KUALA LUMPUR 18 April — Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini boleh memohon pengeluaran umur 50, 55 tahun dan simpanan melebihi RM1 juta dengan lebih mudah.
Penambahbaikan yang baru diperkenalkan itu membolehkan ahli memohon pengeluaran berkenaan dengan mudah tanpa perlu mengisi borang, menyertakan salinan kad pengenalan dan buku akaun bank.
Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Tan Sri Azlan Zainol dalam kenyataan hari ini berkata inisiatif pengeluaran mudah itu dilaksanakan bagi mempercepatkan proses permohonan pengeluaran bagi tiga kumpulan itu.
Katanya dengan inisiatif baru itu, ahli yang ingin membuat pengeluaran tersebut hanya perlu membawa bersama kad pengenalan dan buku akaun ke mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP.
Katanya perkhidmatan itu khusus untuk pemegang MyKad sahaja dan kelulusan boleh dibuat serta merta setelah identiti ahli dan kelayakan pengeluaran disahkan. — Bernama
2 comments:
Mudahnya nak keluarkan KWSP ni, jangan main2 silap hari bulan orang yang tidak sepatutnya keluarkan duit KWSP kita..duit dah keluar tapi tak sampai ke tangan kita sendiri sapa nak jawab??
suka ketawa?? baca ni..
@leyzajamil
maka itu berhati-hati untuk sebarang kemungkinan... malang tak berbau.
Catat Ulasan