Rabu, 20 April 2011

Zeti dilantik semula Gabenor Bank Negara


KUALA LUMPUR 20 April - Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz telah dilantik semula sebagai Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh lima tahun berkuatkuasa 1 Mei.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, BNM berkata, pelantikan semula itu diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Zeti, 64, telah memegang jawatan Gabenor sejak Mei 2000. - Bernama