Jumaat, 1 April 2011

SAYUR CAMPUR SEMARAK CINTA


m/s 119



penyelaras SITI AISHAH SHAH BANI & SITI NORBIHA ZULKAFLI
gambar MOHD. SHARIFUL HAFIZAL
resepi KUZIE CATERING, Penthouse, Suite 4, Catteleya Grand Ballroom, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Shah Alam, Selangor (http://www.kuziecatering.com.my/)
terima kasih RAJA ROSLY @ PAK ENGKU & CHEF SULAIMAN (019-3550000/03-55116700)



Sayur Campur Semarak Cinta
(Hidangan untuk 4 hingga 5 orang)

BAHAN-BAHAN:

Kubis bunga sederhana besar (dipotong)
½ batang lobak merah (dipotong)
1 paket jagung muda (dipotong dua)
6 biji cendawan butang (dipotong dua)
Sedikit cendawan black fugus kecil (direndam dan dipotong)
2 batang saderi (dipotong)
½  biji lada benggala merah (dipotong memanjang)
½ biji lada benggala kuning (dipotong memanjang)
3 inci halia muda (dihiris kecil memanjang)
5 ulas bawang putih (ditumbuk)
2 sudu sos tiram
Sedikit kiub pati ayam
Sedikit tepung jagung  (untuk pekatkan kuah)
Sedikit air
Sedikit minyak untuk menumis
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKAN:
1.       Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan halia sehingga naik bau.
2.       Masukkan sayur-sayuran.
3.       Setelah itu, masukkan bancuhan tepung jagung, sos tiram, garam, dan kiub pati ayam.
4.       Tambahkan sedikit air jika mahu kuah yang lebih.
5.       Sedia untuk dimakan panas-panas.




selamat menikmatinya...kalau dah cubela


0 comments: