Rabu, 20 April 2011

AF9 perkenal Operasi Gugur


Calon pelajar baru, dari kiri, Hazama Ahmad Azmi, Nur Syafinaz Jebat, Nur Sri Favlyahoney Sakul dan Firdaus Affandi yang menunggu peluang untuk memasuki AF9.
           ELEMEN kejutan yang ditampilkan dalam program realiti hiburan Akademi Fantasia (AF) bukanlah perkara baru kerana senario itu sudah diwujudkan sejak sembilan tahun lalu.
Kini bagi musim kesembilan dan sekali gus merupakan program terakhir terbitan Astro, satu lagi kejutan diumumkan iaitu Operasi Gugur.
Pengurus Saluran Astro Ria, Azlin Reza Azmi berkata, Operasi Gugur diperkenalkan untuk memberi peringatan kepada para pelajar agar tidak merasa selesa dengan kedudukan masing-masing.
Selain itu katanya, kejutan itu diperkenalkan agar mana-mana calon pelajar yang tidak berjaya menyertai AF9 berpeluang menyertai akademi.
"Operasi Gugur digunakan untuk menilai prestasi para pelajar yang bermula dari Tirai AF hinggalah ke minggu seterusnya. Jika ada pelajar yang kita lihat leka, malas dan persembahan tidak konsisten, kemungkinan mereka akan digugurkan.
"Kita bagi masa seminggu kepada 10 orang pelajar yang tinggal dalam akademi untuk membuktikan yang mereka benar-benar berusaha memberikan yang terbaik agar tidak digugurkan," katanya pada sidang akhbar selepas persembahan para pelajar di Studio 1, Astro, Bukit Jalil di sini, Sabtu lepas.
Menurut Azlin Reza, tujuan Asto berbuat demikian adalah untuk memberi peluang kepada calon-calon pelajar lain mencuba nasib dalammenempatkan diri di akademi tersebut.
Jelasnya, Operasi Gugur akan berkuatkuasa mulai minggu ketiga dan seiringan itu juga Astro turut memperkenalkan empat calon pelajar baru, Hazama Ahmad Azmi, 27, Firdaus Affandi, 21, Nur Sri Favlyahoney Sakul, 21, dan Nur Syafinaz Jebat, 18.
Katanya, empat calon pelajar itu akan diserapkan ke dalam akademi jika ada di antara pelajar yang digugurkan kelak.
"Kita tidak tahu pada minggu ketiga berapa pelajar yang akan gugur dan berapa pula calon pelajar yang bakal diserap. Semua itu bergantung kepada penilaian pengkritik dan pihak pengurusan.
"Walaupun ada Operasi Gugur, mana-mana pelajar yang mendapat undian terendah berdasarkan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada penonton tetap akan disingkirkan seperti biasa," katanya.
Sementara itu, Pengetua AF9, Amy Search berkata, pengenalan Operasi Gugur bukan untuk melemahkan semangat para pelajar.
Sebaliknya ia diwujudkan untuk memberi motivasi kepada mereka supaya ada semangat ingin maju.
Katanya, dari segi tunjuk ajar, tenaga pengajar sudah berikan 100 peratus dan terpulang kepada pelajar untuk menunjukkan kebolehan masing-masing.
"Pengajar hanya boleh membantu ketika di dalam kelas. Ketika dipentas mereka perlu menggunakan segala ilmu yang diajar," katanya.
Padah lagu KD
Ternyata lagu dendangan Kris Dayanti (KD) berjudul I'm Sorry Goodbye membawa padah kepada pelajar Nur Atiqah Shariffudin, 21, dari Kuala Lumpur.
Gara-gara lagu itu, Nur Atiqah atau Eka menjadi pelajar kedua tersingkir daripada AF9 selepas Laika atau Zulaika Zahari, 22, dari Kuala Lumpur yang tersingkir minggu lalu (pertama AF9).
Ramai yang berpendapat lagu tersebut terlalu 'besar' dan umpama satu bebanan untuk disampaikan oleh penyanyi kerdil seperti Eka.
Bagaimanapun Eka yang pertama kali mendengar lagu itu berkata, apa yang diberi kepadanya adalah satu pengalaman baru dan mencabar kebolehannya.
"Kalau orang menganggap lagu itu 'besar' untuk dinyanyikan oleh orang baru seperti saya, terpulang. Saya sudah menyampaikan lagu itu sebaik mungkin mengikut kebolehan diri dan saya puas kerana telah berusaha," jelasnya.
Oleh KHADIJAH IBRAHIM
Gambar AZRUL EDHAM MOHD. AMINUDDIN 
sumber: akhbar

1 comments:

Sandra Ovia Loan Firm berkata... Reply To This Comment

Hello, Saya Puan Sandra Ovia, wang pemberi pinjaman swasta, adakah anda dalam hutang? Anda memerlukan rangsangan kewangan? pinjaman untuk merancang untuk tahun baru, untuk memenuhi sehingga bil anda, mengembangkan perniagaan anda pada tahun ini dan juga untuk pengubahsuaian rumah anda. Saya memberi pinjaman kepada syarikat-syarikat tempatan, antarabangsa dan juga pada kadar faedah yang sangat rendah sebanyak 2%. Anda boleh menghubungi kami melalui E-mel: (sandraovialoanfirm@gmail.com)
Anda dipersilakan untuk syarikat pinjaman kami dan kami akan memberikan anda perkhidmatan yang terbaik kami.