banyak dalil daripada al-Quran yang menyebut hubungkait antara Kaabah, Masjidil Haram serta Mekah secara umum.
Perkataan Masjidil Haram disebut sebanyak 15 kali dalam al-Quran yang menunjukkan kelebihan dan kemuliaan Masjidil Haram serta Mekah keseluruhannya.
Sehubungan itu ratusan ribu umat Islam membanjiri Masjidil Haram, Mekah dan Masjid Nabawi, Madinah pada setiap solat Jumaat terutama musim haji dan umrah.
Di samping menunaikan solat Jumaat dan solat fardu lima waktu di Masjidil Haram, pengunjung turut melaksanakan ibadah umrah.
Selain pengunjung daripada seluruh dunia, rakyat tempatan terutamanya dari Riyadh dan Kuwait membajiri Masjidil Haram untuk menunaikan solat Jumaat sekali gus menunaikan ibadah Umrah.
Penulis bersama 44 jemaah Malaysia yang menunaikan umrah dikendalikan TH Travel sempat meninjau keadaan di Madinah dan Mekah di sepanjang 14 hari, baru-baru ini.
Keadaan cuaca yang tidak begitu panas amat selesa kepada jemaah di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi melaksanakan ibadah.
Ketika tiba di Madinah penulis bersama jemaah lain sempat solat lima waktu di Madinah selama tiga hari di samping melakukan solat sunat di Raudah yang dikatakan salah satu taman di syurga dan tempat doa yang paling mustajab.
Selepas itu jemaah menziarahi makam Rasulullah selain makam Khalifah Islam Pertama, Saidina Abu Bakar Al Sidek dan Khalifah Kedua, Umar Al-Khattab.
Sebelum berangkat ke Mekah pada pukul 3 petang hari keempat (24 Mac 2011), jemaah dibawa melawat ladang unta dan pasar kurma.
Di Bir Ali jemaah memakai ihram dan berniat umrah sebelum meneruskan perjalanan enam jam menuju Mekah.
Sepanjang jalan jemaah mengambil kesempatan tidur dan berehat sehingga sampai ke Kota Mekah pada pukul 9 malam.
Selepas menyimpan beg pakaian di hotel yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari Masjidil Haram, jemaah bersama-sama melaksanakan ibadah tawaf dan saie yang menjadi syarat wajib untuk ibadah umrah.
Seorang jemaah, Siti Zabidah Setia, 52, berkata, beliau bersama suami mengambil masa kira-kira dua jam mengelilingi Kaabah dan saie.
“Kami menyelesaikan ibadah ini pada kira-kira pukul 2 pagi dan pulang ke hotel penginapan untuk berehat dan tidur sementara menunggu waktu solat subuh,” katanya.
Humaidi Hasan, 47, yang menunaikan haji pada tahun 2003 juga puas hati mengikuti rombongan umrah itu.
Katanya, bersama-sama dengan jemaah lebih muda usianya beliau berkesempatan masuk ke Gua Hira’ tempat Rasulullah mula-mula menerima wahyu Allah melalui Malaikat Jibril.
“Kami juga sempat mendaki bukit menuju Gua Tsur dengan menimba pengalaman yang tidak mudah dilupakan sepanjang hayat,” katanya.
Selain itu, para jemaah turut melawat Bukit Rahmah yang dikatakan tempat pertemuan Nabi Adam dan Hawa setelah berpisah dari syurga beratus tahun lamanya.
Sementara itu, Ketua Rombongan TH Travel, Akmar Abdul Rahim berkata, selain kemudahan kapal terbang dan penginapan, anak syarikat Lembaga Tabung Haji (LTH) turut menyediakan makan dan minum jemaah di premis hotel sama ada di Madinah mahupun Mekah.
Katanya, pelaksanaan ibadah umrah kali ini berjalan lancar walaupun ada beberapa cabaran yang terpaksa dilalui jemaah.
“Kebanyakan jemaah gembira kerana dapat menjalankan ibadah umrah dengan jayanya di samping berdepan pelbagai dugaan Allah,” katanya.
Oleh AZMI ABDUL MALEK
sumber

Kutukan bawa Marc kepada Islam


Tidak pernah dalam hidupnya sebelum ini ada sebarang ruang untuk Islam. Lebih-lebih lagi bapanya sendiri sering mengutuk dan menyerang dengan pelbagai kata-kata yang anti-Islam. Maka, sebagai anak ia sudah tentu memberi kesan terhadap Marc Springer.
Sementelah si bapa merupakan anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang tegas dan tidak boleh dikompromi. Maka si anak hanya menurut sahaja sebagaimana bentuk acuannya.
Namun tegas si bapa sebenarnya tidak bertempat. Ketika dia menyerang Islam, dirinya sendiri hidup dalam keadaan tunggang-langgang.
Kaki botol, panas baran dan sering menyebabkan seluruh keluarganya hidup dalam ketakutan. Ini menyebabkan Marc terpaksa mencari 'keluarga' baru di luar.
Tetapi keluarga baru di luar itu hanya membawa kepada kerosakan dan kebinasaan apabila Marc akhirnya dibesarkan dalam pengaruh kumpulan skinhead.
Dia sendiri menjadi ketua kumpulan yang terkenal dengan pelbagai pendirian pelik dan melawan arus itu. Dia akan melakukan apa sahaja mengikut nafsu.
Sehinggalah seorang rakan berbangsa Mexico pernah berkata: "Buat apa kamu buang masa dengan kumpulan yang tidak tentu hala itu sedangkan kamu sebenarnya seorang yang jauh lebih baik daripada mereka, kalau kamu tahu."
Namun kata-kata itu tidak dapat membunuh kebencian dan rasis yang tumbuh segar dalam dirinya.
Apabila perangai bapanya tidak pernah berubah malah bertambah teruk, Marc terus membuang dirinya keluar dari rumah.
Tidak ada keperluan untuknya pulang kepada keluarga kecuali Marc hidup bergelumang dan menjadi hamba kepada botol-botol arak, najis dadah dan sentiasa mencabar undang-undang.
Namun akhirnya buat pertama kali dalam hidupnya, iaitu ketika usia menginjak 23 tahun Marc mula 'memanfaatkan' kurniaan yang paling berharga dalam dirinya iaitu akal.
Beliau banyak bertanya kepada diri sendiri apakah kesudahan hidupnya itu. Ia secara langsung mengheret Marc kepada persoalan agama.
Ketika itu Marc sudah berkahwin dengan wanita yang sealiran dengannya - anggota skinhead. Walaupun sealiran namun terdapat perbezaan antara mereka berdua.
Ini apabila Marc cuba menangkis segala macam persoalan yang menyerang itu dengan amalan membaca.
Benarlah membaca itu merupakan jambatan ilmu. Ia berjaya membuatkan Marc meninggalkan watak-watak luaran dan dalaman skinhead dengan mempunyai ribuan koleksi buku dari karya penulisan falsafah Kant, Descartes kepada Tariq Ramadan sehingga kepada Edward Said.
Kebetulan pula pada saat itu, berlaku kebangkitan intifada di Palestin. Sebelum ini sebagaimana bapanya sendiri, Marc amat menyokong penubuhan negara haram Israel di wilayah Islam Palestin.
Walaupun mereka bukannya berbangsa Yahudi tetapi akibat kebencian terhadap bangsa Arab dan Islam menyebabkan Marc menyokong Israel.
Tetapi tidak lagi kini, Marc memberi sedikit peluang terhadap isu itu dengan cuba mengkaji semula konflik tersebut secara lebih dekat.
Beliau mula membaca sejarah Asia Barat dan perkembangan politik kebangsaan yang berlaku di wilayah itu. Namun Marc menghadapi kesukaran untuk memahaminya.
Sebabnya, syarat utama memahami konflik itu ialah perlu memahami agama-agama yang terlibat terutamanya Islam.
Lalu buat pertama kali Marc membuka hati mengenali Islam terutama dalam aspek sejarah dan kepercayaan.
Sesuatu yang tidak pernah diduga sebelum ini namun Marc lebih bergantung kepada sumber bacaan menerusi buku dan Internet.
Susunan SITI AINIZA KAMSARI
sumber

Pertandingan nyanyian warga emas


NORA dan Sohaimi Mior Hassan akan menjadi juri Kilauan Emas.
SEBAGAI saluran televisyen berbayar, Astro melalui saluran Prima sentiasa berusaha memenuhi citarasa para penonton seperti menganjurkan pertandingan nyanyian yang dikhususkan untuk peserta berusia 45 tahun ke atas.
Tidak keterlaluan jika dikatakan pertandingan nyanyian yang diberi nama Kilauan Emas itu bukan sahaja untuk golongan tua, malah ia juga mampu mencetuskan fenomenanya sendiri kerana ia julung-julung kalinya diadakan oleh stesen televisyen.
Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani berkata pertandingan itu bukan setakat mempelbagaikan pertandingan nyanyian tetapi ia juga bertujuan memberi peluang golongan peserta terbabit dalam bidang nyanyian.
"Biasanya pertandingan nyanyian menghadkan umur pesertanya daripada 18 tahun hingga 45 tahun. Tetapi kali ini ruang itu dibuka lebih luas di mana semakin ramai peserta boleh menyertainya biarpun ia dalam kategori dewasa.
"Kilauan Emas merupakan testimoni saluran ini dalam menawarkan program-program hiburan beraneka genre dan format untuk tontonan para penonton saluran ini," katanya pada pelancaran prtandingan itu di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Rancangan itu yang akan memulakan sesi uji bakatnya mulai 7 Mei hingga 29 Mei ini di Johor Bahru, Kuantan, Shah Alam dan Pulau Pinang itu turut menyediakan dua pengkritik tetapnya iaitu penyanyi Sohaimi Mior Hassan dan Nora.
Kilauan Emas yang menyediakan hadiah wang tunai RM20,000 untuk juaranya, RM15,000 (naib johan) dan RM10,000 (tempat ketiga) kata Nizam secara tidak langsung turut mengambil kira bakat golongan tua dalam bidang nyanyian.
Sesuai dengan kalangan peserta golongan tua dalam Kilauan Emas, lagu-lagu yang diwajibkan pada pertandingan itu juga terdiri daripada lagu-lagu retro yang pernah popular pada era tahun-tahun 1970-an dan 1980-an.
Antara lagu yang akan dinyanyikan oleh para peserta berjudul Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu (Ramlah Ram), Di Persimpangan Dilema (Nora), Seri Dewi Malam (Sharifah Aini), Gerhana (Kembara) dan Widuri (Broery Marantika).
Lagu-lagu lain yang turut disediakan berjudul Ku Pendam Sebuah Duka (Khatijah Ibrahim), Sampaikan Salam Cintaku (Alleycats), Epilog Cinta (Sohaimi Mior Hassan), Akhirnya Kini Pasti (Anita Sarawak) dan Sejati (Wings).
Pertandingan yang mengangkat para pemenangnya 100 peratus atas pilihan para juri itu mengambil kira mutu suara peserta dan persembahan.
"Memandangkan mereka (peserta) terdiri daripada golongan dewasa dan warga emas, kami tidak menitik beratkan soal imej kerana mereka bukannya seperti anak-anak muda yang lebih mempunyai ruang untuk berfesyen.
"Sebaliknya, apa yang diberi keutamaan ialah daripada segi vokal dan persembahan," katanya.
Sementara itu, penyanyi Sohaimi Mior Hassan sebagai seorang pengkritik Kilauan Emas, berkata, dia mengambil kira soal umur dan kesesuaian kritikan terhadap para peserta sebelum menghamburkan apa-apa juga kritikan pada pertandingan tersebut.
Penyanyi berusia 54 tahun itu seakan-akan memahami sensitiviti para peserta yang sudah berusia dan cuba mengelakkan kontroversi selain tidak mahu mereka berkecil hati dengan kritikannya.
"Saya juga hampir mencecah ke usia emas, jadi saya faham akan rasa sensitif golongan ini apabila mereka dikritik terutamanya di hadapan orang ramai," katanya.
Sementara itu, Nora tidak berasakan Kilauan Emas sebagai suatu pertandingan yang harus terikut-ikut dengan program realiti nyanyian lain yang lebih difokuskan untuk golongan muda daripada segi imej dan persembahan.
Sedangkan katanya, dalam apa-apa juga pertandingan nyanyian perkara yang paling diutamakan ialah suara dan bakat menyanyi yang mampu mencetuskan sensasinya sendiri.
"Bagi saya yang paling utama ialah persiapan para peserta daripada segi vokal dan persembahan. Sebagai peserta yang sudah berusia bukan fesyen atau penampilan yang harus diutamakan tetapi kesesuaian sewaktu menyanyi," komennya.
Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar JEFFRI IRAN
sumber

Ahad, 24 April 2011

Menghindar daripada dosa


Antara sifat semulajadi manusia adalah mudah leka, terpedaya dan tunduk kepada keinginan hawa nafsu hingga menyebabkan mudah terjebak melakukan perkara yang melanggar hukum Allah SWT.
Sebagai umat Islam kita dididik supaya sentiasa memelihara diri agar tetap menjadi orang yang beriman dengan mentaati perintah Allah dan menjauhi larangan-Nya.
Oleh itu kita hendaklah menanamkan dalam diri sifat sentiasa takut untuk berbuat dosa kerana akibat dari melanggar perintah Allah seperti tidak bersolat, tidak berpuasa, tidak menunaikan zakat, berjudi, berzina, melakukan rasuah, penipuan dan sebagainya. Kita bukan sahaja mendapat dosa bahkan dibenci oleh Allah.
Akibat daripada perbuatan berkenaan hati menjadi gelap, ditutup pintu rezeki, doa tidak dimakbulkan dan lebih buruk lagi mendapat azab seksa di akhirat.
Sesungguhnya azab dan kemurkaan Allah terhadap orang yang melakukan dosa banyak diceritakan dalam al-Quran dan hadis.
Akan tetapi masih ada juga di antara kita yang melakukan perbuatan mungkar dan maksiat dengan sengaja.
Bahkan lebih buruk lagi melakukannya secara terang-terangan.
Persoalannya, apakah yang menyebabkan sebilangan orang masih berani terus melakukan dosa sedangkan mereka tahu bahawa setiap perbuatan dosa pasti ada balasannya.
Ini mungkin kerana mereka belum menerima balasan akibat dari perbuatan dosa yang dilakukan. Maka mereka terus lalai dan tidak takut untuk terus berbuat perbuatan yang berdosa.
Ingatlah jika seseorang itu telah berbuat dosa dan tidak menerima balasannya di dunia ini, jangan fikir dia akan terlepas daripada menerima hukuman Allah.
Firmah Allah yang bermaksud: Katakanlah wahai Muhammad, sesiapa yang berada di dalam kesesatan biarlah Allah Ar-Rahman melanjutkan baginya satu tempoh yang tertentu hingga apabila mereka melihat apa yang dijanjikan kepada mereka sama ada azab sengsara dunia ataupun azab kiamat, maka pada saat itu mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lebih buruk kedudukannya dan lebih lemah penyokong-penyokongnya. (Maryam: 75)
Kita ambil contoh orang yang rasuah, makan riba ataupun penipuan dalam berniaga. walaupun mereka mendapat keuntungan wang ringgit, hartanya bertambah, hidup mewah, perbuatannya tidak diketahui dan terlepas daripada tindakan pihak berkuasa dan sebagainya, namun balasan akibat perbuatan dosanya tetap ada.
Mungkin dia selamat di dunia tetapi dia tidak akan terlepas dari menerima pembalasan azab seksa neraka di akhirat kelak. Kita juga jangan lupa bahawa hasil pendapatan daripada sumber yang haram juga boleh mengakibatkan dirinya, anak, isteri dan ahli keluarganya menderita kerana setiap suap dari sumber yang haram, maka api nerakalah balasannya.
Agama Islam adalah agama persaudaraan yang menyuruh kita saling bantu-membantu dan saling menasihati ke arah kebaikan supaya kita dapat menjalinkan kehidupan di dunia ini dengan aman, bahagia dan bersatu-padu.
Islam juga mengajar kita menegakkan amar makruf nahi mungkar iaitu menyuruh ke arah berbuat kebaikan dan mencegah mungkar.
Maka ke arah memelihara diri dari terus melakukan dosa, kita juga dituntut untuk memelihara keluarga, jiran, rakan dan masyarakat amnya dari melakukan sebarang perbuatan yang berdosa sama ada dengan memberi nasihat, teguran dan sebagainya.
Ketahuilah jika perbuatan mungkar dan maksiat berleluasa di sebuah tempat, tidak mustahil Allah akan menurunkan bala dan azab kepada mereka.
Kita ambillah iktibar daripada peristiwa yang berlaku kepada umat terdahulu yang hancur akibat perbuatan dosa dan maksiat.
Sebagai contoh, peristiwa yang berlaku kepada kaum Nabi Lut yang telah mendustakan kerasulan Nabi Lut a.s dan mengamalkan perbuatan terkutuk dengan mengadakan hubungan sejenis sesama lelaki untuk memuaskan nafsu syahwat.

sumber

Remaja dan kesedaran berpahala


KESEDARAN berpahala adalah sifat rohaniah murni yang meletakkan remaja yang mampu membezakan yang baik dengan yang buruk terhadap percakapan dan amalan.
Rasa berdosa juga adalah sifat yang sentiasa menghubungkan diri dengan Allah. Ia subur dalam diri remaja yang mampu membezakan makruf dan mungkar, dosa dan pahala, baik dan buruk akan sesuatu.
Al-Quran dalam surah Al-Hujurat ayat ke 13 memberi pedoman manusia yang terbaik di sisi Allah adalah orang yang memiliki rasa ketuhanan yang tinggi. Rasa ketuhanan yang tinggi mempunyai talian dengan konsep muttaqin.
Orang-orang yang bertakwa adalah orang-orang yang berakhlak. Akhlak merupakan sesuatu yang sangat penting bagi manusia terutama remaja. Orang yang memiliki akhlak yang tinggi mempunyai daya ihsan yang tinggi jua.
Ihsan seperti sabda Rasulullah adalah apabila kita melakukan kebaikan kerana Allah walaupun kita tidak melihat Allah tetapi kita yakin Allah melihat kita. Inilah asas yang paling pokok membezakan Islam dengan bukan Islam. Orang-orang yang mempunyai ihsan yang tinggi sentiasa berbuat pahala.
Pahala adalah dorongan daripada Allah untuk kita melakukan kebaikan menghindari kejahatan menyuburkan yang makruf menghindarkan kemungkaran melakukan kebaikan dan mencegah kejahatan.
Remaja yang berpahala sentiasa sedar bahawa jika kemungkaran yang dilakukan, kefasadan yang dikerjakan dan keburukan yang dilakukan akan meletakkan dirinya dalam keadaan berdosa.
Remaja yang berdosa akan mengalami rasa bersalah terhadap Allah. Rasa bersalah yang ada pada remaja menyebabkan hilang keyakinan pada diri dan hilang arah dalam kehidupan. Membina jiwa berpahala adalah sesuatu yang mesti bermula sejak awal umur lagi.
Apabila remaja menerima pesan ibu bapa supaya jangan melakukan dosa ia bermakna terkait dengan kehidupan remaja sendiri. Kalau remaja bergelumang dengan dosa dan kesalahan, ia ibarat titik-titik hitam yang melekat pada hati remaja. Titik-titik hitam itu apabila terhimpun banyak pada hati remaja ia akan terhijab daripada petunjuk Allah.
Remaja yang berpahala ibarat mempunyai suluh pada diri yang mampu membezakan baik buruk akan sesuatu. Jika jalan yang makruf dijadikan pilihan. Ia bakal menjadi memimpin diri remaja hidup yang lebih bermakna.
Asas-asas seperti amanah, jujur, ikhlas, dan bijaksana amat dekat dengan jiwa orang-orang yang berpahala.
Sekiranya remaja mentaati titah perintah Allah bermakna jalan hidupnya adalah terang benderang. Sekiranya jalan berdosa yang dipilih jalur hidup yang bakal ditempuh akan membawa remaja ke jalan hidup yang gelap gelita.
Para remaja hari ini berdepan dengan pelbagai cabaran hidup, ada jalan hidup yang berpahala dan ada yang berdosa.
Yang memberikan pertimbangan kepada remaja, sama ada melakukan perkara yang berpahala atau sebaliknya ialah pedoman dan ilmu yang dirujuk dari Allah SWT. Sifat amanah contohnya amat penting kerana ia menjadikan remaja orang yang berpahala.
Amanah diri kepada Allah bakal menjadikan remaja orang-orang yang tunduk, patuh dan akur. Remaja yang memiliki sifat demikian sentiasa mengambil pertimbangan Allah dalam percakapan, pemikiran dan tingkah laku.
Remaja seperti itu akan memiliki jiwa yang tenang, aman dan mampu menenangkan serta memberikan keamanan pada orang lain.
Jiwa yang keliru dan celaru boleh membawa remaja kepada kerosakan sikap dan pekerti. Oleh itu amat penting para remaja dididik dengan kekuatan ilmu dan ketinggian peribadi kerana ilmu yang benar datangnya dari Allah. Sumber peribadi yang tinggi menjadi sumber contoh kepada orang lain.
Oleh NURUL IZZAH SIDEK
sumber

Mudahnya kita mencari pahala


           PADA hari ini, antara sebab remaja mudah terpengaruh dengan rakan sebaya adalah kerana para remaja tidak memiliki rasa berdosa terhadap sesuatu yang dilakukan. Rasa berpahala yang tinggi menjadi dorongan yang kuat bagi remaja kerana proses pembentukan watak remaja sebagai orang yang berpahala bakal menjadikannya orang yang dewasa dahagakan pahala juga. Remaja yang lazim melakukan dosa akan terbiasa dengan perbuatannya dan apabila melakukan dosa, remaja menganggap ia perkara biasa. Perkara biasa itu apabila terus diamalkan ia bakal membentuk wataknya sehingga dewasa. Oleh itu, para remaja harus mendidik dirinya supaya memiliki sifat berpahala kerana ia merupakan amal yang boleh berlaku dengan mudah. Menegur sapa orang tua dan berumur dengan panggilan 'pakcik' atau 'makcik' adalah berpahala. Membuang sampah di laluan orang ramai, ia amalan yang berpahala. Membantu orang yang susah dan memerlukan pertolongan adalah perbuatan berpahala. Menaiki kenderaan dengan mematuhi peraturan jalan raya juga memberikan pahala kepada remaja. Pokoknya, pahala itu terdapat di mana-mana asal sahaja di hati remaja sentiasa mengharapkan pahala itu adalah suatu bentuk dorongan untuk remaja melakukan kebaikan pada diri dan orang lain. Remaja yang merasa tidak berdosa akan melakukan keburukan adalah remaja yang mati rasa. Mati rasa bermaksud hilang kepekaan kepada diri seseorang tentang halal haram sesuatu perkara, buruk baik sesuatu perbuatan dan tidak melihat bahawa kebaikan yang dilakukan terhadap diri dan orang lain membawa manfaat besar kepada remaja suatu hari nanti. Katakanlah remaja bakal menjadi dewasa dengan kelaziman melakukan hal-hal yang berdosa, kemudian mendirikan rumah tangga, isteri dan anak-anak bakal menerima padah daripada kelaziman tabiat ibu bapanya. Ibu bapa akan gagal menjadi contoh terbaik kepada anak-anak. Anak-anak bakal terpengaruh dengan pekerti ibu bapanya. Bayangkan ia jika diatasi akan anak cucu dan cicit bakal mewarisi golongan -orang yang terdahulu daripadanya. Sebab itu penting bagi remaja memulakan kehidupan dengan membina perasaan berpahala dan rasa berdosa yang tinggi supaya remaja mempunyai pedoman dan bimbingan nilai-nilai yang baik sejak kecil. Apabila tabiat rasa berpahala ini menjadi darah daging dalam tabiat seseorang remaja ia adalah petanda yang baik untuk hari depan. Saidina Ali memberi gambaran corak generasi dan kepimpinan umat masa depan terlihat dengan pekerti anak-anak masa kini. Jika anak-anak remaja menggila budaya popular juga pengaruh teknologi komunikasi yang merosakkan, ia bakal cenderung terhadap kebatilan. Jika ini berlaku, kerosakan bakal terjadi terhadap kepimpinan dan kepengikutan umat Islam pada masa depan. Oleh sebab itulah Saidina Umar Al-Khattab berpesan agar kita mendidik remaja mengikut kesesuaian zamannya. Ia bermaksud zaman kini perubahan dalam bidang pemikiran Islam, budaya Islam dan cara hidup Islam sering terhubung dengan kemurnian akidah, resam syariat, kekuatan ibadah yang dilakukan terhadap para remaja. Ia bakal menghasilkan remaja budiman yang berlumba-lumba ingin melakukan kebaikan dan kemakrufan. Remaja beginilah yang nantinya bakal memimpin umat dan mampu menawarkan jawapan kepada cabaran umat pada masa kini dan masa depan. Membuat baik kepada diri dan orang lain kerana mengharapkan pahala semata-mata tidaklah salah kerana sebagai manusia yang banyak kesalahan, pahala menjadi ganjaran dan dorongan melakukan kebaikan. Rasa berpahala mendorong remaja untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dalam hidup. Apabila rasa berpahala sudah sebati dalam hidup remaja dan setiap amalan yang dilakukan adalah kerana mencari keredaan Allah semata-mata, maka remaja akan menjadi orang yang sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dan tuntutan syariat.

sumber

PM Singapura belum mahu sistem dua parti


SINGAPURA 22 April - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong yang telah mengisytiharkan pilihan raya pada 7 Mei ini, berkata negara republik pulau itu belum bersedia untuk memiliki sistem politik dua parti. 

Parti Tindakan Rakyat (PAP) pimpinannya, yang telah memerintah Singapura sejak merdeka pada 1965, boleh diduga akan memenangi pilihan raya.

Namun, para penganalisis berkata, parti itu tidak mungkin dapat mengulangi pencapaian besar pada pilihan raya 2006 apabila ia meraih 82 kerusi daripada 84 yang ditandingi dengan meraih undi dua pertiga.

Dua kerusi pembangkang dimenangi oleh Low Thia Khiang iaitu Setiausaha Agung Parti Pekerja Singapura dan Chee Soon Juan, Setiuasaha Agung Parti Demokratik Singapura.

''Untuk membentuk pembangkang sebagai teman berlawan, ya anda boleh melakukannya.  

Untuk membentuk pembangkang untuk menjadi persediaan bagi anda bertukar, itu adalah cadangan lain sama sekali.

''Anda sentiasa boleh membentuk dua pasukan. Soalnya, apakah kualitinya? Apakah mereka akan menjadi sebaik pasukan 'semua bintang' anda?,'' katanya dalam wawancara dengan akbar Straits Times hari ini.

Hsien Loong berkata, sistem dua parti boleh memecah-belahkan untuk sebuah negara yang memiliki berbilang kaum.

''Apakah yang membahagikan dua kumpulan penyokong ini? Apakah bangsa? Ia amat berbahaya. Apakah ia kelas? Ia mungkin, seperti di United Kingdom, tetapi ia tidak bagus untuk Singapura. Apakah dasar-dasar? Saya rasa tidak mungkin kerana di Singapura, anda tidak mempunyai pilihan dasar untuk dibuat.

Parti pembangkang Singapura yang kecil bilangannya akan bertanding di semua atau hampir kesemua 87 kerusi yang dipertandingkan bulan depan, lapor media tempatan.

Pada pilihan raya sebelum ini, PAP yang berkuasa, telah memenangi sebilangan besar kerusi tanpa pertandingan disebabkan pembangkang gagal meletakkan calon mereka.

Hsien Loong yang merupakan anak kepada pengasas Singapura iaitu Lee Kuan Yew, juga berkata, isu-isu seperti inflasi dan harga hartanah juga boleh memberi impak dalam pengundian.

Beliau bagaimanapun tidak mahu mengulas panjang mengenai potensi PAP dalam pilihan raya kali.

''Saya rasa 66 peratus adalah angka yang sangat tinggi,'' katanya yang merujuk kepada peratus undi yang diperolehi PAP pada 2006.

''Sama ada kita akan mencapai paras itu, saya tidak boleh kata,'' katanya. - REUTERS

Pembangkang Singapura berkempen guna Internet


SINGAPURA 22 April - Apabila parti pemerintah, Parti Tindakan Rakyat (PAP) memperkenalkan seorang wanita berusia 27 tahun sebagai muka baru calon parti itu bagi pilihan raya umum bulan depan, ia berharap dapat menarik sokongan pengundi muda.
Namun, ia tidak berlaku seperti yang diharapkan apabila calon tersebut, Tin Pei Ling yang bekerja sebagai seorang jururunding dan PAP menjadi sasaran kritikan umum di Internet.
Pei Ling telah disindir dan dikutuk dalam pelbagai aspek termasuk loghat bahasa Inggerisnya dan gambarnya memegang beg berjenama mewah di laman Facebook.
Pilihan raya umum Singapura pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan sengit selepas pengharaman berkempen melalui Internet dibatalkan.
Namun iklan pilihan raya kekal diharamkan melalui media cetak dan media penyiaran, parti pembangkang yang hanya memegang dua daripada 84 kerusi Parlimen, menggunakan Internet untuk menarik perhatian 2.35 juta pengundi.
PAP yang memerintah Singapura sejak 1959 juga menggunakan Internet dan jaringan sosial untuk mengekalkan kuasa dengan lebih 200 video yang disiarkan di laman web selain gambar para menteri bersama bayi dijadikan gambar profil laman masing-masing.
Walaupun kempen pilihan raya hanya bermula secara rasmi minggu depan, semua parti politik menggunakan Facebook, Twitter, blog dan laman web mereka sejak beberapa bulan lalu untuk mempromosikan platform dan calon mereka.
‘‘Ahli dan parti politik secara am sangat aktif di media sosial terutama Facebook dan Twitter yang sangat popular di Singapura,’’ kata pengasas bersama firma perisikan perniagaan di talian Brandtology, Kelly Choo. – afp

Rahsia Ratu Rock Ella


SENYUMAN yang sentiasa terukir di bibir mulus Ella membuatkannya kelihatan ceria.
JIKA tidak mengenali Ratu Rock negara Ella, pastinya kita tidak akan menyangka usianya telah melepasi angka 40. Gaya, penampilan dan sifat manja Ella atau nama sebenarnya Nor Zila Aminuddin membayangkan dirinya masih `muda’. Namun pada hakikatnya, usia penyanyi lagu Rama-Rama itu hampir mencecah 45 tahun. Ditanya apakah rahsia awet muda yang dipegangnya, tanpa teragak-agak, Ella menjawab: “ Berfikiran positif dan senaman merupakan jamu yang saya amalkan untuk terus kelihatan muda.” Bagi Ratu Rock berperwatakan manja dan suka mengirai rambutnya, penjagaan kesihatan seperti itu penting untuk memastikan badan sentiasa segar dan kelihatan ceria. “Selalunya Ella akan melakukan senaman ringan di rumah ataupun berjoging. Bagi Ella, dengan senaman ia menjadikan diri kita lebih segar dan rileks. “Macam mana sibuk sekalipun, Ella akan pastikan ada masa diperuntukkan untuk melakukan senaman. “Itu sudah menjadi kebiasaan Ella tetapi kalau sibuk dengan nyanyian sekurang-kurangnya dua atau tiga hari seminggu pasti Ella bersenam,” katanya yang ditemui pada sidang media Konsert Untukmu Loloq di Istana Budaya, baru-baru ini. Menurut Ella lagi, untuk mengekalkan rupa paras agar tidak kelihatan dimamah usia, dia akan memastikan dirinya tidak terbeban dengan masalah. Justeru, katanya yang tetap bernada manja apabila berbicara dengan rakan wartawan, dia sentiasa mengajar dirinya untuk berfikiran positif. Katanya lagi, apa yang penting adalah mengikut kata hati sendiri dan jangan memikirkan perkara-perkara yang buruk atau negatif. “Seboleh mungkin kita mesti bersikap optimis dalam segala hal. Jika kita sentiasa berfikiran yang bukan-bukan, sudah pasti ia akan mengganggu fikiran, menjadi berkecamuk dan itulah yang menjadi punca kita stress. “Jadi untuk menghilangkan rasa stress, perlulah menggunakan psikologi sedikit sebab apabila kita fikir secara baik, ia akan menimbulkan kepercayaan dan keyakinan dalam diri kita. “Akhirnya dengan keyakinan dan kepercayaan yang dibina itu, sudah pasti kita tenang dan gembira. “Apabila kita gembira, muka pun nampak ceria dan air muka tidak nampak tua,” ujar Ella disusuli dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
Oleh NUR AZHARI ZAINOODDIN
GambaR MOHD. ARIF RAMELI (Pelatih UNISEL)
sumber: akhbar