Rabu, 20 April 2011

Susuk, botox bukan pilihan


KEBERKESANAN produk Safia Rania Gold kepada kulit wajahnya menyebabkan Rozita tidak teragak-agak menerima tawaran menjadi duta.
BUKAN mudah sebenarnya menjadi seorang wanita yang dikurniakan dengan kejelitaan terutama artis atau selebriti yang menjadi tumpuan masyarakat.
Tidak sikit, pasti akan ada yang mengeji mahupun melemparkan kata-kata kurang manis terhadap mereka dengan pelbagai tohmahan yang sakitnya memang cukup menusuk dada.
Salah seorangnya ialah pelakon jelita, Rozita Che Wan yang sering kali menjadi mangsa fitnah segelintir pihak yang seakan-akan kurang senang dan cemburu dengan kejelitaannya terutama kaum sejenisnya.
Mereka bagaikan tidak percaya dengan kecantikan yang dimiliki Rozita sehinggakan ada yang mengatakan dirinya mengamalkan susuk dan suntikan botox untuk kekal cantik setiap masa.
Sebenarnya soalan itu sudah pun banyak kali sehingga tidak terhitung jumlahnya ditanyakan kepada wanita yang berusia 38 tahun itu.
"Memang sukar hendak memuaskan hati semua pihak kan? Walaupun sudah berkali-kali kita menafikan tetapi masih ramai yang tidak percaya.
"Saya sentiasa bersyukur dengan kurniaan yang Allah SWT berikan kepada saya dan untuk saya menggunakan botox semata-mata untuk cantik adalah sesuatu yang tidak masuk akal.
"Bukankah penggunaan botox itu sendiri sudah mengubah kejadian Allah SWT? Bukan itu sahaja, untuk membayangkan wajah saya disuntik juga saya sudah berasa seram.
"Begitu juga dengan susuk. Saya tahu ramai yang mengatakan saya mengamalkannya untuk kelihatan cantik setiap masa. Tetapi, maaf. Saya masih waras dan tidak sanggup untuk melakukan kerja-kerja seperti itu," ungkap Rozita dengan penuh terbuka sewaktu membicarakan tentang isu kecantikan dirinya yang sentiasa menjadi perbualan.
Pelakon yang pernah terkenal menerusi drama rantaian Diari Ramadan Raffique itu berkata demikian pada sidang akhbar yang berlangsung di Restoran Bunga Emas, Hotel Royale Chulan, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Barangkali Rozita boleh dianggap bertuah kerana keaslian kecantikan yang dimilikinya itu telah memikat hati rangkaian produk kecantikan, Safi Rania Gold untuk memilihnya sebagai duta selama dua tahun.
Seiring dengan kejelitaan yang dimilikinya itu jugalah nampaknya tuah dan rezeki terus berpihak kepada aktres kelahiran Alor Setar, Kedah itu apabila dikatakan menerima bayaran sebanyak setengah juta ringgit.
Walaupun bukan lagi satu rahsia tentang bayaran itu, namun, Rozita lebih selesa untuk tidak menghebahkannya kerana bimbang dikatakan riak pula.
"Cukuplah apa yang saya katakan bayaran itu cukup memuaskan dan saya benar-benar bersyukur dengan rezeki terbaru ini," katanya dalam nada rendah diri sambil melirik kepada Pengurus Kumpulan Produk Safi, Mahsuri Sulaiman yang berada di sisinya.
Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar NOOR ASREKUZAIREY SALIM
sumber: akhbar

4 comments:

etieQzoNe berkata... Reply To This Comment

i dh follow u...u follow i balik k..

i pn x pakai botox hehehe

http://etieqzone-aqbaek.blogspot.com

TQ

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

@etieQzoNe

salam,
saya dah follow awak balik =)
TQ ya folo saya.

natural itu yang lebih baik :)
...our welcome

KatekateKite berkata... Reply To This Comment

lepas ni, Safi Rania amik kite pulak lah jadik duta produk!

hehehee... kite pon pakai Rania! =D

♥namapenuh.blogspot.com♥ berkata... Reply To This Comment

@KatekateKite


ha'ah Insyaallah moga menjadi kenyataan...cam saya tak, saya guna 'syurah remajah' ;(